Skip to content

OurLoveBonding

Shaklee. Love. Health. Family

  • Cara Order
  • Senarai Harga
  • Wakil Kami
  • Siapa Saya?
  • Borang Keahlian Shaklee Online
Menu

Kenapa Kopi dan Teh tidak boleh diambil dengan Vitamin

Posted on July 2, 2013October 2, 2014 by Mamaa Adamia
Kopi dan teh..


Kopi tue faveret aku tue.. premix coffee memang aku suka..tapi bila ambil Vitamin, tak boleh ambil sekali tau.. Maksudnya?? Yer la, mana boleh telan vitamin dengan kopi atau teh.. Tak telan sekali pon, kalau baru lepas minum teh n kopi jangan lah terus ambil vitamin. Jarakkan masa pengambilan yer. Pasaipa pulak dah?? Kenapa?? 

Kopi dan teh tue ada kafien. Kafien ni mengganggu penyerapan zat besi dalam tubuh badan. 

Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen ya..

KALSIUM


Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat kajian yang menggatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minimal. Penggambilam kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.


VITAMIN D


Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan tulang jadi nipis dan mudah rapuh. 


VITAMIN B


Kafein bertindak sebagai diuretik ringan, yang menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggu penyerapan nutrien penting termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks. Tanin adalah jenis polifenol. Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi.
 
Haaa ada sebab tau tak boleh ambil dengan Vitamin..Kesimpulannya.. Jarakkan masa pengambilan vitamin anda dengan kopi dan teh yer..Kalau tak vitamin tue tak berkesan.. ^_^ 
 
 Okeh kalau nak order Vitamin Shaklee dengan HOTT PRICEE cepat-cepat hubungi fa kat no nie. sms@whatsapp 019-5738234
 
Nak COD kawasan Sungai Petani, Alor Setar pon boleh!
Nak jadi Ahli?? Boleh juga!! ^_^
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Posted in APA2 PON XPE, COD SUNGAI PETANI

Post navigation

Mealshake membantu memulihkan Selsema kanak-kanak
Kenapa GLA Complex Shaklee menjadi pilihan wanita?

Related Post

  • Vivix Ready Stock di Seluruh Kawasan Sungai Petani
  • Penipuan! First Gold Plan Celcom sebenarnya LIMITED!
  • Restock Shaklee di Branch (Pengedar Shaklee Sungai Petani)
  • Tadika Little Caliph Bandar Puteri Jaya
  • Sehari Sebelum Berpuasa!
  • Kecoh!! Coklat ada BA**!!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © AllTopGuide 2023 • Theme by OpenSumo