Dalam bahasa ilmiah, peluh berlebihan sering disebut sebagai hiperhidrosis iaitu keadaan apabila seseorang menghasilkan keringat lebih banyak daripada keadaan normal. Hiperhidrosis tidak hanya menimbulkan masalah kesihatan seperti jangkitan kulat dan bakteria tetapi juga boleh mengganggu keadaan psikologi dan emosi pesakit.
Jika anda mengalami hiperhidrosis, ada beberapa tindakan yang boleh anda lakukan untuk mencegah Hiperhidrosis iaitu:
MANDILAH MINIMUM 2 KALI SEHARI
Tubuh yang sering berpeluh dan jarang mandi adalah penyebab bau badan yang paling umum terjadi. Jika anda kerap berpeluh, mandi dan bersihkan tubuh anda lebih kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kerap mandi lebih adalah lebih baik terutama apabila merasakan tubuh anda terlalu melekit. Selain membuatkan tubuh bersih dan segar, mandi boleh memberikan manfaat kesihatan seperti meredakan tekanan, meningkatkan daya tahan tubuh sehingga meningkatkan kesuburan. Mandilah setiap hari dan gunakan sabun yang mempunyai bahan anti kuman. Pastikan bahagian seperti di bawah ketiak dibasuh dengan teliti. Mandian dengan penggunaan sabun akan mengurangkan kadar kuman di bahagian kulit.
Pastikan baju dan stokin yang dipakai ditukar setiap hari. Pastikan juga baju dibasuh secara kerap kerana jika dibiarkan terlalu lama, ia akan menyebabkan bau peluh melekat pada pakaian sehingga sukar untuk dihilangkan.
Menggunakan deodoran setiap hari boleh mengurangkan bau badan akibat tubuh yang sering berpeluh. Terdapat minyak wangi di dalamnya yang akan menutup bau peluh iaitu aluminium chloride dalam antiperspirant. Penggunaan antiperspirant boleh mengurangkan kadar pengeluaran peluh. Berjumpalah dengan doktor untuk nasihat yang lebih lanjut.
Jika tubuh anda mengeluarkan banyak peluh ini bererti anda harus segera menggantikan cecair badan yang hilang. Apa pun keadaannya, jaga badan anda agar tidak mengalami dehidrasi. Selain berfungsi membersihkan racun dalam tubuh, mengambil air mineral juga baik untuk mencegah bau badan.
Memotong atau mencukur bulu bawah ketiak secara berkala boleh mengurangkan bau badan. Bulu bawah ketiak yang panjang boleh menakung peluh dan bau. Ia akan memudahkan pembiakan kuman.
Untuk mengelakkan tubuh mengeluarkan bau peluh yang kuat, cuba kurangkan atau elakkan makanan yang berempah seperti kari, bawang putih dan juga daging merah. Semua jenis makanan ini boleh membuatkan bau badan lebih teruk.
Saat anda merasakan bahawa bau badan anda terlalu kuat akibat peluh yang melampau, ketika mandi, oleskan limau nipis atau tawas di bahagian ketiak anda. Namun jika anda mengalami alahan dan gangguan kulit tertentu sebaiknya gunakan deodoran sahaja.
DIET SIHAT
Obesiti atau keadaan berlebihan berat badan adalah salah satu penyebab berpeluh secara berlebihan sehingga menyebabkan masalah bau badan. Oleh kerana itu, lakukan diet sihat dari sekarang. Kawal pola makan dan tingkatkan aktiviti fizikal dengan bersenam untuk mendapatkan berat badan ideal.
Mikroorganisme berkembang dalam ruang lembap antara jari-jari kaki. Gunakan bedak penyah bau kaki untuk membantu menyerap peluh di bahagian tersebut.
Kasut yang diperbuat daripada kulit boleh membantu mencegah kaki berpeluh. Ia membolehkan kaki anda bernafas dengan mudah. Berikan udara pada kaki. Jika boleh, buka kasut anda dan pakai selipar ketika di pejabat dan biarkan kaki anda bebas bernafas.
