As salam
Selamat pagi. Mata tak la segar sangat. Tapi idea membuak buak nak update blog. So layan kan saja yea.
Siang tadi kami ke Alor Setar atas urusan nak buat pasport. InsyaAllah jika tiada aral dan rintangan, saya dan suami bakal ke US free trip tajaan Shaklee bulan Ogos ini. Kesian la kami yang tak pernah keluar dari Malaysia ini, jadi ini kiranya pengalaman pertama nak g obersea la nie. Jadi memang tiada pengalaman pasal buat pasport ni. Nasib baik my “mommy” Shaklee dah buat so duk tanya dia lah. Tapi ada bezanya. Tak sangka prosesnya tak sama.
Ok mesti ada yang heran kenapa tak buat di Sungai Petani saja. Kat sungai petani nie kena buat pada hari bekerja. UTC Kedah nie buka setiap hari kecuali public holiday dan sehingga 10 malam. Bagi saya memang sangat2 la bagus kerajaan buat UTC tue. Segalanya ada di dalam tue. Aku rasa banyak Jabatan ada dalam tue. Tapi yang aku perasan dan terlalu, Jabatan Pendaftaran je tadi. Dan of kos imigresen. Sangat mudahkan urusan orang ramai sebab waktu cuti pun boleh buat urusan di sini.
Ok kembali pada hal buat pasport. 1 kesah, kami dah tangkap pic dekat kedai gambar, dan dia cakap tak boleh guna gambar itu, maka membazir di situ. Tak pe la, rezeki kedai gambar tue. En suami, alhamdulillah mudah je buat. Dah settle. Aku? Disebabkan aku ic di tengah 13 dan lahir di sana, asal sana, dan ibu pon orang sarawak, maka tak boleh buat dan siap dalam masa 1 jam. Uwaa.. Sadis betul, pergi sampai alor setar sebab nak buat benda nie, sudahnya tak boleh la pula! Lagi satu hal dia nak salinan IC mama dan abah. Dan kena buat di main office, di UTC tak boleh buat sebab UTC tak buat urusan pengesahan dan faxs semua tue. Diaorang cakap kena dapat pengesahan dari Imigresen sarawak. Kata dah masuk malaysia, kenapa terasa seperti dianak tirikan pula bab urusan macam nie kena sahkan kat sana. Tapi itu je caranya nak dapat pasport so terpaksa la ikut.
Tapi tak ralat sangat sebab ada juga urusan selesai. Pasport en suami siap. Dan tadi sempat jumpa mama n abah ambil salinan ic. So terpaksa la aku pergi lagi sekali di sungai petani. Urusan siap dlm masa 5 hari pulak tue! Sabau je lah. Tak boleh dapat sejam.
Lepas settle tue, sementara nak tunggu sejam, pasport suami siap, kami g makan di kedai makan depan ct plaza. Serius tak sedap. Sorry memang takkan pergi dah. Aku order mee bandung, tapi terasa macam makan mee sos.. Huhuu…
Ok lah setakat itu saja perkongsianku. Semoga bermanfaat bagi orang yang kelahiran sabah dan sarawak yang tinggal di semenanjung di dalam urusan nak buat pasport. Jumpa lagi di lain entry. Sila tinggalkan jejak anda di komen yea 🙂
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.