Bismillah..
Duk elok2 tengah masak tadi, aku tengok minyak masak aku..maksimum aku akan gunakan minyak masak dua kali je..pastue aku akan buang..tue pon kalau ikutkan tak elok tue..
![]() |
tq pakcik google! |
Hampa2 pakai minyak masak brand pe? aku pakai brand nie!! kdg2 tukar gak..ikut la..tp ada cop sirim dan halal yer!!
Tahukah anda betapa pentingnya COP SIRIM pada minyak masak? Bukan brg elektrik je ada cop sirim.so p tengok kat dapur ada tak cop sirim??huhuu
Sebab tue aku sangat cerewet bab beli minyak masak..Aku takkan beli yang pack plastik 1kg tue..sebab risau tiruan!!
Okeh..minyak masak pon ada tiruan ka?? ADA yer!!
Meh baca tentang minyak masak tiruan nie
Apa itu minyak masak tiruan ?
Minyak masak tiruan sebenarnya adalah minyak masak biasa yang telah digunakan berkali² dan kemudiannya diproses semula untuk dijadikan minyak masak dan dijual semula dengan harga murah. Kebanyakkannya dibeli oleh pengilang dari restoran², hotel² dan sebagainya melalui orang tengah dan seterusnya diproses dan dipek semula mengikut permintaan peniaga.
Kandungan minyak masak tiruan ?
Selain diproses dan dijual terus sebagai minyak masak. Ada sesetengah pengilang menyampurkan separuh kandungan minyak yang belum dimasak (asli) ke dalam minyak masak terpakai sebelum dijual. Tujuannya adalah untuk mengaburi pengguna supaya minyak ini kelihatan seperti minyak masak masak biasa. Macam kes dekat China pula. Aku dengar minyak masak tiruan ini dicampur dengan diesel. Kesannya, sesiapa yang menggunakan minyak ini akan lumpuh. Tu .. kawan aku yang cerita. Betul ke tak tu. Tak pasti la pulak.
Menurut dari Pusat Racun Negara pula. Apabila minyak masak digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan. Jadi kesimpulannya, bukan takat minyak tiruan je yang merbahaya. Minyak biasa yang digunakan berkali² dekat rumah pun merbahaya. Jadi jangan gunakan minyak masak lebih dari sekali k.
Kesan penggunaan minyak masak tiruan ?
Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan tekanan darah tinggi (hipertensi), merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Macam mana nak kesan minyak tiruan ?
Kebanyakkan minyak masak tiruan memang dijual dalam pek plastik 1 kilogram (kg) kerana mudah dijual dan murah. Selain itu pek plastik 1 kilogram ini juga tidak mempunyai tanda logo, alamat pengkilang dan tanda halal. Jadi kat sini anda boleh kesan dengan mudah. Betul tak ?
Selain tu, aku rasa tak mustahil satu hari nanti pihak pengkilang minyak masak tiruan akan menukar taktik dan menggunakan botol² minyak masak yang berjenama untuk mengelirukan pengguna. Nanti kalau nak beli minyak masak. Cuba check dulu !
Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Kesimpulannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Dan elakkan dari membeli dan makan makanan dari luar, yang status makanan yang dihidangkan tidak diketahui asal usul nya.credit
![]() |
pic from google |
**kurangkan makanan yang berminyak..itu baru sihat.. ^_^
Facebook Mamaa Adamia
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.