Cara Nak Dapatkan Less 10% di The Chicken Rice Shop!

Siapa kat sini suka makan di The Chicken Rice Shop? (TCRS) “Bukan sekadar Nasi Ayam” .. kokokokookkk.. hahahaa

 

 

Kami sekeluarga memang suka ke TCRS sebab anak-anak suka. Dan kalau nak makan nasi yang ada lauk banyak, portion banyak, memang TCRS lah menjadi pilihan.

Oh yea, saya suka kerabu mangga dan Three layer Tea nya! Sedapp..

Jika anda penjawat awam, tahu tak yang anda boleh dapatkan potongan 10% dari bill anda? Dahulu kami pun tak tahu, dan kebetulan suami saya masih penjawat awam kan, waktu tu kami lunch bersama time office hour. Mungkin suami ku nampak macam penjawat awam, dan staff di The Chicken Rice Shop Village Mall Sungai Petani tu tanya, keja gov ke? Then dia bagitahu, staff gov, akan dapat 10% diskaun tau.

Jadi setiap kali kami makan dekat TCRS memang encik suami lah bayarkan. Iols kan dah tak kerja dengan gov. Hehhee.

Ha kalau tak percaya, meh tengok resit ni. Nampak tak 10% tue potongan?

 

Haaa jimat kan? Walaupun 10% je, jimat dah tu haaa..

Saya dah test kat TCRS negeri lain pun sama, dapat less 10% juga. Mereka takkan tanya anda staff gomen ke tak, jadi hampa kenalah ringan mulut yer tanya untuk diskaun 10% tu. Sebab memang tak der tertulis pun haaa kat depan kedai depa pasai ni.

Ntah lah kenapa. Tapi perkara baik macam ni, haruslah kami kongsi kan?

Share article ini jika anda rasa ianya bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!