Skip to content

OurLoveBonding

Shaklee. Love. Health. Family

  • Cara Order
  • Senarai Harga
  • Wakil Kami
  • Siapa Saya?
  • Borang Keahlian Shaklee Online
Menu

Sengsara Sembelit Semasa Berpantang kini Hilang!

Posted on February 11, 2015February 10, 2015 by Mamaa Adamia

Assalamualaikum

Kali ini saya nak kongsi tentang pengalaman saya yang mengalami sembelit teruk ketika di dalam pantang. Berpantang menjadi suatu proses yang menyeksakan apabila jadi sembelit macam ni, dan buat jahitan luka terbuka. Itu paling menyeramkan 🙁

Cuba bayangkan, dah la luka episiotomi dah panjang hampir dengan “private part dekat belakang” (faham kot? hehehe), bila sembelit Ya Allah..  Seksanya hanya Allah je yang tahu tau. Luka jahitan saya sampai terbuka sebab sembelit tu. Puas saya makan orange sunkist, puas saya makan sawi, tapi masih sembelit.

sembelit

Dalam pantang air plak tak boleh minum banyak-banyak sangat kan, maka memang la bertambah teruk sembelit saya. Saya ada beli set berpantang Amway dan NR untuk anak sulung dan ke dua, malangnya, anak sulung anak kena kuning yang sangat lama, yang no dua pula lahir pra matang. Jadi doktor memang suruh elakkan herba-herba nie.

Tempoh berpantang dah nak habis, 30 hari rasanya, luka saya masih tak baik-baik. Mama bawak saya ke klinik, sebab luka saya lambat baik disebabkan kesan dari sembelit berterusan, luka memang terbuka, mujur doktor tak jahit hidup-hidup. Sebab saya pernah baca yang kalau jahitan terbuka akan dijahit hidup-hidup! Doktor hanya letak “gam”, saya pun tak pasti apa nama benda tue, dia cakap macam gam. Itulah pengalaman saya dan sembelit semasa berpantang.

Untuk anak ke tiga yang bakal lahir Jun ini, InsyaAllah. Saya dah bersedia awal-awal. Anak ke tiga ni memang buat keputusan nak ambil Set berpantang Shaklee.

Sebenarnya saya sewaktu hamil memang dah sembelit. Mula dari hamil ni saya dah mula ambil Ostematrix. Alhamdulillah memang tak sembelit dan buasir. (anak-anak yang lepas saya siap ada pakej buasir sebab layan sembelit dari awal kehamilan. huhu). dan paling best, bila ambil set berpantang shaklee ni, memang luka cepat sembuh, bertenaga, tak sembelit, najis pun lembut, tak bahaya pada anak walaupun anak kuning sekali pun, boleh terus je ambil set bersalin shaklee.

Tak percaya korang tengok sendiri video kat bawah ni. Puan Khadejah nie memang pengalaman berpantangnya sangat menyeksakan. Tapi apabila cuba Set bersalin Shaklee, tiada sembelit, luka cepat sembuh dan bertenaga sangat! Click video tue, korang pasti terpersona tengok pengakuan beliau tau! Dengar sendiri CLICK PLAY tau!

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo

 

 

 
Hubungi saya untuk pembelian atau konsultasi!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : Ourlovebonding
Pengedar Shaklee Sungai Petani
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Posted in Set berpantang, Set bersalinTagged jahitan terbuka, ostematrix, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, ubat sembelit dalam pantang

Post navigation

Penangan Mengandung anak ke Tiga!
Cara Mengatasi Haid tak Teratur

Related Post

  • Lima Sebab utama kenapa orang Suka Set Bersalin Shaklee!
  • Set Bersalin Shaklee vs Pemakanan tradisional untuk Ibu Selepas Bersalin
  • Tips Elak Digunting (Episiotomi) Semasa bersalin
  • Testimoni Set Bersalin Shaklee
  • Amalan Berpantang selepas bersalin Mengarut?
  • Tips Memilih Set Berpantang

1 thought on “Sengsara Sembelit Semasa Berpantang kini Hilang!”

  1. shukran says:
    February 11, 2015 at 3:03 PM

    good luck sis ..
    #klik nuffnang #visit me on shukranzahari.blogspot.com ..happy blogging

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © AllTopGuide 2023 • Theme by OpenSumo