Berkerjaya bukan faktor penghalang anda meneruskan penyusan ibu. Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi. Persediaan paling penting ialah menimba sebanyak mungkin pengetahuan. Sekarang semua di hujung jari, macam-macam info kita boleh dapat dari pakcik google nie. Yang penting kena ‘tapis’ setiap info yang kita dapat. Jangan main percaya je.
- Buat persediaan sebelum kembali bekerja seperti mengumpul stok susu ibu perahan, melatih pengasuh memberikan susu ibu perahan selain mengajarnya melayan anak anda dan lain lain.
- Pastikan anda mempunyai simpanan susu ibu perahan yang mencukupi.
- Usah memberi tekanan pada diri dan jangan lupa mendapatkan rehat walaupun sekejap.
- Pemakanan harus berkhasiat dan seimbang serta minum secukupnya.
- Bangun 30 minit lebih awal dan susukan bayi walaupun dia separa tidur.
- Bersarapan pagi yang baik dan susukan bayi sejurus sebelum ke tempat kerja. Ini akan melegakan keresahan untuk berpisah dengan bayi.
- Bagi memastikan bayi tidak terlalu kenyang ketika pulang ke rumah, minta pengasuh memberi susu ibu dalam kuantiti yang sedikit sebelum anda mengambilnya. Ketika tiba di rumah, payu dara mungkin penuh dan anda bolehlah menyusukan bayi dengan segera.
- Susukan bayi dalam satu jam yang pertama setelah kembali ke rumah. Susukan secara terus di payudara akan memberikan anda ketenangan dan mengurangkan sebarang stress. Dinasihatkan, urus diri dahulu, tukar pakaian, mandi dan makan sebelum menyusukan bayi kerana dia mungkin akan “memerap” dengan anda untuk seketika.
- Dalam beberapa minggu pertama bekerja, anda mungkin akan perlu memerah dengan kerap. Setelah beberapa hari, payudara akan menyesuaikan diri dengan jadual baru dan anda akan berasa lebih selesa. Anda akan mungkin hanya perlu memerah 2 kali ketika bekerja (10pagi dan 2 petang atau ketika waktu makan tengah hari).
- Jangan sesekali tidak memerah lebih dari 3-4 jam. Ia boleh mengakibatkan bengkak susu. Urut perlahan sambil mengepam agar anda lebih selesa.
- Jika payu dara bocor secara tiba-tiba, berikan tekanan pada putting menggunakan tapak tangan selama 1 minit. Melipat lengan anda di payu dara turut membantu menghentikan kebocoran. Gunakan pelapik payu dara di dalam coli untuk menyerap sebarang kebocoran, jika perlu.
- Pastikan payu dara dikosongkan dengan efektif setiap sesi pemerahan atau penyusuan agar penghasilan susu optimum. Pengosongan payudara yang efektif memberi signal “permintaan” yang betul kepada otak supaya lebih banyak susu dihasilkan. Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayi, amalan dan teknik penyusuan yang betul, BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan yang tertentu.
- Jika boleh elakkan pemberian susu ibu perahan menggunakan botol kerana ia boleh menjejaskan penyusuan susu ibu. Cara bayi menghisap dari botol dan payudara sangat berbeza!
- Setiap cabaran yang dihadapi pasti ada penyelesaian jika anda meminta bantuan segera daripada kaunselor atau perunding laktasi bertauliah.
Nak baca lagi info tentang PENYUSUAN boleh click di link SINIBerminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Tak lama lagi dah nak kerja. Ini salah satu perkara yang kena ambil kira.