Aku bukanlah pakar penyusuan. Tapi aku belajar bab menyusu ni dari pembacaan dan pengalaman aku sendiri. Alhamdulillah. Kalau orang tanya pe2, aku boleh jawab lah. Paling “famous” bila orang tanya pasal pump susu. Aku dah cerita pasal faktor-faktor pemilihan pump susu @ breastpump pada entry INI. Jadi yang nak tahu, click je dah baca yer.
Ok hari ini aku nak share cara-cara nak simpan susu yang telah diperah. Bila orang tak tahu cara mudah, orang rasa macam susah nak menyusu badan 100% nie. Padahal senang je kalau kita belajar caranya. Jika anda dah nak mula kerja, anda kena prepare beberapa barang yang akan memudahkan perjalanan penyusuan anda semasa bekerja.
Yang PERTAMA sekali mestilah kena ada pump susu. Boleh baca pada enttry yang lepas cara nak memilihnya.
Yang KEDUA, kena prepare, cooler bag. Cooler bag sekarang ada macam-macam pattern dan design. Dulu mula-mula guna, aku punya hitam je. Sekarang aku dah ada banyak cooler bag. Tapi suka pakai yang coklat tue je. Kecil dan mudah.
![]() |
sebijik macam aku punya. sbb mmg aku beli sini. *onebabyworld |
Yang ke TIGA, kena ada “ICE PACK”, ada macam-macam jenis ice pack nie. Tapi meh aku tunjuk aku guna yang mana. Aku memang banyak ice pack nie. Sebab kadang-kadang lupa nak bekukan balik. Duk terperam je dalam cooler bag tu sampai esoknya. dan memudahkan aku tinggal je 1 cooler bag berserta ice pack dekat rumah pengasuh adam dan damia. So setiap kali nak ke sekolah @ tempat kerja, aku akan bawa dua cooler bag. Satu bekalan damia untuk hari itu, jadi aku tinggal je. Nanti pengasuh letak dalam peti ice. dan satu lagi cooler bag aku bawa ke sekolah untuk simpan susu yang akan diperah pada hari tersebut.
![]() |
yang nie online pon ada jual |
![]() |
Yang nie aku beli kat tesco, tempat orang jual brg perkhemahan |
Yang ke EMPAT, kena ada botol menyimpan susu atau beg plastik nak simpan susu. Tak digalakkan guna bekas dadih atau plastik ice cream malaysia. Tapi kalau nak guna n terpaksa sila je. Huhu. Yang nie memang kena ada banyak untuk simpan stok. Nak jimat belilah yang jenis plastik. Ada banyak yang dijual di pasaran.
Kebanyakan “gadjet penyusuan” aku beli online. Antara kedai online yang menjadi pilihan hati ialah:
Aku suka compare antara dua kedai nie. Siapa murah aku akan beli! hihi.. ^_^
Ok bila dah pump susu, gadjet dah sempurna, kena tahu cara penyimpanan. Ada yang aku tengok hentam kromo je. Takmo cerita panjang dah. Mai tengok pic nie je yer!
Semua dah clear? Jadi jangan bagi 1001 alasan untuk perah susu kat tempat kerja yer!
Kalau nak beli Vitamin Penyusuan Shaklee silalah hubungi saya!
sms@whatsapp effa 0195738234
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.