Skip to content

OurLoveBonding

Shaklee. Love. Health. Family

  • Cara Order
  • Senarai Harga
  • Wakil Kami
  • Siapa Saya?
  • Borang Keahlian Shaklee Online
Menu

Kenapa Suami Tak Boleh Jaga Anak, Kemas Rumah & Masak pada Masa yang sama?

Posted on March 5, 2015 by Mamaa Adamia

Assalamualaikum..

Pagi-pagi ini saya tergelak tengok video ini. Sebab apa saya gelak? Sebab 99% yang dikatakan dalam video ini adalah benar- benar belaka pasal lelaki. hahahaha. Maaf encik suami. Saya sayang suami saya. Tapi memang betul pun. ngeh3. Serius lawak. Dan plz, bagi video ni kat encik suami anda. Setuju ke tak dia? huhu

Kenapa Suami Tak Boleh Jaga Anak, Kemas Rumah & Masak Pada Masa Yg Sama? from iReach HD on Vimeo.

Sewaktu saya pergi ke seminar IMKK Dr. Azizan Osman pun ada menyebut tentang perkara ini. Lelaki tak sama seperti wanita. Lelaki tak boleh buat multitask yang banyak seperti wanita yang boleh buat banyak perkara di dalam masa yang sama. Setuju tak?

Pernah tak anda ada situasi ini, dalam kereta, suami tengah bawak kereta, yang kita ni borak la, bagi tau itu dan ini, pot pet pot pet pot pet. Suami seolah-olah mendengar, tapi sebenarnya tak pun.

Sampai satu masa, “kenapa abang tak buat macam ni, kan sayang dah bagitau abang hari tue”, suami pun berkata, “abang tak tau pun?” .. Jangan terkejut bagi yang belum berkahwin, memang ini la lelaki. Mereka tak boleh buat banyak perkara yang sama di dalam suatu masa. Sebab lelaki ini dia kalau buat sesuatu perkara mesti kena guna fikiran dan focus.

confused

 

Beza pula dengan wanita, dalam seharian, wanita boleh buat macam-macam. Sambil jaga anak, boleh masak, boleh belek hp online urus business, boleh kemas rumah, boleh settlekan banyak benda dalam satu masa. Wanita boleh multitask tetapi berbeza dengan lelaki mereka tidak. Sebab wanita dia buat kerja banyak melibatkan emosi.

multitasking

Awal-awal dulu saya kurang paham, tapi bila dah makin lama dalam perkahwinan ni, saya dah mula faham. hehee. Alhamdulillah suami banyak menolong saya buat kerja rumah. Tapi tak la sekemas dan perfect yang kita wanita buat ni. Tapi dah boleh tolong pun syukur alhamdulillah. Suami kalau tengok belek hp, benda lain memang tak pandang dah. Sembang pun tak dengar dah? Setuju ke tak abang? ngeeeee.. Siapkan anak baju lain seluar lain. huhu

 

ayah jaga anak

 

Wanita lain lak, sambil belek gosip dalam hp, boleh buat macam-macam lagi. huhu. Itu anugerah yang telah Allah bagi pada wanita. Gunakanlah sebaiknya. Wanita boleh buat macam-macam dalam satu masa, itu yang memang banyak membantu saya di dalam kerja seharian menguruskan anak di rumah, sambil menjalankan business di rumah hanya secara online. (Keterangan lanjut tentang business online yang saya jalankan di rumah boleh baca di SINI.) Jadi sambil-sambil buat kerja rumah dan sambil online urus business, saya masih boleh menunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.

Jangan pula guna ini sebagai point untuk gaduh lak tau. Wanita ada kelebihan masing-masing, dan lelaki pun sama. Lelaki ada kelebihannya, kalau tak, Allah takkan pilih lelaki menjadi ketua keluarga. Kalau wanita yang mentadbir keluarga yang mengikut emosi ni, ntah apa jadi dengan keluarga kan?

Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan ditunaikan oleh pasangan suami isteri. Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajib dilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Suami merupakan pemimpin dan ketua bagi sebuah keluarga, yang wajib dipatuhi dan berdosa besar jika isteri mengingkari dan menyalahi perintahnya itu. Isteri wajib menunaikan hak suami ke atasnya iaitu wajib taat kepada suami dan melakukan segala perintah suaminya dengan syarat perintah tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Perintah untuk mentaati suami sebagai pemimpin keluarga ada disebut di dalam al-Quran, dan juga dalam hadis Rasulullah SAW. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dari hadis di atas, dapat difahami bahawa isteri mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang besar terhadap suaminya iaitu ketaatan dalam menjalankan hak-hak suaminya sehinggakan kalau dibenarkan sujud kepada manusia, nescaya kaum isterilah yang diperintahkan untuk sujud kepada para suaminya. Tetapi dalam Islam, sujud hanya dibolehkan kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala sahaja dan tidak pada yang lainnya.

Rasulullah SAW bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya yang bermaksud :

“Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.” (Hadis riwayat ath-Thabarani)

Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah bahawa Islam memerintahkan seorang isteri itu untuk menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya, antaranya mentaati suami. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.

Terima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Gunakanlah kelebihan yang ada itu sebaiknya. Sayangi keluarga anda, fahami suami anda. Keberkatan kita untuk isteri terletak pada suami, jaga keberkatan kita insyaAllah, Allah akan jaga kita dan permudahkan segala urusan kita. Semoga kita dapat menjadi isteri misali yang disayangi Allah.

Suami-Soleh-Dan-Isteri-Solehah

P/S: Jangan lupa share link entry blog ini pada suami masing-masing tau ! 🙂

Posted in TIPS KELUARGA BAHAGIATagged kenapa suami jadi ketua keluarga, suami tak pandai buat kerja rumah, suami tak tolong di rumah

Post navigation

Penapis Air Paling Murah dan Mampu Milik!
Pesakit Kanser Sembuh Setelah Mencuba Rawatan Alternatif!

Related Post

  • Anak anda sering Mengamuk dan Menangis Apabila tak beli barang yang dikehendaki? Ini tips yang wajib anda baca!

6 thoughts on “Kenapa Suami Tak Boleh Jaga Anak, Kemas Rumah & Masak pada Masa yang sama?”

  1. Najihah Abdul Mutalib says:
    April 12, 2015 at 2:31 PM