Very Short Vacation Penang di Lexis Suites

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak bawa anak2 bercuti. Jadi dikesempatan ini. Si mak pun nk refresh segala benda. Makanya, kami pun booking online hotel. Macam biasa. Di penang lah. Hehe .. Kebetulan birthday suami bulan ni , jadi ni kira macam hadiah birthday juga lah. Hahaha.

img_0941

Tapi kali ni kami memilih nak kelainan sikit. Reward anak2 yang kami berdua ni tumpang rezeki diaorg. Jadi saya booking Lexis Penang ni.. Tengok dalam GroupOn, ada promo. Tapi harga tengok sama je dalam booking.com. So kami beli je dari booking.com sebab dah biasa book hotel kat situ..

img_0944

img_0949

Perjalanan dari sungai Petani ke Lexis penang, lebih kurang sejam. Kami COD vitamin Shaklee dulu, Vivix , orang nak urgent, so singgah cod dulu dan lunch n solat zohor. Then baru pecut pergi ke penang. Pagi tu saya dah settlekan part ambil stock shaklee di citylink, dan pos kan vitamin customer. Yer nak bercuti pun, kerja kena bagi settle yea.. lagi pun business kami di hujung jari ke. Kat mana2 boleh on..

img_0950

dekat lobi hotel

img_0951

img_0952

img_0953

Macam biasa sampai2 terus check in. Elok2 je sampai jam 4 petang. Konon nak datang awal skit. Konon je. Alih2 sampai jam 4 petang gak.

Solat asar dulu, then baru anak-anak n abahnya terjun mandi.. saya masih bertahan sebab tunggu customer datang nak COD vitamin. Rezeki customer lah, kebetulan saya datang sini, so tak perlu pos dah. Hehehe..

Lepas je settle cod, apa lagi, saya pun join sekaki berenang2 kuis kaki hahahaha. Dah lama tak dapat rasa macam tue sejak jadi wife orang ni.. bila ada private pool nak buat pe pun, kuak lentang pun bebas la skit 😂

Bila dah mandi-mandi agak2 apa jadi lepas tu? Of kos lah lapar. Hahaaha tapi jangan risau sebab saya dah order makan. Tengok dari group Penang food delivery. Saya order, spaggeti Carbonara 2 bungkus dan cheesy meatball , Rm36. Ok lah kan, sebab dia hantar sampai pintu bilik, saya tak payah turun dah. Huhuu..

img_0974

omega guard utk pastikan “panas” so insyaAllah tak batuk demam selsema selepas berendam

img_0967

lepas pool mandi tab lak dah…

Selepas anak- anak mandi, terus saya cucukkan Omega Guard. Nak elak selsema n batuk, berendam kan sejuk dada. Dan saya sapukan minyak herba mustajab. Semoga dengan ikhtiar tersebut anak saya sihat-sihat belaka..

Habis je mandi, apa lagi , lapar la anak-anakku ni. Menyerang makan.. huhu. Skali mak ayah dia lapar.. Then relax2 tunggu maghrib, lepas tue tunggu isyak sambil type entry ni, sat lagi nak p makan nasi tomato.. huhuu..
Perjalanan dari Lexis Penang ke nasi tomato batu lanchang ni lebih kurang 30 minit.

Sampai2 dalam 9.30 mlm, orang tak ramai. First time lah kami datang orang tak ramai. Kalau tak, beratur panjang. Lega juga la. Selesa la sikit. Macam biasa ambil ayam goreng rempah dia yang sangat sedap tue, n kuah dia, nasi dia makan saja pun sedap. Adam habis sepinggan. Damia mau gak makan sendiri. Aiman? Dia tido. Letak dalam stroller. Bangun2 time kita nak habis makan dah. Nak ayam, so kasi lah drumstick seketul. Pegang ayam tu sampai balik. Huhuu.

img_0979

img_0982

ramai wehhh

Ingatkan memang tak ramai lah orang sebab hari kerja, tapi nak balik, nak bungkus la kuah nak balik makan dengan roti, tengok2 tu dia haih. Ramai orang beratuq panjang! Mujuq la sebab nak ambil kuah je so bley la cilok sikit. Hehee…

Time nak balik hotel balik, mak oii, sikit lagi je nak sampai hotel. Jemm wehh.. habuan lah balik makan jem dengan roti yang dibeli dekat happy mart tadi 😂 rupa-rupanya jem sebab roadblock. Hadeh lah.. tak per lah, Allah bagi reward pahala sabar. InsyaAllah

img_0984

Nak bagi warning sikit parking tingkat atas Lexis Penang ni mencabar sikit. Dia tak bulat tapi bersegi empat dia punya jalan tau dak.. jangan duk buat pasal drift nah. Naik si hitam ni lak panjang , risau ler juga. Mujur turun dan naik selamat alhamdulillah.

