Sakit badan sewaktu hamil adalah perkara biasa. dan kita nak sangat sangat diurut. Suruh suami urut, takut lain lak jadinya. Eh jangan salah faham, maksud saya takut salah urat ke apa ke, kan susah. Mengandung ni macam seriau sikit.
Sebenarnya urutan ni memang baik untuk membantu nak melegakan sakit belakang, pinggang dan bahagian tubuh yang lain. Tambahan pula, bila dan mengurut ni dapat melegakan ketengangan, sakit belakang , sengal bahu dan lenguh paha. Urutan juga dapat melancarkan peredaran darah tau! Dan urutan ni dapat memperbaiki mood kita supaya lebih bertenaga, rasa segar dan lebih relaks.
Bahaya Mengurut Ketika Hamil
Tapi kalau tanya doktor, doktor memang tak benarkan mengurut sewaktu hamil ni. Sebab takut timbul masalah. Yea la, takut tukang urut tue sendiri tak arif bahagian mana yang tak boleh diurut. Walaupun tukang urut tue sendiri adalah tukang urut yang bertauliah, doktor memang tak galakkan mengurut pada awal kehamilan sebelum 12 minggu. Sebab takut terjadi keguguran pula.
Saya faham sangat bab sakit badan sewaktu hamil nie. Saya pernah mengurut sewaktu mengandung anak yang ke tiga yang lalu. Kawasan yang dia tak sentuh adalah perut dan peha. Peha sikit-sikit je. Sebabnya, bila tengah mengandung nie, darah beku yang terbentuk di situ akan tertanggal dan memasuki saluran darah. Serpihan darah ini akan membentu trombus dan boleh menyebabkan serangan jantung! Haaa bahaya gak kan kalau tak kena cara mengurut sewaktu hamil nie!
Biasanya, seluruh badan akan dibenarkan untuk diurut melainkan abdomen. Bahagian abdomen secara lembut pun tak dibenarkan tau! Ingat tue! sebab boleh merangsang rahim dan mengalami pengecutan dan menyebabkan keguguran.
Selain dari abdomen, bahagian pergelangan kaki dan pergelangan tangan pun sensitif tau. Kalau salah urut, mampu merangsang otot-otot dia bahagian abdomen itu sendiri dan pelvis yang menyebabkan rahim mengecut dan mengalami keguguran.
Kebaikan urutan ketika mengandung
- Mengurut sewaktu hamil dapat menghilangkan tekanan badan yang membuatkan ibu hamil merasa mudah letih, tidak bertenaga , mudah marah dan tertekan.
- Tubuh selepas mengurut akan lebih tenang dan bersemangat!
- Mengurut juga dapat menghilangkan bengkak di bahagian sendi tubuh!
- Mengurut dapat memperbaiki tidur yang lebih lena. Biasalah bila dah mengandung ni, akan ada masalah susah nak lelap!
- Mengurangkan sakit pinggang dan sakit belakang tanpa ubat penahan sakit!
Golongan yang tak Dibenarkan Berurut
Tak semua golongan boleh mengurut tau! Plz take note okeh! Antara golongan yang tak dibenarkan mengurut adalah:
- Menghidap tekanan darah tinggi ketika hamil.
- Berpengalaman melahirkan bayi pramatang
- Pernah mengalami keguguran di kehamilan yang terdahulu.
Pengalaman mengurut semasa hamil
Ok kali ni saya kongsi pengalaman saya. Saya mengurut waktu tu dah 20+ weeks lebih dah. Memang saya pernah lahirkan bayi pramatang dulu ni. Tapi waktu tu saya tak tahu kata risiko mengurut tue. Tapi alhamdulillah, tiada apa2 yang berlaku. Tukang urut saya panggil datang ke rumah. Urut 1 badan RM80. (mahal ke murah?). Memang rasa tenang, rasa hilang seketika sakit pinggang, sakit badan. Rasa ringan badan! Tapi apa yang kita kena paham, badan kita tengah mengandung, memang akan sakit berterusan je bab sakit badan n pinggang tu! Huhuu. Esok tue dah mula sakit badan balik macam biasa dah. huhu. Bila pikir balik, macam sia2 je RM80 tue haaa. hahahhaa..
Cara nak Hilangkan Sakit Badan , Lenguh badan Tanpa Urutan
Saya nak share sikit la. Bila saya sedar yang sakit badan yang hilang tu hanya hilang sementara je melalui urutan. Jadi saya decide taknak urut dah. Penat la kalau setiap minggu nak bayar RM80 untuk satu sesi haaa.. huhu.. Then saya teringat, kenapa aku tak ambil ostematrix je? Saya waktu mengandung, memang ada time saya culas ambil vitamin. Then ada suatu hari tu saya sakit badan dan sakit pinggang sangat-sangat. Malam sebelum tidur, saya ambil Ostematrix ni. Dan ajaibnya, esok pagi saya bangun memang hilang sakit pinggang, sakit badan pun hilang dan yang paling best saya boleh tidur lena tanpa mengira kambing biri-biri! Cramp kaki pun tak dak tau! Serius rasa, wahhh amazingnya, dan jimatlah duit haku. Tak perlu pergi urut badan yang mahal tue. Sebab satu botol Ostematrix yang tahan sebulan kosnya tak sampai rm80 pun. Kalau mengurut dekat sini dah Rm80. haaa.. jadi saya pilih cara jimat dan selamat. Saya konsisten ambil Ostematrix je lepas tue tau! Bangun pagi siap lawas! hehe
Kalau bab sakit pinggang sewaktu hamil, saya pernah cerita di dalam entry Tips Berkesan Hilangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil
Antara testimoni Ibu-ibu yang dah cuba Ostematrix ini.
Terbaikkan testimoni dekat atas? Lepas amalan ostematrix, seawal dua hari, dah tak sakit belakang dan sengal badan. Siap dukung anak yang 11kg waktu tue, naik tingkat 4 tanpa lift plak tue!
Jika anda ingin membeli sendiri dengan menggunakan kad kredit atau kad debit anda boleh terus membuat pembelian dengan menekan gambar di bawah tau!
❤ Anda mungkin tak tahu yang Surirumah pun boleh jadi JUTAWAN!
❤ Teruja sungguh bila dapat tahu banyak Kelebihan Jadi Ahli Shaklee!
❤ Dan yang paling best yang korang mungkin tak tahu, Business Shaklee ini boleh diwarisi tau!
Saya suka sangat dengan ostematrix ni… 1st time try terus jatuh cinta ??