New Zealand di Kedah?

Jika anda tercari-cari suasana kampung tapi ala- ala bukit New Zealand malaysia, kah kah kah. Mungkin tempat ini anda boleh considerkan.

 

Pertama kali sampai ke tempat ini saya terpaku. Subhanallah! Cantiknya ciptaan Allah! Ini baru dalam Malaysia. Kalau di New Zealand, kelu tak terkata! Doakan kami sekeluarga sampai New Zealand suatu hari nanti yea!

Ok tempat ini di Sik. Saya selalu panggil Tasik Beris. Dahulu, waktu belajar DPLI, pernah datang kursus di sini, tapi bukan di chalet sini.

Kali ni datang dengan keluarga mertua. Sewa 1 rumah yang ada 3 bilik.

Alhamdulillah seronok. Activiti yang boleh buat di situ. Family day sesuai sangat, ada macam hall kecil di luar.. BBQ pun sesuai.. memancing! Jangan lupa bawa peralatan memancing kerana peralatan memancing tidak disediakan. Naik bot pusing tasik. Tapi bagitau siap-siap, keadaan bot agak kurang memuaskan dari aspek keselamatan. Jaket keselamatan pun tak boleh zip, banyak rosak. Pihak chalet patut improve bab itu.

Oh yea, nyamuk hutan besar-besar yer. Pastikan bawak insect repellent terutama sekali kalau anda ada anak kecil, atau anda sendiri tak tahan nyamuk hutan. Saya lah tu, 3 minggu masih belum baik kesan gigitan nyamuk di kakiku ini huhuuu.

Bawak kasut riadah yang sesuai, untuk panjat bukit. Sebab kawasannya berbukit. Jangan lah pakai kasut tinggi pula yer..

Bagi yang nak cuba chalet ni, boleh contact je no dekat gambar di atas. Gtau je, dapat no ni dari menantu Ku Mansor. Mana lah tau, bley dapat diskaun haaaa.. owner tu kawan lama abah mertua saya. Hahaha.

Ok lah, semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!