Bangun je pagi esok , budak2 dah menuntut janji nak mandi pool lagi.. disebabkan nak mejimatkan masa dan guna sepenuhnya masa di bilik sebab ada pool mama bawak rice cooker comel no untuk masak nasi lemak hahahaha

img_0986

parking tingkat atas yang mencabar

Lauk tapau dari makan semalam pon ada. Eh dan mama bawak telur skali. Kasi rebus hahaha. Ada sambal ikan bilis hitam pahang. Pergh sedappp.. Sebab check out nya awai, 12 pm kena check out dah. So kami manfaatkan lah masa nak berenang di dalam pool sepuasnya sebelum pulang..

img_1036

berkelah tepi pool huhu

Check out jangan lupa duit deposit yea.. dapat full balik jangan risau. Hehehe.. Lepas check out, tak tau nak p mana.. kami p Entopia lah.. tiket, boleh la tahan weh.. huhuu.. tapi tak per. Berbaloi rasanya bila masuk dekat dalam.. kami ambil family pakej RM127.00 untuk dua orang dewasa dan dua kanak2.. so agak jimat lah sebab sorang dewasa RM 49.. kanak-kanak RM 29..

img_1037

img_1106

Waktu kami p, dah nak dekat masuk solat jumaat, so singgah dekat situ ada masjid apa tah. Lupa lak namanya. Tapi sgt dekat lah. Nak masuk dalam tu macam biasa lah anak dara buat drama.. huhuu. Bawak stroller bukan letak adik dia, tapi letak kakaknya huhu. Kat dalam ada ruang solat. Agak selesa, ada aircond. Saya yang belum solat, solat dekat dalam sementara anak2 dan suami tunggu dekat cafe. Makan di dalam paham2 je la ratenya. Nak jimat tak yah p makan: tapi makan itu salah satu seronok bab jalan. Makan gak lah hahaha.

img_1054

img_1064

img_1071

img_1073

Oklah layan gambar lak. Banyak bebel ni.. Rate Entopia ni, boleh lah 4.5 bintang kot dari 5 bintang hahaha. Dalam tu ada game2.. haa tengok di gambar..

img_1091

img_1098

Lepas p Entopia, cakap dekat encik suami, nak pasembor. Maka merempitlah encik suami cari pasembor dekat gurney.. Pasembor Menari katanya.

img_1110

Ingatkan apa lah yang menari tu. Rupanya bila nak letak kuah tu, memang menari hahahaha. Terhibur la juga. Lepas mengidam mak mengandungkan lemak ni. Hahaha.

Lepas tu suami bawak anak2 ke padang kota. Saja bawak tengok bear bear comel.. mmg banyak bearnya huhu. Setiap satu mewakili satu negara..

img_1118

img_1123

img_1125

bear palestin tauu hehe

Habuan lah anak2 main situ. Main bubble je haaa.. btw kan, dekat Padang kota kena hati-hati, even hari cuti pun, Bandaran mai saman parking. Hhhuu.. dah la tak tau hala mana nak beli kupon..

Nak selamat p parking dekat tepi padang kota tu, ada tempat parking berbayaq. Sejam pertama rm2 je.. haaa selamat lah dari saman.. Balik tu, balik kot ferry. Dah letih dah nak lepak kat luaq.. so tengok dari dalam kereta saja..

img_1126

jumpa lagi nanti 🙂

Trip kali ni ke penang lebih puas sebab banyak makan.. hahaha orang suka makan macam ni lah. Mujur lah pengguna shaklee tegar… Dan pecah rekod tau, kali ni p penang tak masuk shopping mall. Cayalah.. hahahaa

Ok lah setakat tu perkongsian saya. Kot hampa nak kasi idea tempat best area penang, next time boleh kami p lagi.. penang dan kami tak dapat dipisahkan haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!