Skip to content

OurLoveBonding

Shaklee. Love. Health. Family

  • Cara Order
  • Senarai Harga
  • Wakil Kami
  • Siapa Saya?
  • Borang Keahlian Shaklee Online
Menu

Jenis dan Cara Mengelak Bentan Semasa Dalam Pantang

Posted on May 10, 2016May 10, 2016 by Mamaa Adamia

Assalamualaikum

Entry kali ini saya nak kongsi tentang bentan wanita selepas bersalin. Bentan ni jangan main-main sebab ianya bahaya jika dibiarkan. Dan boleh membawa maut. Sebab tu orang tua-tua suruh pantang elok-elok. Tapi ada juga yang pergi mall dalam pantang weh. Nak kena niiii..

jenis bentan

Apa itu Bentan?

Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin. Apakah sebenarnya bentan? Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.

Maksudnya jika ibu tidak menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

Tanda dan sebab bentan:

Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya. Saya sendiri mengalami bentan sewaktu berpantang anak ke 3. Ya Allah tuhan saja yang tahu sakitnya. Padan muka sendiri sebabnya terlalu cergas buat kerja.

Bila dah bentan ni,  sukar untuk si ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh. Tapi kejap lagi saya akan kongsi ubat mujarab untuk bentan.

Jenis bentan:

1. Bentan urat

Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

2. Bentan urat peranakan/urat rahim

Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

3. Bentan urat besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

Cara Mengelakkan Bentan

1. Banyakkan berehat

Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu. Jangan buat rajin sangat.

2. Elak jangkitan kuman

Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.

3.  Jaga pemakanan

Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang.

Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

Ubat Hilangkan Bentan

Tapi andai kata terkena bentan, di sini saya nak kongsi ubat atau vitamin Shaklee yang mampu mengatasi masalah bentan di kalangan ibu dalam pantang.

Vitamin yang dimaksudkan ialah Vivix dan Ostematrix.

Vivix, terkenal dengan sifat dapat memperbaiki ke tahap sel dan dna dan ianya akan cepat bertindak memperbaiki apa yang tak kena di dalam badan.

Ostematrix pula, terkenal sebagai vitamin yang mampu menghilangkan sakit-sakit badan dan lenguh badan.

Gabungan mantap dua Vitamin ini amat sesuai untuk ibu yang terkena bentan di dalam tempoh berpantang.

Tak percaya? Meh kita tengok testimoninya.. 🙂

ubat bentan

Haaa dah baca? Mula-mula macam tak percaya , tapi lepas kali ke tiga kena, ambil Vivix dan Ostematrix terus baik. Baru lah percaya. hehe.. suka tau. Badan pun fresh balik dah tak sengal sengal.. InsyaAllah..

Korang ada soalan nak tanya atau nak whtsapp effa ke? meh whatsapp effa 0195738234 dekat no ni tau.

Posted in Vivix

Post navigation

Dengan Satu Botol Je, dah Boleh Maintain Muda, Cerah, Anjal, Bebas Jerawat dan Jeragat tau!
Penyakit Darah Tinggi boleh diubati TANPA UBAT

Related Post

  • Testimoni Cyst Mengecut Dalam Masa Sebulan Tanpa Pembedahan
  • Cara Mengubati Batuk Dengan Cepat dan Berkesan
  • Promosi Vivix Murah dan Jimat !
  • Himpunan Testimoni Terbaru Buah Pinggang Bocor
  • 7 Cara Berkesan Hilangkan dan Redakan Sakit Gout Secara Alami dan Tradisional
  • Cara Nak Beli Vivix dengan Harga Terlajak Murah

1 thought on “Jenis dan Cara Mengelak Bentan Semasa Dalam Pantang”

  1. Ainul says:
    April 22, 2017 at 11:39 PM

    macam macam jenis bentan ada, tapi paling penting jangan sampai merosakkan ibu yang berpantang

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © AllTopGuide 2023 • Theme by OpenSumo