Excited sungguh bila kita baca promosi syarikat Telco-telco besar. Unlimited sms, unlimited call.
Saya adalah salah sorang “insan bertuah” yang terpengaruh dengan promosi tersebut. Dengan mengambil kira komitmen bulanan, saya putuskan untuk tukar pakej Celcom saya ke Celcom First Gold. Disebabkan saya dulu ada contract lagi dengan celcom, saya kena bayar penalty hampir RM800. Setelah dikira2, kos setahun dan FREE itu, rasanya lebih daripada berbaloi sebab yang pakej baru yang limited itu hanya RM80 sebulan.
Disebabkan diMOMOKkan dengan promosi UNLIMITED atau dalam malay, TIADA HAD, maka kami sebagai pengguna pun menggunakannya tanpa had. Tiada siapa maklumkan pada kami tentang sebenarnya IANYA LIMITED! Hahahaha
Saya sebagai seorang peniaga online yang menjalankan perniagaan dari rumah, saya memang menggunakan sms blast untuk keep in touch promo2 baru setiap bulan dengan downlines dan customer. Google je sms blast dah kau akan jumpa macam2 laman web antaranya ialah SMS Blast .
Tapi dah celcom bagi UNLIMITED SMS, maka rugilah saya kalau tak gunakannya. Apa guna saya tukar pakej sampai kena penalty kalau saya tak gunakannya.
Waktu nak masuk Ramadan, Aiman kan masuk wad, ada saya ceritakan di entry Aiman Warded Demam Sampai Sawan, sambil2 baring waktu free di wad, saya blast sms Salam Ramadan buat downlines saya. Sms dilakukan secara berperingkat sebab saya lakukan secara manual, tanpa apps apa2 pun. Setiap group 20 contact.
Selesai blast pada semua susur galur. Tiba2 line kena barred! Terkejut juga. Then dapat tahu sbb sms blast tue, SKMM macam suspect takut kita ni scammer. Fraud, gitu lah ayat kampung lebih kurang.
MCMC tue apa? Alah SKMM tue.. Haa logo ni.
Kiranya telco2 dalam malaysia ni dipantau oleh SKMM ni. Tapi yang nak marah ni. Dah tau ada syarat dan peraturan oleh SKMM kan, tak perlu beriya sangat buat pakej bagai nak rak yang claim katanya UNLIMITED. Yang sebenarnya limited. Menipu gak gayanya ni. OVERCLAIM!
Semalam, saya blast lagi sms, tapi sikit sikit. Pagi sikit, malam sikit. Malam saya sms 38 orang. Lepas tue terus kena barred. So pada pendapat korang, ni limited ke unlimited?
Pada pengamatan saya, limited dah ni. 38 sms pun dah kena barred. Yang 1st time kena barred dulu mmg saya hantar sms dekat 1k org juga. Tak per lah mungkin tlalu banyak n takut scam kan. Tapi tadi Ni 38 org pun dah kena barred? Rasa mcm tak berbaloi plak ari tue haku bayar panalty untuk tukar pakej. Serik dah nak sms ni ??
Berjaya lah korang celcom, duit dari panalty yang orang bayar pun banyak tue. Pagi tadi saya pergi Celcom Centre, nak releasekan balik line saya yang kena barred. Tunjuk IC, tunjuk muka, akak tu cakap dah release nanti saya akan dapat sms.

Sampai jam 3.20 ptg masih belum dapat sms apa2 pon.
Btw sekarang service celcom centre di sungai petani menenangkan hati. Sopan sungguh. Sejuk hati tak jadi marah dengan layanan yang depa bagi pagi tadi. Senyum, tangan letak kt dada, tunduk skit kepala, bagi salam. Mesra lah.. Sejuk hati tak jadi nak marah tau.. huhu
Hat elok kita kena puji juga. Hat tak elok pon habaq juga.
Lagi satu saya baca kes viral yang bill 5k utk pakej Celcom First Gold , bill dia sampai 5k? Eh tak kena barred lah plak, dan takkan tak dak kredit limit. Fishy betoi lah.
Tanya staff celcom sp tadi, dia cakap, silap kira bill tu. Pelik kan?
