Assalamualaikum
Ini pertama kali dalam hidup (seingat sayalah) , saya rasa jerebu paling teruk yang pernah saya hadapi. Keluar dari rumah feeling ala-ala cameron highland okeh. hehe. Tapi jangan duk perasan na! Cari penyakit kalau stay di luar. Asap tu makcik oii.. Bila saya tengok mak mak bawak anak-anak p garden, konon redup. Nak nangis tau tengok. huhu. Duduk la diam diam dalam rumah. Duduk dalam rumah pun mata pedih. Bau asap tau! 🙁
Tengok pandangan dalam rumah pun kabur. Apatah lagi di luar rumah. Di rumah ada Coway Air Filter. Memang merah menyala je sepanjang jerebu teruk ni. Waktu gini baru ku rasa air filter ku berguna. Sebelum ni tengok macam tak dak apa pun.
Saya selalu tutup air filter saya, juruteknik yang datang service di rumah selalu “berleter”. “You kena buka sentiasa. Bagi udara dalam rumah you bersih.” hahaha. Saya angguk sambil gelak je. Cuba tengok gambar kat bawah ni. Merah macam ni la tau. Fuhh. bayangkan itu udara dalam rumah. Luar? Korang boleh baca pasal Air Filter di blog Sarah Pakar Coway ni. Kalau berminat boleh roger beliau terus. Cek tak juai tau.. Saya pun beli dekat auntie yang duk mai service dekat rumah ni je. Huhu.
Bila dah jerebu ni ready la beli mask yer. Mask pun ada jenis2nya. Jenis suka suki tue tak der filter tau.
Tak pe dala entry ni saya nak share tips memilih mask untuk jerebu. Tak semua mask sesuai tau.
Tips Memilih Mask untuk Jerebu
Sebenarnya surgical mask tidak sesuai untuk jerebu kerana ia direka untuk menghalang air liur, kahak dan hingus sipemakai dari tersebar ke udara ketika batuk atau bersin, dan bukannya melindungi sipemakai dari pencemaran udara. Surgical mask tu macam mana? Alaaa..yang doktor atau nurse pakai di wad tue. Macam tu la. Tak sesuai tau.
Surgical mask atau face mask biasa tidak mampu menapis partikel halus jerebu (haze) yang berukuran sekecil 2.5 mikrometer. Ia juga tidak melekap pada muka, membolehkan udara tak bertapis masuk melalui celah atau gap antara topeng dan muka. Face mask biasa hanya memberi rasa selamat yang palsu.
Topeng muka yang sesuai untuk melindungi anda daripada jerebu ialah topeng pernafasan (respirator) N95 yang mendapat kelulusan NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan) Malaysia. Respirator N95 mampu menapis habuk / partikel sehalus 0.3 mikrometer.
Kalau googlekan, ada banyak jenis juga rupa bentuk mask N95 ni. Tapi mostly tak cantik la. hahaha.
Gambar yang bawah sekali, wanita ninja tudung hitam ni hahaha saya la tue. Ini mask N95 yang saya baru beli tempoh hari. Ramai yang ingat mahal mask ni. Tak la mahal sangat. Masih mampu milik. Saya beli mask N95 ni di Guardian pada harga RM6 je.
Tapi yang tak best. Tak sesuai untuk kanak-kanak. Memang tak dak size bebudak. dan kalo bagi pakai pun useless. Sebabnya. cer tengok gambar di bawah nie. Ada lubang kan. Sebab bukan size diaorang pun. huuhu..
Sebolehnya. Kanak-kanak dan bayi dikuarantinkan la yea. Jangan p main dekat garden saja2 sedut asap. Nangis oooo tengok mak mak bawak anak p garden jerebu gini..
Jadi dah tau kan masker yang mana yang sesuai? Pergi la beli yea! Semoga Allah pelihara kita. Jauhi dari penyakit. Memang bila jerebu macam ni kita akan mudah sakit. Jadi perlulah ready dengan “protection” , seperti mask. dan menyiapkan diri supaya kuat sistem imun tau!