Assalamualaikum
Hari ini 5 Oktober dan 6 Oktober 2015, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 Oktober 2015. Bagaimanapun, arahan itu dikecualikan kepada sekolah-sekolah di negeri wilayah persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di paras tinggi bagi mengelakkan daripada alahan dan penyakit. Memang teruk sangat jerebu kali nie.
Jerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan manusia. Semakin hari semakin terasa akan kesan-kesannya. Mata mula terasa pedih, tengkuk mula terasa cepat kering, dan macam-macam lagi.
Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
- Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
- Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
- Mata terasa pedih dan berair.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal-gatal.
- Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala di atas okeh!
Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah dan kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. Pasang aircond la. Jangan buka tingkap kereta tue.
Dan bila jerebu ni. Air kena minum banyak at least 2 liter tau!
Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi juga hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
Akhir sekali sebagai ikhtiar supaya tak mudah sakit, anda boleh mengambil vitamin Shaklee.
Vitamin Untuk Jerebu
Nutriferon – Meningkatkan pengeluaran interferon (sistem pertahananan semulajadi tubuh) untuk melindungi diri dari serangan virus, influenza, radikal bebas. Nutriferon dapat menguatkan lagi sistem imunisasi kita untuk mengurangkan kekerapan untuk jatuh sakit dan mengurangkan “keterukan” (intensity) simptom-simptom akibat jerebu seperti sakit kepala, serangan asma dan sebagainya.
Vitamin C – Teknologi Sustained Released membantu dalam menyalurkan vitamin C secara berterusan. Melalui teknologi ini, vitamin C akan dilepaskan mengikut masa dan mengelakkan vitamin C terbazir begitu sahaja kerana Vitamin C adalah larut air. Vitamin C adalah untuk sistem imun. Mengelakkan kita daripada mudah jatuh sakit tambahan pula semasa jerebu ni.
Omega Guard – Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega -3 semulajadi iaitu DHA, EPA, ALA dan lain-lain lagi. Omega Guard mengurangkan risiko masalah penafasan dan digalakkan bagi mereka yang mengalami asma.
Baik mencegah dari merawat kan? Sebelum jatuh sakit jom kita pasang perisai dengan vitamin!
Jika anda ingin membeli sendiri dengan menggunakan kad kredit atau kad debit anda boleh terus membuat pembelian dengan menekan gambar di bawah tau!
❤ Anda mungkin tak tahu yang Surirumah pun boleh jadi JUTAWAN!
❤ Teruja sungguh bila dapat tahu banyak Kelebihan Jadi Ahli Shaklee!
❤ Dan yang paling best yang korang mungkin tak tahu, Business Shaklee ini boleh diwarisi tau!