Assalamualaikum dan Morning!
Pagi-pagi dah ketuk kuali.. Sambil masak aiman menangis dekat atas. Adoii.. Onak dan ranjau sungguh pagi2..
Abg adam mmg dah lama request nak bawa bekal p sekolah.. Adoii mama garu kepala gak awai2 pkiq nak buat pa.. Huhu..
Kat tadika dia dulu dengar dia mengadu kata makan biskut n teh je.. Padan bila balik lapaq ketaq2.. Yuran mahai , makan macam hampeh. Pernah dah report sebelum ni. Kata nk improve, wallahualam lah.. Panjang lagi kalau ikutkan nak celoteh bab Tadika Little Caliph Sungai Petani ni. Isu management pihak tadika memang banyak sangat kena improve. Dengan hal cikgu yang selalu bertukar lagi. Bab pembelajaran setakat ni tengok memberangsangkan. Mungkin sebab tadika baru, so tak pe bagi peluang dulu. Korang yang hantar atau nak hantar anak full day, yang sekali day care, tolong lah sesekali p buat rush. Check anak keadaan macam mana..
So pg ni mama buat, Bihun sempoi xpedas.. Ada parutan carrot je dlm bihun since abg mmg xmo sayuq n isi2 lain dlm bihun.. Ada telur goreng dan roti butterscotch.. Air ? Usah ditanya, memang air tapis Coway je. Hehe..
Saja nak share resepi sempoi ni.
Bihun Goreng Tak Pedas
*Bawang merah 3 ulas
*Bawang putih 5 ulas (sy mmg suka lebihkan bwg putih)
*Cili kisar 1 sudu (sy punya yg homemade, dh blend dgn bwg besar)
Parutan carrot
Sos tiram 4 sudu
Sos cili 2 sudu
Kicap manis 4 sudu
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Tumiskan bahan bertanda * . Lepas tu masukkan parutan carrot. Then last sekali masukkan semua sos2 dan kicap.. Dan perasakan dengan garam. Saya memang tak guna pak aji or cukup rasa. Pakai garam himalaya tue dah sedap dah makanan..
Siap! Boleh letak dalam bekas molek-molek. Nak goreng telur asing pun boleh. Sekali kan dalam bihun pon boleh. Saya suka asingkan.
So esok menu pe lak? Praktis sesiaplah, adam tahun depan dah darjah satu. Memang mama nak bawakkan bekal je nanti kat anak mama nie.. InsyaAllah.

Saya juga bekalkan anak- anak saya Vitalea Kids setiap hari.
Kenapa anda patut berikan Vitalea Kids pada anak anda?
✔️ Yang mengandungi 18 jenis vitamin dan mineral perlu.
✔️100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
✔️Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain.
✔️Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.
✔️Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.
✔️Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!
✔️Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.

Mommies yg nak tau pe2 boleh whtsapp eh 0195738234
– Posted using BlogPress from my iPhone