Menjadi kelaziman anak-anak kecil yang sedang meningkat usianya kerap makan. Untuk itu sebagai ibu bapa penting bagi anda menyediakan makanan berkhasiat dan sihat buat anak-anak anda. Selain menu utama yang perlu dititikberatkan, snek atau kudapan juga perlu sihat dan berkhasiat. Jika salah memilih ia mungkin boleh memudaratkan kesihatan mereka.
Setelah menikmati hidangan utama, si kecil biasanya akan meminta makanan lain sejurus selepas itu.
Antara kudapan yang boleh anda berikan kepada si kecil tersayang termasuklah:
Buah-buahan
Buah-buahan boleh menjadi snek sihat untuk anak anda kerana kandungan vitamin yang terdapat di dalam buah baik untuk kesihatan mereka. buah-buahan yang biasanya menjadi pilihan kanak-kanak adalah epal, mangga, oren dan pisang.
Sayur-sayuran
Kanak-kanak memang tak suka makan sayur, tapi apa yang boleh anda buat ialah melatih mereka untuk mula makan sayur sejak dari kecil lagi. Kenalkan secara berperingkat dan bukannya secara mendadak. Letakkan di dalam mee sup kegemarannya atau dalam bubur yang dikisar pasti mereka akan terbiasa.
Susu
Susu adalah minuman terbaik untuk diberikan kepada anak-anak anda selain air putih. Susu mengandungi kalsium yang tinggi untuk pembentukkan tulang yang baik dan sihat buat kanak-kanak. Pilih susu rendah lemak dan sesekali juga boleh berikan mereka makan yogurt.
Kekacang
Bertih jagung dan kekacang yang lain bagus untuk dijadikan snek kepada anak-anak anda. Bertih jagung buatan sendiri di rumah pasti dapat menarik minat si kecil anda, atau juga kuih yang berasaskan kacang sangat sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang. Kekacang mengandungi banyak serat dan juga lemak yang baik untuk pertumbuhan anak-anak anda.
Elakkan:
1. Makanan terlalu manis
Berikan si kecil anda makan biskut tak menjadi masalah namun jika biskut tersebut terlalu manis seperti biskut gula maka ia tidak baik untuk mereka. Kandungan gula yang terkandung dalam makanan si kecil anda perlulah dalam kadar yang paling minimum.
2. Makanan bergaram
Makanan ringan yang digemari oleh anak-anak anda mengandungi kandungan garam yang tinggi dua kali ganda melebihi kadar selamat untuk orang dewasa. Kanak-kanak berisiko lebih besar kerana tubuh mereka lebih sukar menyingkirkan natrium berbanding dengan orang dewasa.
Anda mungkin berminat untuk membaca
Order Vitamin Shaklee dengan saya!
COD Vitamin Shaklee Sungai Petani – Alor Setar – Gurun
Facebook : Mamaa Adamia
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Your Shaklee Independent Distributor Mamaa Adamia ♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234 ♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah ♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
saya pelajar Vokasional mengambil jurusan Pengajian Awal Kanak-kanak…..Boleh tak saya dapatkan resepi untuk snek buah-buahan?