Apa itu Kolesterol?
Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. la merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.
Dua sumber utama Kolesterol
Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hatianda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.
Bagaimana Kolesterol boleh Menyebabkan Penyakit Jantung
Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah anda:
- LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
- HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)
Apakah Penyebab Utama Tinggi Kolesterol?
Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori, adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari; bagi mereka yang menghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.
Walaupun begitu, cuba bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti ini:
Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 798mg kolesterol! Itu adalah hampir tiga kali ganda lebih dari pengambilan harian yang disyorkan!
BERTINDAK HARI INI: Ikuti Petua Ini untuk Merendahkan Paras Kolesterol Darah Anda Secara Semulajadi!
- Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
- Lakukan senaman lebih kerap.
- Turunkan berat badan.
- Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.
ATASI MASALAH KOLESTEROL ANDA SECARA SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL
Apa itu Fitosterol?
Jadi, Bagaimanakah Fitosterol Berkesan?
Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol, dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL.
Berapa banyak Fitosterol yang anda perlukan?
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi. *
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Your Shaklee Independent Distributor Mamaa Adamia ♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234 ♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah ♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Masa puasa paling bagus untuk mengurangkan masalah kolestrol
Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo