Bagi anda yang ada Philips Pressure Cooker.
Anda boleh cuba resepi Nasi Ayam Hainan Sempoi ini yang sangat mudah dan sedap.
Bukti sedap? Suami den cakap sedap , tak der nasi ayam kat luar boleh lawan nasi ayam ni hahahaha. Mungkin ayat ambil hati atau mungkin benar? Siapa tahu kan? Kahkah
Bahan :
- Ayam ikutlah nak masak banyak mana
- Halia
- Garam
- Daun Bay @ Daun Pandan
- Bawang putih
- Minyak bijan
- Serbuk kunyit
- Bawang putih
- Rempah sup
- Kentang
- Cili merah
- Cuka
- Gula
- Nasi!
Langkah-langkah:
- Basuh ayam dulu yer. Saya pakai ayam tanpa cucuk Ayam Oasis. Lepas basuh, gaulkan dengan halia yang dah ditumbuk dan garam. Biarkan seketika.
- Basuh beras. Rendam beras dengan serbuk kunyit. Sikit je tau, nak bagi warna kuning je. Dan selepas 15 minit – 30 minit toskan.
- Potong halus bawang putih dan halia, tumiskan dalam pressure cooker. Mode Bake chicken.
- Lepas dah tumis, masukkan beras yang kita dah tos tadi, gaul seketika.
- Masukkan Daun Bay @ daun Pandan, minyak bijan dan garam skit!
- Selepas seketika, masukkan air. Pastikan sama banyak dengan beras tau. Kalau beras 2 cup, air 2 cup juga.. haaa gitu..
- lepas tu masukkan pula ayam!
8. Offkan, then tekan mode Rice. sealkan, start.
9. Tunggu masak 15 minit.
10. Sementara itu, kita buat sup. Alah, buat sup ayam macam biasa lah, ini pun nak kena resepi ke? Hehe
11. Dan buat sambal cili dan kicapnya.
12. Sambal cili senang je. Blend cili merah + air + cuka + gula + garam .
13. Sambal kicap senang juga. Sos tiram + kicap + air suam .
14. Ha siap!
Gambar nasi ayam siap tak dak lak sebab teruja sangat nak makan! Selamat mencuba!