Masalah haid tak teratur adalah perkara yang sering terjadi pada wanita pada masa kini. Mungkin juga disebabkan cara pemakanan zaman sekarang, telah mengganggu hormon dalam badan wanita sekarang. Mungkin juga bebanan kerja yang membuat wanita stress dan mengganggu hormon. Mencari penyelesaian, atau ubat untuk tetapkan haid salah satu langkah yang bijak, kerana jika haid tak teratur ianya menggangu kesuburan.
Pusingan haid yang tidak teratur, ialah pusingan yang kurang daripada 25 hari atau lebih daripada 35 hari. Ini dianggap tidak teratur, ada setengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali. Keadaan ini sering berlaku di kalangan anak anak gadis yang baru masuk ke alam remaja atau wanita yang hampir putus haid. Keadaan ini bukanlah satu penyakit tetapi hanya disebabkan oleh gangguan hormon. Wanita yang mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana ia kurang mengeluarkan benih.
Punca terjadinya gangguan haid.
Kegemukkan (obesity) merupakan punca penting yang menyebabkan pusingan haid menjadi terlambat atau jaraknya yang berpanjangan , mungkin jarak 6 – 9 bulan atau lebih di antara satu sama lain. Keadaan ini sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Ada di kalangan mereka yang tumbuh rambut pada kaki atau misai. Apabila dilakukan vaginal ultrasound kedua ovari mereka didapati bengkak dan tidak menetas ke dalam rahim(Polycystic ovary).
Bagi seseorang yang perjalanan haidnya tetap dan teratur, jika beliau mengalami gangguan pada pusingan haidnya bermakna sesuatu perkara sedang berlaku. Salah satu puncanya ialah kehamilan. Apabila kehamilan terjadi haid dengan tersendirinya akan berhenti. Wanita yang menyusukan anak juga mendapati perjalanan haidnya terganggu. Ketika penyusuan bayi, hormon susu (Prolactin) meningkat dalam aliran darah ibu. Hormon ini menghalang penetasan telur berlaku dan menghentikan kitaran haid.
Peningkatan paras hormon susu (prolactin) juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan dalam kelenjar pituitary menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala sahaja. Wanita demikian juga sering kurang subur. Gangguan hormon mungkin juga boleh berpunca dari ketumbuhan dalam kelenjar ovari. Ketegangan rohani atau tekanan jasmani seperti kesedihan oleh sebab kematian ibu bapa atau yang lainnya, boleh juga melambatkan kedatangan haid.
Ubat tetapkan haid
Sebenarnya istilah ubat kurang tepat. Ianya lebih kepada memperbaiki hormon di dalam badan dan mengisi lompong-lompong dalam badan. Shaklee mempunyai GLA Complex yang dapat membantu memperbaiki hormon wanita. GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. GLA Complex mampu memperbaiki hormon wanita di samping dapat tetapkan haid atau period yang tidak tetap, sekaligus membantu kesuburan.
Berikut adalah testimoni pelanggan saya yang dah tiga bulan tak datang haid, setelah mengambil GLA Complex, alhamdulillah haid beliau sudah kembali normal!