Minggu lepas kami sekeluarga pergi ke Cameron Highland. Sebenarnya last minit punya plan gak. Tapi selalunya yang last minit punya plan tu la yang menjadi. Yang diplan awal-awal tue yang tak jadi. hehhee betul tak?
Lagi plak kandunganku dah mencecah 30 minggu waktu tu. Haruslah dalam langkah berjaga-jaga. Sebab sewaktu Damia, 32 minggu dah bersalin. Tapi ianya tak mematahkan semangat nak berjalan-jalan. haha
Perut dah makin besar, paham-pahamlah perjalanan yang jauh macam mana. Tak selesa sangat. Sakit pinggang. Dan kalau waktu meriba Damia, lagi lah. Nasib baik bawak bantal tau. Jadi boleh la hilangkan sikit rasa tak selesa tue. Nasib baik saya duk amalkan Tips Hilangkan Sakit Pinggang Sewaktu Hamil. Tak der la merana dan terseksa sangat walaupun berjalan jauh.
Sebelum ni dah pernah ke Cameron Highland, tapi dulu tinggal homestay dekat area Tanah Rata. Jauh benor nak pergi jalan-jalan. Jadi kali ni kami sewa homestay dalam pekan Brincang. Alhamdulillah selesa. Kami pergi lak waktu orang bekerja. Jadinya, memang best la berjalan-jalan. Tak jem orang pun tak ramai. dan cuaca pun baik alhamdulillah. Sebab sebelum ni kami g tapi hujan la plak. Jadi terhad sikit la nak berjalan hujan-hujan ni.
Hari pertama sampai homestay tak pergi ke mana-mana, lepak duduk rumah. Malam cadangnya nak pergi ke Pasar Malam Brincang la konon. Lepas magrib kami turun. Mak yong nie dah listkan nak beli macam-macam makanan dah ni. Tapi kecewanya bila kami turun, sunyi sepi jalan waktu tu. Rupa-rupanya Pasar malam brincang buka jumaat sabtu je. Haa tue la siapa tak suruh tanya kawan baik dulu! a.k.a Mr Google. hehehe
Kami pun pusing2 cari kedai makan, dan akhirnya makan steamboat dekat kedai besau tepi jalan tu. Apa nama kedainya ku lupa. Boleh la. 1 set steamboat tue rm23 untuk sorang. Kami beli 3 set pun dah tak larat nak habiskan. Tapi tak puas makan, sebab nasi putih habis. huhuu
Esoknya, hari kami memang penuh la. Seharian atur tempat nak pergi ke mana. Mak yong tak kesah asalkan berjalan dan makan. hahahaa. Tempat pertama yang kami pergi ialah Ladang Teh Boh tue. Selalu tengok kawan-kawan je update, dan pernah tgk dalam movie Ombak Rindu kan, ada scene atas bukit Aaron n Lisa tue. Tengok permandangan cantik gileeee.. Last time tak dapat pergi sebab hujan lebat. Tapi alhamdulillah kali ni dapat pergi.
Jalan nak masuk tue agak mencabar la sikit. Kalau yang tak cekap bawak kereta manual tu, harus pikir 1000 kali kot, kalau tak patah balik la kereta! hehehe. Sampai dekat parking tu, Kami ingatkan tak boleh bawak kereta parking ke atas. Sebab tulis dekat sign board mcm tue. Maka gigihlah kami parking dekat bawah, dan jalan kaki tau naik bukit nak g tempat makan dan lepak atas bukit ladang teh tue!
Sambil berjalan, tengok satu persatu kereta lalu. Eh boleh lak bawak kereta naik atas? Pelik kami nie. Sampailah ada macam pekerja kat situ lalu naik moto, tanya terus la diaorg, diaorg kata bley je bawak naik kereta. Tapi eloklah kami dah nak dekat sampai dekat atas dah. huhu.
Tapi encik suami dan adik ipar naik moto tumpang turun ke bawah ambil kereta untuk parking dekat atas. Jadi balik tue turun dengan kereta la. hehee
Dekat atas tue ada cafe je dan tempat jualan barang2 teh nie la, dengan cenderamata dan macam ada muzium kecil la atas tue. Tapi lepak atas tu memang best la. Cantik je permandangan. Dekat situ jangan mimpi nak order nasi goreng kampung yea sebabnya ada desert je. Harga? Ala-ala secret recepi punya harga. hehehe
Puas makan dan bergambar, kami pergi ke Lavender farm lak. Tak pernah g lagi, so saja la pergi. Nak masuk tu seorang RM6 dewasa. kanak-kanak 4 tahun ke atas tak kena bayaran. Bolehla, petik strawberry sendiri dan tengok permandangan bunga-bunga lavender. hehee.
Lepas tu g mana ek, cari kedai makan. Then balik terus kot. Penat sangat dah. dan lagi satu sebab Damia berak. hahaha.
Petang tue baru pergi ke Kea Farm.Kea Farm ni macam pasar la. Jam 6 ptg dah mula nak tutup dah. Aku beli pe? beli strawberry, nak cicah coklat la konon. lepas tu pokok kaktus. hahaha. Souvenir memang ku tak beli. huhuu. Malangnya strawberry tue sampai ke tanah kedah lembik dah! Beli di pasar raya tak la lembik gitu pun. huhu.
Jadi kawan-kawan dan jiran tak merasa la strawberry yang kami beli. huhu. Lepas ni nak berjalan ke mana plak kita? Tunggu lepas bersalin kot effa yea!
Yang bestnya berjalan kali ni rasa energetic! Mak yong tak lupa tau bawak vitamin! Kalau tak bawak mau lembik la mak yong ni haaaa..
First day sampai homestay tu, memang la rasa macam lemau juga. Yea la pangku si Damia lagi, tak nak berenggang dengan mamanya! Tapi bila ambil Cinch Energy Tea, macam baru lepas minum ubat kuat! Mengantuk pun hilang! Eh jangan risau sebab selamat untuk ibu hamil.
Ok la nanti sambung plak yea!