Btw pakej celcom First Gold sekarang dikatakan sms pun dah kena cas, call pun dah kena cas, siapa yang tahu lebih lanjut bab ni? Tak macam dulu sbb katanya skmm kacau.. Mcm yang kes bill 5k+ tu, sms dia kena cas 20sen per sms. Gila bapak mahai.
Kena beringat lah sekarang. Nothing is free and nothing is unlimited.
Itu semua tujuan promosi sahaja. Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri.
Line dah release jam 5.55 ptg tadi.. Staff celcom sp ni mula2 dia call ckp tak dapat nak release, email tak dibalas lg dia kata. Tup2 call semula, bgtau terma dan syarat sebelum release. Dia bacakan kat ku. Gila bapak panjang dalam english, macam nak kata, kak translate sat. ?? tapi mujur lah paham point2..
Akak tue sebut kalo buat lagi sekali macam ni, akan terminate terus. PD-permanent disconnect. Ok noted lah saya. Kena janji tak buat dah. ?? (den takut nak guna fungsi SMS weh).. Kalau kena bar lagi kan menyusahkan?
Eh ada Lagi tak puas hati, kawan saya boleh release line tanpa walk in celcom centre. Dia call je weh. Tapi mungkin sebab suami dia marah. Hahahaa yea la mana tak marah, unlimited tapi limited wehhh.
Apacer ni.. Tak seragam celcom oii..
Tq utk rakan celcomku yg juga byk melayanku dan bantu ku menjawab persoalanku di kala dua kali dah kena bar! Nama rahsia stg dia malu kot? ??
hmmm nak kata pe? tunggu maxis lak lah buat offer pe2.. then bley tukaq lak.. hahaha
Nak tanya kalau kena first time , celcom dia ada charge kamu fees ??
tak faham.. first time apa yea? kena warning ke? tak der cas..
Nak tanya, awak terminat celcom gold tu kena cas apa apa ke?
tak kena cas pon… sy dh pakai digi skrg 🙂
digi boleh buat sms blast ke
tak pasti la pasal hal ni.. saya serik nak blast sms. huhu .. saya pun dah tukar ke digi
Maxis Prepaid Ec/Mc boleh.Cuma harus mohon pengaktifannya dari pusat yang kemudian di detect dari tempat pengaktifan di pohon.Yakni rumah anda.
Maxis Prepaid Ec/Mc boleh.Cuma harus mohon pengaktifannya secara online yakni sendiri yang aktifkan melalui email terus dari pusat yang kemudian di detect dari tempat pengaktifan di pohon.Yakni kat rumah anda.Berpandukan alasan kajiselidik yang munasabah.
Nak tanya..
Cara nk terminate tu just pergi celcom centre je kan?
Then boleh masukkan simcard baru ye?
nak terminate n nak tukar telco ke? terus ke ke telco yang sis nk tukar tue.. saya dah tukar ke Digi hehe
Guna first gold jugak. Kata 4G…dh berbulan guna skrg ni x pernah lg dpt 4G. Asyik keluar H+ memanjang. Line pun dh makin slow.
kan? saya dulu setia dengan celcom.. sekarang dah beralih ke digi.. cuma seksa skit time balik kampung.. line digi huhuu sedih sangat di kampung saya..