Jangan pakai kasut yang sama setiap hari kerana peluh yang terdapat pada kasut akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Jemur kasut yang sudah dipakai. Pakailah kasut lain keesokan harinya.
Luangkan masa untuk belajar teknik relaksasi seperti yoga, meditasi atau biofeedback. Aktiviti ini dapat membantu anda belajar untuk mengawal tekanan yang mencetuskan pengeluaran peluh.
Jika anda mudah berpeluh, sebaiknya kenakan pakaian dari bahan yang sejuk dan menyerap peluh. Pemilihan bahan pakaian yang tepat dapat membantu kulit anda bernafas dengan lebih mudah sehingga anda berasa lebih selesa dan berasa kering sentiasa. Pastikan memakai pakaian yang dibuat daripada benang natural seperti kapas. Pakaian seperti ini membolehkan peluh keringkan secepat mungkin.
Hiperhidrosis ni banyak cara rawatannya. Salah satunya pembedahan. Tapi ianya risiko takut berulang. Jadi membazir lak duit di situ kan? Apa kata kita cuba vitamin Shaklee je?
Untuk rawatan menggunakan vitamin dari Shaklee anda boleh mencuba vitamin berikut.
♡ Vitamin B Complex:
Semua vitamin B, seperti B12, B6, B5 dan asid folik, membantu mengurangkan peluh. Vitamin B mengurangkan berpeluh kerana membantu badan menyingkirkan sisa toksin darah dan dibuang melalui air kencing. Orang yang sangat bertoksik cenderung untuk berpeluh banyak kerana badan cuba untuk membuang toksin melalui kulit. Apabila sistem dalaman berfungsi dengan baik, seseorang secara semula jadi akan kurang berpeluh. Minum air, makan makanan yang sihat, dan mengambil vitamin B boleh membantu mengurangkan beban toksik pada sistem. Vitamin B boleh diambil dalam bentuk tambahan atau mereka boleh didapati dalam pelbagai makanan seperti pisang, telur, kacang dan sayur sayuran hijau.
♡ Vitamin C:
Vitamin C adalah vitamin yang menakjubkan atas sebab-sebab yang begitu banyak. Vitamin C meningkatkan sistem imun, menjadikannya lebih mudah untuk melawan jangkitan dan virus. Vitamin C juga membantu mendetoksifikasi badan. Toksin ditolak keluar melalui saluran penghapusan. Apabila toksin dikumuhkan seperti yang sepatutnya, badan akan kurang berpeluh. Vitamin C boleh didapati dalam buah-buahan sitrus, lada hijau dan bijirin.
♡Ostematrix:
Kalsium dan Magnesium jika diambil bersama-sama boleh membantu mengurangkan berpeluh. Satu kekurangan magnesium dalam diet telah menyebabkan bau badan dan peluh berlebihan. Walau bagaimanapun, magnesium memerlukan jumlah yang betul untuk badan menyerap kalsium mn dengan berkesan. Kalsium dan magnesium perlu diambil bersama-sama untuk hasil yang terbaik. Kalsium juga boleh didapati dalam susu dan lobak merah. Magnesium terdapat dalam banyak sayur-sayuran hijau ikan, dan telur.
♡ Zinc Complex:

Membantu untuk mengekalkan fungsi adrenal biasa. Kekurangan zink boleh membawa kepada masalah seperti nafas berbau, bau badan dan jerawat yang teruk. Zink juga membantu metabolisma badan.
Tidak hanya mengganggu penampilan, peluh berlebihan juga boleh menjadi masalah baru apabila bau badan mula muncul akibat peluh yang terlalu banyak. Jika ini yang terjadi maka boleh jadi anda akan dipulaukan dalam pergaulan. Oleh itu bagi penghidap hiperhidrosis, amalkan kebersihan secara konsisten.
Jika berminat boleh terus hubungi saya di sms@whsatsapp effa 0195738234. Jangan malu-malu nak sharing masalah. Atau jika anda mempunyai debit atau kredit kad, anda boleh terus membeli dengan menekan gambar di bawah. 🙂
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Your Shaklee Independent Distributor Mamaa Adamia ♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234 ♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah ♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.