Penipuan! First Gold Plan Celcom sebenarnya LIMITED!

Excited sungguh bila kita baca promosi syarikat Telco-telco besar. Unlimited sms, unlimited call.

Saya adalah salah sorang “insan bertuah” yang terpengaruh dengan promosi tersebut. Dengan mengambil kira komitmen bulanan, saya putuskan untuk tukar pakej Celcom saya ke Celcom First Gold. Disebabkan saya dulu ada contract lagi dengan celcom, saya kena bayar penalty hampir RM800. Setelah dikira2, kos setahun dan FREE itu, rasanya lebih daripada berbaloi sebab yang pakej baru yang limited itu hanya RM80 sebulan.

celcom-first-one-gold-plan

Disebabkan diMOMOKkan dengan promosi UNLIMITED atau dalam malay, TIADA HAD, maka kami sebagai pengguna pun menggunakannya tanpa had. Tiada siapa maklumkan pada kami tentang sebenarnya IANYA LIMITED! Hahahaha

Saya sebagai seorang peniaga online yang menjalankan perniagaan dari rumah, saya memang menggunakan sms blast untuk keep in touch promo2 baru setiap bulan dengan downlines dan customer. Google je sms blast dah kau akan jumpa macam2 laman web antaranya ialah SMS Blast .

Tapi dah celcom bagi UNLIMITED SMS, maka rugilah saya kalau tak gunakannya. Apa guna saya tukar pakej sampai kena penalty kalau saya tak gunakannya.

Waktu nak masuk Ramadan, Aiman kan masuk wad, ada saya ceritakan di entry Aiman Warded Demam Sampai Sawan, sambil2 baring waktu free di wad, saya blast sms Salam Ramadan buat downlines saya. Sms dilakukan secara berperingkat sebab saya lakukan secara manual, tanpa apps apa2 pun. Setiap group 20 contact.

Selesai blast pada semua susur galur. Tiba2 line kena barred! Terkejut juga. Then dapat tahu sbb sms blast tue, SKMM macam suspect takut kita ni scammer. Fraud, gitu lah ayat kampung lebih kurang.

MCMC tue apa? Alah SKMM tue.. Haa logo ni.

SKMMKiranya telco2 dalam malaysia ni dipantau oleh SKMM ni.ย Tapi yang nak marah ni. Dah tau ada syarat dan peraturan oleh SKMM kan, tak perlu beriya sangat buat pakej bagai nak rak yang claim katanya UNLIMITED. Yang sebenarnya limited. Menipu gak gayanya ni. OVERCLAIM!

Semalam, saya blast lagi sms, tapi sikit sikit. Pagi sikit, malam sikit. Malam saya sms 38 orang. Lepas tue terus kena barred. So pada pendapat korang, ni limited ke unlimited?
Pada pengamatan saya, limited dah ni. 38 sms pun dah kena barred. Yang 1st time kena barred dulu mmg saya hantar sms dekat 1k org juga. Tak per lah mungkin tlalu banyak n takut scam kan. Tapi tadi Ni 38 org pun dah kena barred? Rasa mcm tak berbaloi plak ari tue haku bayar panalty untuk tukar pakej. Serik dah nak sms ni ๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–

Berjaya lah korang celcom, duit dari panalty yang orang bayar pun banyak tue.ย Pagi tadi saya pergi Celcom Centre, nak releasekan balik line saya yang kena barred. Tunjuk IC, tunjuk muka, akak tu cakap dah release nanti saya akan dapat sms.

celcom penipu

bukti ni i p celcom

Sampai jam 3.20 ptg masih belum dapat sms apa2 pon.

Btw sekarang service celcom centre di sungai petani menenangkan hati. Sopan sungguh. Sejuk hati tak jadi marah dengan layanan yang depa bagi pagi tadi. Senyum, tangan letak kt dada, tunduk skit kepala, bagi salam. Mesra lah.. Sejuk hati tak jadi nak marah tau.. huhu

Hat elok kita kena puji juga. Hat tak elok pon habaq juga.

Lagi satu saya baca kes viral yang bill 5k utk pakej Celcom First Gold , bill dia sampai 5k? Eh tak kena barred lah plak, dan takkan tak dak kredit limit. Fishy betoi lah.
Tanya staff celcom sp tadi, dia cakap, silap kira bill tu. Pelik kan?

Btw pakej celcom First Gold sekarang dikatakan sms pun dah kena cas, call pun dah kena cas, siapa yang tahu lebih lanjut bab ni? Tak macam dulu sbb katanya skmm kacau.. Mcm yang kes bill 5k+ tu, sms dia kena cas 20sen per sms. Gila bapak mahai.

Kena beringat lah sekarang. Nothing is free and nothing is unlimited.

Itu semua tujuan promosi sahaja.ย Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri.

Line dah release jam 5.55 ptg tadi.. Staff celcom sp ni mula2 dia call ckp tak dapat nak release, email tak dibalas lg dia kata.ย Tup2 call semula, bgtau terma dan syarat sebelum release. Dia bacakan kat ku. Gila bapak panjang dalam english, macam nak kata, kak translate sat. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ tapi mujur lah paham point2..

Akak tue sebut kalo buat lagi sekali macam ni, akan terminate terus. PD-permanent disconnect. Ok noted lah saya. Kena janji tak buat dah. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ ย (den takut nak guna fungsi SMS weh).. Kalau kena bar lagi kan menyusahkan?

Eh ada Lagi tak puas hati, kawan saya boleh release line tanpa walk in celcom centre. Dia call je weh. Tapi mungkin sebab suami dia marah. Hahahaa yea la mana tak marah, unlimited tapi limited wehhh.

Apacer ni.. Tak seragam celcom oii..

Tq utk rakan celcomku yg juga byk melayanku dan bantu ku menjawab persoalanku di kala dua kali dah kena bar! Nama rahsia stg dia malu kot? ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

hmmm nak kata pe? tunggu maxis lak lah buat offer pe2.. then bley tukaq lak.. hahaha

Pengedar Shaklee Sungai Petani

Ubat Kencing Manis Mujarab!

17 Comments
  1. August 21, 2016
    • September 17, 2016
  2. October 27, 2016
    • November 11, 2016
      • December 6, 2016
        • December 20, 2016
        • October 12, 2017
        • October 12, 2017
  3. December 7, 2016
    • December 20, 2016
  4. June 3, 2017
    • June 21, 2017
  5. June 4, 2017
    • June 21, 2017
  6. June 29, 2017
    • July 4, 2017
  7. July 27, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!