Boleh ke Ibu Mengandung Makan Durian?

Entry ini tak sesuai dibaca untuk ibu-ibu hamil yang teringin nak durian kerana image yang dipaparkan mungkin membuatkan ibu hamil semakin teringin. Sebab susah nak dapat durian sekarang. 🙂

Sekarang bukan musim durian, memang susah la nak dapatkan durian. Kalau ada dengan harga yang tak masuk akal. Tapi demi mengidam, beli la juga. hehehe..

Hari tue balik kampung dekat alor setar, mama belikan. Serius sedap wess sebab memang teringin yang ala-ala durian kampung. Sebiji RM30! Haa ambil ko! Tapi ada yang jual sampai sebiji RM50-60 pun ada bila bukan musim nie tau!

Nak dijadikan cerita, mak mertua pergi pasar malam, jumpa durian! Apa lagi, terus mertua call suami, tanya effa nak tak durian? hehee of kos la nak kan..

Tapi boleh ke ibu hamil ni makan durian?

durian edit

Kalau melalui kajian saintifik, tak der pun bahan dalam durian yang boleh memudaratkan si ibu yang mengandung dan bayi di dalam kandungan. Tapi pantang larang orang tua-tua melarang ibu mengandung terutama yang di awal kehamilan makan durian. Sebab durian ni panas. Masyarakat Cina sendiri pun melarang ibu hamil makan durian. Panas dan takut effect baby terutama di awal kehamilan.

Bagi ibu-ibu yang menghidap kencing manis semasa hamil, lagi la perlu elak durian ni sebab durian ni banyak gula dan karbohidrat. Dua ulas saiz sederhana mempunyai 60 kalori tau!

BOLEH  ibu hamil makan durian, tapi kalau awal-awal kehamilan elakkan lah. Dan kalau dah lepas fasa awal kehamilan, berpada-pada lah makan durian tu. 2-3 ulas sudah la yea. Jangan makan tak ingat dunia! Dan bagi ibu mengandung yang mempunyai diabetis sewaktu hamil, perlu elakkan terus durian ni sebab durian mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.

Sambung part makan durian. Mak mertua siap buatkan pulut dan santan. Memang leleh habis la. Sekali peluh meleleh sebab panas. hahaha. Tapi tetap sedar diri saya makan 3 ulas je tadi..

Ok lah meh kita laya gambar lak.. Diharap ibu-ibu hamil bertabahlah membaca entry ini! hehehe

durian

serius sedap!

 

 

doriann

banyak juga durian yang diborong

 

3 Comments
  1. April 17, 2015
  2. April 17, 2015
  3. July 10, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!