Assalamualaikum.
Suatu hari sedang saya berjalan di mall, saya terpandang kanak-kanak yang tengah mengamuk dan menangis. Bila diamati, anak tersebut inginkan mainan. Ibunya pula sedang memujuk si anak. Pernah tak korang menghadapi masalah yang sama?
Anak di rumah baik je, tak nakal, tapi jika keinginan dia tak dilayan. Mulalah menangis dan menjerit sekuat hati. Bila keluar berjalan-jalan, apa di depan mata je, mesti nak beli. Kalau tak beli, mengamuk. Pernah?
Apa nak buat kalau anak manja sebegini? Kadang-kadang bila dah terlalu lama menahan sabar, tercubit atau terpukul si anak kecil tue. Ye tak?
Kenapa perkara ini boleh berlaku?
Selalunya perkara begini berlaku disebabkan keinginannya selalu dipenuhi setiap kali menangis. Jadi dalam masa yang sama, anak kita tue dah belajar. “Ohh, kalau aku menangis dan mengamuk, aku akan dapat benda yang aku inginkan itu”.. Tanpa kita sedari kita telah memberi pelajaran tidak formal kepada anak-anak. Padahal tak terniat macam itu pun. Cuma kita tak tahan sangat tengok anak menangis dan mengamuk, jadi akhirnya si ibu bapa akan mengalah dan belikan mainan kegemaran.
Bagaimana nak mengatasinya?
Itulah kelemahan ibu-bapa, kalah dengan air mata anak sendiri. Tapi kalau anak menangis kehilangan binatang kesayangan tak pe, sebab itu lain. Janganlah kita biarkan anak kita menangis tanpa henti. Kena cepat-cepat pujuk dan tenangkan.
Menangis, kena tengok juga menangis sebab apa. Akan tetapi apabila anak kita menangis sebab nak mainan yang tak perlu, kita sebagai ibu bapa, perlu keras hati. Ibu bapa boleh buat tawaran sepertiย “Kalau masih ini maka tak dapat yang itu” atau “Kalau masih ini jadi tak jadi yang itu” ..
Dan kita perlu kotakan janji kita dan bukannya mengalah separuh jalan. Sepatutnya sejak awal lagi perkara ini dipraktikkan. Apabila anak merengek dan mengamuk, dan kita buat tawaran itu insyaAllah anak anak akan mudah didisiplinkan kerana itulah yang mereka belajar. “Jika mahu yang itu, jangan buat itu”.. atau “kalau masih macam tu, takkan dapat yang itu”
Contoh, kalau adik nak mainan ni, balik kejap lagi mama tak kasi tengok cartoon. kaitankan apa saja dengan aktiviti anak. Buat tawaran. Tapi kalau anak nak juga mainan tue, balik di rumah, memang kena laksanakan. No cartoon. Kalau tak, anak akan belajar, dan tahu si ibu takkan laksanakan. Ugut je lebih. Jadi waktu cakap tue, cakap dengan terang dan jelas tawaran pada anak, untuk si anak memahami.
Masih belum terlambat untuk mengubahnya. Tapi perlu konsisten dan tabahkan hati. Keras hati sikit. Bagi si ibu, waktu memasak makan anak-anak, sentiasalah zikirkan Ya Latiff, agar lembut hati si anak dan mudah mendengar cakap. Dan sewaktu anak nak tidur, atau sedang tidur bacakan Ya Latiff sebanyak yang boleh dan hembuskan pada ubun-ubun anak dan doakan untuk anak. InsyaAllah. ๐
Tips Merawat Anak Sembelit Teruk
Naseb baik anak takde buat perangai gini.. Ehh, ke blom buat lagi? Haha ๐
Jom baca entri terbaru puan pink… Misi Menurunkan Berat Badan Bermula ๐