Ibu yang masih menyusukan anak, jangan menyangka anda tidak akan hamil kerana menyusu tau. Ramai yang salah paham.
Secara amnya jika seseorang wanita yang baru melahirkan anak, dan telah kedatangan darah haid, maka beliau telah memasuki fasa kesuburan semula.
Jadi janganlah hairan jika seorang wanita hamil semula setelah mula bersama suami. Apabila wanita itu mengalami kelewatan haid, maka segeralah melakukan ujian UPT atau ultrasound untuk mengesahkan kehamilan.
Namun ada juga wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak tetap, selepas melahirkan anak. Jika berasa letih, sakit pada payudara, rasa loya dan muntah, bolehlah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan.
Selain itu ibu yang menyusukan mungkin juga mengalami tanda kehamilan apabila mengalami kekeringan dan sakit pada puting payudara secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun ia bukanlah tanda kehamilan yang pasti.
Bagi wanita yang mendapat nutrisi yang cukup dan rehat yang diperlukan, tentu tidak ada masalah untuk menyusukan anak dan hamil dalam masa yang sama. Doktor akan monitor pertambahan berat badan wanita hamil setiap kali datang untuk pemeriksaan antenatal bagi memastikan mereka cukup nutrisi yang diperlukan.
Bayangkan menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak dari tubuh wanita itu. Dicampur dengan kehamilan pula, yang mana setiap makanan yang diambil oleh ibu akan dikongsikan bersama anak dalam rahim. Anak kecil pula sedang aktif dan perlu dipantau aktivitinya menyebabkan wanita ini kepenatan. Ditambah lagi dengan kepenatan akibat pekerjaan di tempat kerja atau kerja di rumah. Jadi jika menyusukan anak semasa hamil memang si ibu akan rasa letih sangat-sangat.
Kadangkala ibu hamil yang menyusukan anak akan merasa sakit perut akibat pengecutan rahim (uterine contractions) namun ia tidak merbahaya. Ini kerana badan mengeluarkan hormone oxytocin ketika menyusukan bayi, bagi menggalakkan pengeluaran susu dan dalam pada masa yang sama menyebabkan rahim mengecut.
Namun rahim hanya akan mengecut sepenuhnya oleh hormone oxytocin selepas umur kehamilan 37 minggu. Jika wanita itu sihat dan kehamilannya tidak bermasalah, maka penyusuan tidak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan.
Doktor tidak menggalakkan penyusuan jika kehamilan itu mempunyai masalah seperti :
- mengalami sakit perut yang terlalu kuat atau terdapat pendarahan dari vagina
- pernah mengalami kelahiran anak pra matang
- pernah mengalami keguguran ketika hamil
Ini kerana wanita ini mempunyai rahim yang sangat sensitif terhadap hormone oxytocin, dibimbangi penyusuan akan menyebabkan banyak hormone itu akan dikeluarkan dan merangsang rahim untuk mengecut.
Ada wanita yang mengadu pengeluaran susu semakin berkurang apabila kehamilan memasuki usia 5-6 bulan. Selain itu payu dara akan mengeluarkan semula susu awal kolostrum untuk bayi yang bakal dilahirkan.
Oleh kerana kuantiti susu semakin sedikit dan rasa susu kolustrum agak berlainan, ramai anak-anak yang menyusu ini telah mengurangkan penyusuan mereka. dan lama kelamaan putus susu dengan sendirinya. Oleh itu, pemakanan mereka harus digantikan dengan makanan lembut yang berkhasiat.
Nasihat Pemakanan
Bagi ibu yang bekerja dan terpaksa menjaga anak yang sedang membesar, mungkin berasa penat ketika pulang ke rumah. Kepenatan sebegini akan mengurangkan pengeluaran susu. Mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja, dan melayan anak yang sedang membesar ketika pulang dari rumah. Selain itu mereka juga memerlukan lebih tenaga untuk pengeluaran susu dan membesarkan anak yang berada dalam rahim.
Wanita yang hamil memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan untuk bayi dalam rahim dan jika menyusukan anak bilangan kalori yang lebih diperlukan iaitu antara 600-800 kalori tambahan dalam sehari. Ia harus diambil dalam pemakanan seimbang pada waktu yang kerap dan mengandungi daging, susu, karbohidrat dan sayur-sayuran.
