Skip to content

OurLoveBonding

Shaklee. Love. Health. Family

  • Cara Order
  • Senarai Harga
  • Wakil Kami
  • Siapa Saya?
  • Borang Keahlian Shaklee Online
Menu

5 ‘Suis’ Rahsia Menenangkan Bayi

Posted on August 18, 2016August 18, 2016 by Mamaa Adamia

Assalamualaikum.

Entry kali ini mungkin dapat membantu buat ibu-ibu yang pertama kali menjadi ibu. Atau sesiapa saja yang bergelar ibu.

13938520_10154012545268710_50524452070674008_n (1)
Kali ini saya nak kongsikan 5 suis yang mampu menghentikan tangisan bayi.

Kadang-kadang kita tak tahu apa yang bayi nak. Dah bagi minum susu kenyang-kenyang, lampin pun dah tukar. Nak bagi tidur tak nak tidur. Minyak perut dah letak, tapi masih menangis.

Cara yang saya akan kongsikan kali ini adalah cara Cuddle Care! Ia adalah kombinasi 5S (The 5S’s technique) sebab semua teknik ini bermula dengan huruf S.

5S ini “meniru” semua sensasi yang disediakan rahim untuk bayi selama sembilan bulan. Sensasi-sensasi inilah yang dibuktikan mengekalkan fetus bertenang selama dalam rahim atau jika tidak dapat bayang tak fetus “mengamuk” dalam rahim? huhuuu aduh rindu lak nak mengandung lagi. Eh!

Cuddle Care (5S) merangkumi kombinasi:

Swaddle :

Membalut bayi dengan kemas dan ketat. Langkah pertama ini bertujuan mengekang gerakan tidak terkawal tangan dan kaki bayi yang sedang mengamuk seterusnya memudahkan bayi memberi tumpuan terhadap perlaksaan 4S yang lain.

13907141_10154012311388710_5548654661592795961_n

Side/ Stomach Position:

Memegang bayi secara mengiring atau di perutnya. Ia juga dipanggil fetal postion merujuk kepada posisi bayi semasa dalam rahim.

14068289_10154012311428710_2760334595862526884_n

Sssshing:

Membuat bunyi kuat dalam jarak dekat dengan telinga bayi. Ia meniru bunyi berirama yang dicetuskan gabungan aliran deras darah ke setiap salur darah ibu pada setiap saat, degupan jantung ibu serta pergerakan cecair amniotic (air ketuban). Irama semula jadi rahim ini telah menemani bayi selama lebih sembilan bulan yang lepas!

Swing:

Menghayun bayi dengan dengan intensiti ayunan yang berpadanan dengan kekuatan tangisan bayi. Bayi terbiasa “dihayunkan” ketika masih dalam rahim, setiap kali ibu bergerak.

14034881_10154012311478710_2853337802332551087_n (1)

Sucking:

Membiarkan bayi menghisap pada puting atau jari yang bersih.

14022229_10154012311373710_5415686757604316448_n (2)

Teknik Cuddle care ini jika dibuat dengan sempurna mampu mengaktifkan refleks bertenang kepada bayi dalam masa yang amat singkat! Kerana itu digelar suis menutup tangisan bayi.

Selain itu terdapat cara lain yang mungkin membantu anda dan bayi seperti :

  • naik kereta. Naik kereta nak bagi diam atau tido. Memang ada kawan saya yang terpaksa buat macam ni. Tak ingat dah siapa. Jenuh juga ni huhu
  • Urut . Berkesan kalau baby belum di puncak tangisan
  • ambil angin luar, bawak jalan dekat luar sambil dukung atau letak dalam carrier atau stroller
  • Mandikan dalam air suam. Tak yah lama-lama. Kejap pun dh ok. Lepas mandi, sapu minyak perut. then dodoikan, insyaAllah baby akan tertidur.

 

Ok saya harap sangat – sangat tips ini akan membantu first time mama, dan semua ibu-ibu yang lain diluar tau!

 

Anda mungkin berminat nak baca:

Apa nak buat jika anak demam sampai jadi sawan?

Posted in TIPS PARENTING

Post navigation

Cara Merawat Tulang Patah Supaya Cepat Sembuh
Tips Berkesan Bantu Rawat Migrain Yang Teruk

Related Post

  • Tips Kawal Anak Bermain Gadjet

1 thought on “5 ‘Suis’ Rahsia Menenangkan Bayi”

  1. Jueliza says:
    August 24, 2016 at 5:07 PM

    Penting ni.. nak dpt baby bln 10 ni kena tahu.. dah 5 thn tinggal baby kecik ni.. hehehh

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts
Copyright © AllTopGuide 2025 • Theme by OpenSumo