Tajuk panas. Tapi betol, jangan bazirkan duit tengok movie Suamiku Encik Perfect 10 kalau jenis bukan layan movie cinta! hehehe. Feeling ni sebab baru lepas tengok movie Suamiku Encik Perfect 10! hehee. Niat nak tengok kat wayang tue padamkan saja kalau movie cinta ni. Kalau cartoon tak pe sebab budak-budak ni enjoy tengok. Kalau tengok movie cinta, mau main aci ligan dalam wayang, marah plak orang dalam wayang nanti. huhu
Disebabkan tak dapat nak tengok wayang maka duk tunggu juga kot2 dah keluar Astro First kan. Semalam tengok kat facebook, kawan cakap dah ada dekat Astro First! Apa lagi, tidurkan anak cepat-cepat, dan ready untuk tengok wayang di dalam rumah!
Bagi sesiapa yang tak pernah beli movie dalam astro First tu, mudah je. Korang pergi je dekat channel 480. Then tekan ikut arahan dan pilihan movie, astro akan bagi code dekat screen tv tue, sms je ikut code dan nombor tue. Lepas tue enjoy je la movie tue! Cuma ada masa tayangan dia boleh tengok dalam masa 48 jam sahaja. So ulang la tengok sampai lebam yea. Ala murah je. Sama je dengan harga ticket wayang. huhu
OK berbalik pasal movie Suamiku Encik Perfect 10! , time beli tue jam 11.30 malam. 12 mlm baru mula dari awal. So tunggu la jap, dan paksa encik suamiku tengok sama. huhu
Review Suamiku Encik Perfect 10! ni? OK i memang minat lakonan Aaron Aziz kalau gambar2 cinta gitu. Tapi tak dak la fanatik sampai tampal gambar, no no no la. Suka lakonan dia bab jadi suami dan pasangan romantik tu je ha. Lepas tu selit la berangan suamiku buat macam tue gak. hahhaha. Wahai wanita, jangan duk buat tak mengaku lak kan? Korang kalau tengok movie cinta dan baca novel pon mesti berangan kan? hahaha.
Mula-mula part awal movie tu macam mengelirukan sikitlah. Encik Perfect 10 KU (suamiku la!) di sebelah banyak kali gak tanya i, kenapa itu ini? Tapi i dah tengok tayangan perdana so dapatla gambaran sikit. Tapi kalau alam nyata, ada ke lelaki sebaik tu yang tak kenal tetiba je datang, dan perempuan tue accept je without knowing siapa lelaki tu? Mau perompak ke, perogol ke? Eh eh.. opss nama pun C E R I TA kan, layan je lah. ;b
Lepas tu, sweet la, biasalah kalau tiada konflik dalam cerita, takkan boleh timbul movie dekat wayang kan? Mesti ada konfliknya.
Si Alia (Lisa Surihani) ni kena rogol waktu dekat London dengan boyfriend dia, sampai termengandung. Dia balik Malaysia, jumpa Aaron Aziz nie la, apa nama dia? Zarif? Terjumpa dlm flight. Then……. Korang kena la tonton sendiri kalau nak feeling lebih. hehe
Cuma movie ini lebih ringan la compare to Ombak Rindu. Filem santai. Nak simpulkan moral of this movie la.
Pertama, kalau jodoh tak kemana. Pusing kot mana pun, kalau Allah dah tulis jodoh kita si polan bin si polan. Maka dia akan datang dengan sendirinya. Macam si Alia dengan Zarif ni, sebenarnya dalam cerita ni, mak si zarif nie sebelum meninggal dunia memang ada niat nak satukan diaorang. Tapi tak sangka Allah temukan dengan cara macam tue.
Kedua, lelaki pun boleh masak la! Hahaha. Bukan boleh, tapi pandai dari isteri tau. Arwah abah saya pandai masak, n abah yang ajar mama masak! Ada scene Zarif tu dia masak untuk Alia yang mengidam spagetti di malam hari. Boleh je laki kalo nak masak untuk isteri. Memang la tak pandai awal-awai tue, tengok la resepi kan bersepah dalam google. Macam isteri yang tak pandai masak la memula kahwin, google je resepi (i la tue! hahaa). Tapi bila lama-lama dah pandai memang tak google dah la. Bukan apa, isteri ni kadang kala nak juga suprise romantik dari suami, tak perlu kata-kata bunga-bunga. Tindak tanduk tue romantik sekali sekala pun cukup. Ngeh2..
Ketiga, baru i tau yang kalau mengandung tak elok pakai baju dalam yang besi yea? Kalau tak effect pengeluaran susu ke nanti? Hahahaa. Salah satu scene yang ada dalam movie ni yang korang wajib tengok!
Ok la tak boleh cerita lebih-lebih stg korang tengok tak feeling. Huhuu.
Dah tengok movie nie mesti feeling like nak kahwin kan? huhuu..
Bintang, 4 per 5 bintang. Sebab filem nie santaiiii gilerrrr.. I tak nangis pon tengok movie nie tau! Tengok Big Heros 6 tue i nangis lak! huhuuu
P/S:: Alhamdulillah saya dah jumpa “Suamiku Encik Perfect 10″ saya! hehhee.
BTW untuk anda yang nak kulit selicin Lisa Surihani meh tonton video ini! 🙂
Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.