Baru- baru ini, suami saya beritahu pada saya, lebih kurang begini lah perbualannya. Sayang, abang perasan tumit kaki abang dah cantik la. Dah tak merekah macam hari tu. Saya pun cepat-cepat tengok, yea la abang. Memang dah cantik, tak “buruk” macam dulu. hahaha 😀 Suami saya cukup geram bila saya kata tumit dia buruk. Ala abang, melawak je pun. Tapi memang pun kan? Dah retak seribu terbelah dulu haaa..
Sayang pula sebab tak tangkap gambar pun sebelum dan selepas. Tapi sebelumnya lebih kurang gambar di bawah.

Rutin Harian Vitamin Suami Saya
Suami saya malam-malam sebelum tidur alhamdulillah tanpa disuruh, dia wajib akan makan, Omega Guard, Vitamin E , Vitamin C dan Zinc. Omega guard suami makan untuk hilangkan lemak perut yang makin ke depan. Ops! Hahaha. Vitamin E ambil untuk kulit dan kesejahteraan rumah tangga. Zinc untuk rambut dan Vitamin C juga untuk kulit.
Rasanya berbulan-bulan dah dia konsisten. Mungkin dalam dua bulan dah. Tapi sekarang baru sedar yang tumit dia dah cantik. Tak kasar dan merekah macam dulu.
Bagaimana Tumit Kaki Boleh Merekah?
Salah satu sebab tumit merekah adalah disebabkan oleh tekanan ketika berdiri atau berjalan , yang membuat bahagian bawah kaki mengembangkan ke sisi. Keretakan boleh berlaku jika kaki tidak cukup fleksibel. Tumit merekah akan
luka yang memberi kesan lapisan epidermis kulit, atau lapisan permukaan tumit. Jika rekahan tumit semakin mendalam , pendarahan , kesakitan dan jangkitan mungkin berlaku.
Tekanan bukanlah satu-satunya sebab yang menyebabkan tumit merekah. Kekurangan nutrisi atau kekurangan penjagaan kaki juga boleh menjadi sebab terjadinya tumit merekah. Zinc dan Omega -3 minyak lemak adalah penyumbang besar untuk kulit kering jika mereka kekurangan dalam diet. Untuk mendapatkan lebih banyak zink dalam diet anda , tanpa makanan tambahan, anda boleh makan makanan seperti tiram, ayam organik , ketam , kacang merah, yogurt, dan beras perang . Untuk Omega -3 minyak lemak , ikan air sejuk atau minyak biji flaks adalah pilihan yang baik . Sesetengah vitamin lain yang penting ialah Kalsium, Besi, dan Vitamin E, bersama-sama dengan magnesium bagi memastikan penyerapan kalsium. Jelas tertulis di laman web Shenandoah Podiatry tentang perkara ini!
Patut lah suami saya ambil Omega Guard, Zinc dan Vitamin E tumit dah makin cantik! Rupanya di samping khasiat yang suami saya nak, dapat extra lagi! hihi.. Nak tengok tak tumit kaki suami saya? hahaha. Tumit lelaki bukan aurat so boleh la tunjuk! Ngeh3.

Sebab itu saya suka vitamin Shaklee ni! Kita makan untuk tujuan lain, tapi dapat kebaikan tambahan. Contoh macam minum ESP untuk banyakkan susu, tetapi tiba-tiba kulit cantik, tiba-tiba rasa bertenaga, tiba-tiba rambut dah tak gugur. Best kan? Penting vitamin tambahan ini sebab dengan cara pemakanan sekarang agak sukar kita mendapat nutrien yang sepatutnya dan secukupnya. Cara masak yang salah pun boleh buat nutrien hilang di dalam makanan. Setuju tak? 😉
Your Shaklee Independent Distributor
oh kena makan vitamin juga ya, selain dari sapu losyen
bila tahap yg teruk sampai sakit, ambik masa dah sembuh, lebih baik rawat awak….
bnyk juga sumpliment yg suami akak ambik
Set yang terbaik bagi tumit merekah..