Korang Patut Datang ke Koppi Station kat Bertam tau!

Jika anda tercari-cari kelainan pada menu western anda, anda mungkin boleh cuba datang ke satu cafe ni.

Kali ni saya nak kongsi makanan western yang agak lain lah dari yang lain. Menu ni saya tak pernah jumpa lagi dekat kedai makanan western yang lain.

Bagi kami sekeluarga, makanan westernnya amat menarik dan harga patut dan semestinya sedap!

Sebut saja western, orang selalu bayangkan, apa? Chicken chop, lamb chop, spaggeti kan? Itu menu biasa untuk saya. Hahaaha.

Dekat Koppi Station ni menu dia agak berlainan sikit.. saya suka sungguh lah dengan benda alah ni. Alahai, kenapalah nama dia susah saya nak ingat. Hehe

Ha ini dia, memang sedap giler..

Yang bestnya, air dia tak manis sangat tau.. memang kena lah dengan tekak saya yang tak boleh nak hadap sangat dengan manis- manis ni.

Kalau ada anak kecil, ha jangan risau sebab ada sudut tempat anak-anak bermain. Ada blocks, ada sahibba, ada dam ulaq, ada lagi, tapi tak perasan plak apa nama mainannya.

Tempat mainannya berlapiknya carpet lembut dan sofa. So sangat selesa lah untuk anak-anak.

Kalau hampa tercari-cari makanan yang sedap, berlainan dan murah. Ini lah tempatnya.

Di Bertam macam-macam kedai makan ada. Membangun sangat dah sekarang. Dulu zaman iols menyewa kat situ dulu, McD pun tak dak lagi huhu.

Oh yea, Koppi Station ni buka jam 11 pagi – 11 malam. Tutup hari Rabu. Pedoman dia, cari McD . Dia sebelah McD dan petronas. Selamat mencuba!

Kenapa eh tak boleh nak upload pic lain! Nanti iols update semula yer entry ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!