celcom first gold 80 sudah dinaik taraf…dari 10gb ke 20gb..antara detailnya ialah:-
1) 10gb isnin – jumaat untuk tempoh sebulan
2) setiap hari sabtu dan ahad diberi 1.25gb
3 setiap sms di cas rm 0.20
4) tiada lagi baki data dibawa ke hadapan
untuk pengetahuan bersama,lebih baik guna whatsaap dari blast message…tq
bye bye celcom. dah tukar ke digi.. guna digi data tak pernah habis huhuuuu
CELCOM mmg hanat. A day before raya dpt sms kata ada outstanding balance rm300. Tanjat jgk sbb rase x penah skip payment. Call dia bgtau ada terdouble charges masa sy buat international roaming ( sy suscribe 7 days passes utk international roaming rm138) tp sy dah byar masa di overseas lg. in fact byr lebih. Sehari sblm raya byr lg rm150. So utk bln ni 2 kali buat pembayaran. By right my bill dah zero outstanding balance la. Harini call dia buat cerita lain plak. Kata sebelum ni ada baki tertunggak rm600. Mmg nak terkeluar dah perkataan b**i dr mulut ni. Tang mana plak dtgnye rm600 ni. X penah ada dlm bill. Mmg setiap kali pembayaran sy akan tgk check bill online. X dpt sms alert pun dr CELCOM pasal outstanding balance yg ni. Slalu kalau lambat bayr je dah sms and x sampai sejam dah block account. Tibe2 ada plak rm600 ni. Mmg pelik sungguh. Bila suruh diorg justify yg tertunggak ni bila punya diorg x tau. Credit limit pun sy set rm100 je. Kalau lebih comfirm dah kena block ini ok je all this while x de masalah. Skrg diorg suruh sy prepare POP (prove of payment) plak. Kan buat keje tu nak mencari resit2 pembayaran yg lepas2. Mmg anat la CELCOM ni. Plan nak tukar DIGI lps ni.
Is there any ways kt terminate tanpa bayar apa yg dia mintak tu. Skrg kena byr lg Rm300. HELLO! Dah la time raya gaji lambat lg nak masuk ko nak mintak duit time ni.
kawan saya kena bayar beribu.. tapi dia fight.. ribu kot.. bukan salah dia pun.. dia report MCMC.. then lepas tu celcom call dia, cakap tak perlu bayar yang beribu tu.. so kalo tuan rasa teraniaya, boleh buat benda yang sama.. fight dengan report dekat MCMC tu.. semoga dipermudahkan urusan tuan. amin
berapa rm kena penalti terminate celcom?
Jangan percaya Celcom. Celcom kuat menipu.
Saya kena tipu hidup-hidup dengan pakej Phone Care / Swap yang ditawarkan Celcom Center. Pekerja Celcom yang offer pakej ni kata boleh tukar bila-bila masa, tanpa syarat.
Selepas setahun langgan pakej ni bayar bulan-bulan, saya bercadang nak tukar phone. Bila call diorang kata nak tukar, beribu alasan yang diorang berikan untuk mengatakan saya tidak layak untuk tukar ke phone baru. Ini sangat bercanggah dengan apa yang pekerja Celcom briefing kan kpd saya semasa saya beli phone di Celcom setahun sebelum tu.
Kemudian, sebab tak puas hati, saya buat aduan di MCMC. Beberapa minggu kemudian Celcom call saya bagitahu boleh tukar phone tapi tanpa pilihan. Saya dapat phone yang saya tak minatpun colornya dan berbeza storage.
Lebih teruk lagi, saya dapat set Refurbished ! Ya, bukan new phone ya, semua pelanggan celcom care jangan ingat anda akan dapat telefon baru. Semua akan dapat set refurbished (Phone yg dihantar semula ke kilang utk dibuat semula / dibaiki part2 yg masalah dalamnya, body phone diperbahurui semula utk dijadikan 100% seperti baru.)
Kemudian bulan 6 saya batalkan langganan Phone Care Swap ni sebab rasa tertipu. Bulan 7 saya masih perlu bayar langganan, saya call diorang kata itu bulan last sebab masih dalam proses pembatalan. Bulan 8 dan 9 saya busy tak sempat nak check bill. Bulan 10 saya check bil, langganan masih ada !!! Jadi bulan 6,7,8,9,10 saya masih membayar langganan bodoh ni !
Akhirnya setelah memaki hamun di Page Facebook Rasmi Celcom, aduan ke MCMC, dan berpuluh-puluh call, saya berjaya tamatkan langganan tu.
Banyak lagi kisah disebalik tu seperti staf yang angkat phone berpakat sesama mereka untuk menipu dan dikantoikan sendiri oleh staf mereka, semua jadi kenangan buruk dalam hidup saya.
Jadi sesiapa yang nak langgan Celcom, beringat, tak perlu langgan, jangan langgan Celcom Phone Care. Indah khabar dari rupa. Tidak berbaloi dan menipu semata-mata untuk keuntungan di pihak mereka sahaja.
Ikhlas,
Yang teraniaya.