Tergerak hati nak berkongsi cerita untuk ibu bapa yang tercari-cari maklumat tentang Program Little Caliph dekat Sungai Petani ni.
Adam tahun ini masuk 5 tahun. InsyaAllah bulan September ni cukup lah 5 tahun. Memang tercari-cari tadika yang mengajar English Islamic.
Lepas tu terbaca-baca dalam internet yang Program Little Caliph ni bagus sebab anak-anak cepat membaca. Membaca Melayu, English dan baca Iqra.
Tahun lepas sebenarnya dah book RM100 dah dekat Genius Aulad Sungai Petani dekat Lot 888. Tapi waktu tue tak tau lagi yang ada tadika yang buat Program Little Caliph dekat Bandar Puteri Jaya nie. Dari Hill Park ke tadikan adam tue, ada la dekat 10 minit je. Jadi burn la duit pendaftaran RM100 dekat Genius Aulad tue. Kalau Genius Aulad dalam 30-40 minit perjalanan dari rumah ke tadika. Jadi kami buat keputusan nak daftarkan adam dekat rumah ni je.
Pendaftaran Program Little Caliph dekat Bandar Puteri Jaya nie, termasuk yuran bulan pertama, RM1000+ juga. Gambar details resit tue entah ke mana ku hilangkan. Kalau tak boleh la share dekat sini.

Bukan pe, sebagai panduan ibu-bapa yang mungkin sedang tercari-cari maklumat pasal tadika ni.
Pendaftaran yuran tue akan dapat sekali, Baju uniform 2 helai. Baju sukan sepasang, yang wajib pakai hari Rabu. Lepas tu sekali buku-buku apa tah. Maaf la tak ingat lak details buku-bukunya. huhu. Adam saya ambil sekali kelas bacaan Iqra, tambah RM50 lak sebulan untuk kelas bacaan Iqra tue.
Bulan pertama adam ke sekolah (merujuk kepada tadika la yea), Alhamdulillah tak menangis pun. Adam pandai bawa diri. Tanya teacher pun teacher cakap, “Adam baik dekat sekolah, tak nangis pun”. Balik pun dapat sticker dari cikgu, bukan main excited dia balik tunjuk dekat mamanya sambil cakap. “Abang dah pandai (sambil tunjuk sticker), esok tak mau pergi sekolah. Hadehhh..
Masuk bulan ke dua, Adam dah seronok pergi sekolah. Tapi heran lak, bebudak Little Caliph tak der plak bawak home work balik rumah. Pelik juga mula-mula tue. Tapi lepas pergi seminar Program Little Caliph dekat Dewan Millenium hari tu, baru tau yang memang anak-anak Program Little Caliph tak diberi home work. Cukuplah ibu-bapa buat revision di rumah minimum 5 minit tentang apa yang di ajar di sekolah. Program Little Caliph ni diaorang belajar membaca melalui teknik yang lain. Termnya lupa la plak. Eh ha, teknik fonik! Dalam laman web UKM ni ada research yang diaorang buat.
Anak-anak takkan belajar A B C awal-awal macam teknik lama. Tapi mereka belajar membaca melalui teknik imej. Nak terang sangat pun tak pandai, tapi dah test dekat Adam, bila dia nampak “a”, dia akan sebut “aaa” dan bukan sebut huruf a. Bila tengok imej “ba”, dia akan sebut terus “ba” tanpa mengeja dan buat aksi seperti mana yang diajar di sekolah. Mula-mula dalam fikiran pikir gak, “habis tue nanti anak aku tak tau A B C lak? ” . Jangan risau, sebab kalau ikut Program Little Caliph lengkap adalah selama 2 tahun, jadi kalau ikuti cukup 2 tahun, anak-anak akan pandai membaca dan juga A B C sebelum pergi ke sekolah rendah.
Dan dalam Program Little Caliph ada Pra Tahfiz, tapi anak-anak murid terpilih je boleh ikuti. Saya pun tak pasti kriteria pilihan. Tapi macam best juga kalau Adam dapat masuk Pra Tahfiz nie. Besar harapan mama dan abah, supaya anak-anak mama dapat dibekalkan ilmu agama yang secukupnya.
Walaupun mama dan abah bukan ustaz dan ustazah, tapi kami nak anak-anak mama dan abah dibesarkan dengan ilmu agama yang secukupnya. Memandangkan zaman sekarang adalah lebih mencabar dari dahulu, penting sangat didikan agama tu. Harap-harap mama dan abah dapat memberikan yang terbaik buat anak-anak syurga kami. InsyaAllah amin.

bam bam nye abang adam dalam gambar ni..moga jadi anak soleh, boleh masuk pra tahfiz nanti
amin amin.. makan nasi 4-5 kali sehari nie.. mau tak bulat gini..
Hai Mama Adam… Adam senior emir la nie yer.. emir baru 3yrs..hehehe..
Salam..nk tanya..boleh share address tadika little caliph tu x?saya nk cari untuk ank nxt year
deret kedai yg baru sebelah belakang…tepi balai polis komuniti bandar puteri jaya.. 🙂
Assalamualaikum…maaf nak Tanya…so far macam mana ya anak puan after 1yr di LC?tgh survey kindy untuk anak juga…tq: )
tak tahu la nak cakap ok ke tak.. cuti lama sgt nie. mak nya tak ulang kaji. banyak dah lupa. adam masuk 6 tahun, parents kena take part sama bila d rumah. saya kurang ulangkaji dgn anak. thn nie akan lebih serius 😉