Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah hari ini seharian hujan lebat. Nasib baik waktu mula-mula keluar dari rumah tadi tak hujan. Aktiviti siang tadi, nak makan-makan, cari barang sikit. Last sekali pergi tengok rumah second hand. Nanti sambung cerita tentang rumah second hand ni.
Tadi kami makan di Aman Jaya Mall je. Terlupa yang hari ini adalah hari sabtu, jadinya memang ramai dengan remaja-remaja. Ada yang budak sekolah. Ada yang IPTA atau IPTS. Mungkin saya dah semakin tua kot. Sakit mata memandang fesyen anak-anak muda “muslimah” sekarang. Yes, mungkin saya tak ikuti fesyen mereka. Sekarang fesyen berjubah moden kan? Tapi 99% semua pakai dressing macam tu. Yang paling best, ada fesyen macam pakai anak tudung saja. Eh ini ketegori mengumpat ke? Dulu silap2 saya pun macam tu kot? Fesyen jenis dulu lak. hahahhaa. Mungkin la kot, saya makin tua. hahaha. Yea Yea saya paham. hihi. Pada mata saya, mereka cantik, tapi lebih cantik jika besederhana. Tapi macam tengok fesyen show dah. huhu. Lip lap lip lap. Sanggul tinggi benor. Tak salah nak berfesyen, tapi sederhana kan manis? Dalam islam pun suruh besederhana. Kan kan? hihi
Ok sudah-sudahlah bercerita pasal orang. Tadi rasmi Bokitta baru tau. Gila beli Bokitta pula sekarang. Bukan gila, setiap kali dapat bonus Shaklee nak beli buat koleksi sebab sedap pakai. Kenapalah dekat sungai petani tak der kiosk? Orang kaya silalah buka 1 kiosk. Pernah terpikir nak buka kiosk or kedai, tapi macam malas nak jaga kedai and so on, pekerja lagi dan ilmu jual offline di tapak fizikal tak tau langsung. Sebelum memulakan sesuatu kena belajar dan kaji, baru berani buat. Mungkin suatu hari nanti? siapa tahu kan? 🙂 🙂
Entry malam ni tak der point pun. Point fesyen tudung kot? Jom la cuci mata tengok Bokitta i yang terbaru! hihi
Tu diaaa. Berjangkit Bokita jugeeeek
mesti la nak jugekkk.. senang dan cepat. hihi.. fenomena Bokitta dimulai dgn akacan telah berjangkit ke anak cucu. huhu. eh anak siap jual bokitta tau. 😉
singgah sini akak,, salam perkenalan
Yaka mommy dah tua?kata br 18tahun..hihi..
mmg 18.. hahhaaaa..
ok je kak. tak tua pun 🙂
Salam kenalan dari Pahan 🙂
huhuu tak tua cikgu pahan… jiwa kot yg tua hahahhaa…
hehe. sy ukan cikgu 😛
kompius pahan kalau leave comment je xyah saya aprove, auto approve, gena buat ek?
Tengok macam remaja lah hehehe
remaja? haaa 18 baru.. hahahaha
Orang perempuan memang nampak cantik bila pakai tudung. Lebih sederhana lebih cantik sebenarnya…
yer sederhana lebih cantik 🙂