Jika tidak, wanita itu akan berasa lemah kerana mereka baru saja menghabiskan nutrient yang disimpan semasa kehamilan yang lalu dan terpaksa menghabiskan lagi baki simpanan nutrient untuk kehamilan seterusnya di samping untuk penghasilan susu.
Menurut Dr Zubaidi, Pakar Sakit Puan pemakanan ibu hamil yang menyusu harus kaya dengan zat besi, folic acid, kalsium dan vitamin D bagi tumbesaran bayi dalam rahim dan pengeluaran susu. Jika tidak, mereka harus mengambil supplemen berbentuk pil bagi menampung keperluan ini.
Vitamin Shaklee yang dapat membantu ketika hamil dan menyusukan anak adalah.
- Vitalea
- B complex
- Ostematrix
- Energising Soy Protien (ESP)
Vitalea
Vitalea Shaklee ialah multivitamin yang dilengkapi dengan vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting (disarankan RDA). Ia formula yang sungguh komprehensif dan sangat seimbang. Vitalea sangat penting bagi ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak. Vitalea mampu menaikkan HB ibu mengandung dan membekalkan tenaga buat ibu mengandung dan menyusu.
B Complex
B complex adalah penting kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. B Complex juga dapat membekalkan tenaga kepada si ibu yang hamil tetapi masih menyusukan anak.
Ostematrix
Ostematrix penting untuk ibu hamil dan ibu menyusu. Ini adalah kerana, ibu hamil dan menyusu memerlukan kalsium yang secukupnya untuk bayi dalam kandungan dan kalsium yang dibekalkan untuk anak yang disusukan. Badan anda memerlukan vitamin D untuk mengekalkan tahap yang tepat dari kalsium dan fosfor yang membantu membina tulang dan gigi bayi. Kekurangan vitamin D ketika hamil boleh menyebabkan kerencatan pertumbuhan dan kecacatan tulang. Ia juga boleh memberi kesan kepada berat badan lahir.
Jika anda kekurangan vitamin D ketika hamil, bayi anda mungkin pendek pada vitamin ketika lahir. Ini boleh meletakkan bayi pada risiko riket (yang boleh membawa kepada keretakan dan kecacatan), pertumbuhan tulang tidak normal, dan melambatkan pembentukan fizikal. Para penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin D ketika hamil boleh menjejaskan perkembangan tulang dan fungsi kekebalan tubuh dari lahir sampai dewasa.
Berita baik untuk anda, Ostematrix Shaklee lengkap dengan Vitamin D , zinc dan Magnesium tau!
Energising Soy Protien (ESP)
Menurut Babycenter.com asid amino yang membentuk protein yang membantu blok pembinaan sel-sel badan anda – dan tubuh bayi anda. Jadi adalah sangat penting untuk mendapatkan protein yang mencukupi sepanjang kehamilan anda, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga, apabila bayi anda berkembang pesat dan payudara dan organ-organ anda semakin membesar untuk menampung keperluan bayi anda. Jadi memang molek sangat lah, ambil ESP semasa mengandung apatah lagi sambil menyusu. ESP juga membekalkan tenaga untuk si ibu yang memerlukan banyak tenaga sepanjang kehamilan dan penyusuan. Apa yang bertambah menarik, ibu akan perasan yang wajah kulit semakin cantik, parut pun menghilang, dan yang paling best, hampir tiada strechmark!
Your Shaklee Independent Distributor
Sebelum kedatangan haid selepas bersalin, peluang mengandung tipis kan?
PENGEDAR SHAKLEE BANDAR PASIR GUDANG.
yer tipis tapi bukan mustahil 🙂 kalau tak, tak der la kes mengandung lepas habes pantang. hihi
ooo. baru tau.hehe. untuk wanita je eh?
Haha..betul tu..jangan sangka macam ni pulak yer…
tapi ramai juga tbabas.. hihi.. kesian anak yg kecil lgi.. tp kalo dah Allah tuliskan rezeki nak buat mcm mana. hihi