13 Perkara PENTING tentang Penyusuan Susu Ibu Selepas Bersalin

Assalamualaikum

Tahniah buat ibu-ibu yang sedang hamil yang berniat nak menyusukan anak secara eksklusif / sepenuhnya selepas kelahiran anak tersayang nanti.

tips penyusuan susu ibu

Nak menyusukan sepenuhnya ini bukannya mudah dan bukannya susah. InsyaAllah dipermudahkan jika si ibu bersedia dengan ILMU.

Kali ini saya nak kongsi 13 perkara yang si ibu WAJIB tahu jika si ibu berniat nak menyusukan anak sepenuhnya selepas melahirkan anak nanti.

1. Bayi baru lahir memang kerap lapar

“Susu kau tak cukup tu. Tu yang baby kerap lapar tue”. Pernah dengar? Tahukah anda yang bayi yang baru lahir memang kerap menyusu kerana susu ibu ini mudah hadam. Oleh itu bayi mudah lapar dan kerap nak menyusu. Jangan sangkakan susu tak cukup lak dan topup dengan susu formula lak! NO NO!

crying-newborn-rex

2. Kolostrom Sedikit Tak pe ke?

Kuantiti kolostrom memang sedikit tetapi cukup untuk keperluan bayi. Baby baru lahir ni perlukan hanya 5-10 ml setiap kali penyusuan pada hari pertama hingga hari ketiga.

how-much-colostrum-does-a-baby-need

3. Baby kerap Menyusu, takut susu tak cukup.

Semakin kerap payu dara dikosongkan, semakin cepat susu dapat dihasilkan. Jadi jumlah susu akan bertambah mengikut kekerapan kita kosongkan payudara. Jangan risau baby ngempeng nak menyusu je. Lagi kerap baby nyusu, lagi banyak susu tau!

3. Kerap kosongkan payudara

Untuk penghasilan susu yang optimum, anda perlu memastikan payudara dikosongkan lapan hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam sama ada dengan menyusukan bayi atau memerah payudara apabila berjauhan dengan bayi. Contoh bila baby masuk wad, sebab kuning ke. So kenalah pump yer.

4. Tak pe ke, selepas bersalin hari ke tiga baru ada susu?

Bayi berupaya untuk hidup, satu hingga dua hari tanpa sebarang bekalan susu kerana kandungan perutnya masih mampu menampung keperluan pemakanannya. Ini pengalaman saya sendiri. Saya hari ke 3 baru ada susu yang banyak. Hari pertama dan kedua, alhamdulillah, anak saya ok saja. Saya susukan anak seperti biasa je. Walaupun pada ketika itu susu saya pada mata kasar saya masih tiada. Tapi saya yakin bayi dapat susu semasa menghisap payudara. Bayi tak meragam kelaparan. Perut bayi baru lahir besar guli je! 🙂

5. Kerapkan susu bayi pada waktu malam

Ibu digalakkan untuk kerap menyusukan anak pada waktu malam kerana tahap prolaktin yang tinggi ketika ini dapat merangsang lebih banyak penghasilan susu ibu.

6. Kalau kerap biarkan Payudara Membengkak, susu akan berkurangan

Selain daripada hormon prolaktin dan oksitosin, terdapat satu lagi hormon yang juga penting dalam penyusuan iaitu Feedback Inhibitor Lactation (FIL). Apabila payudara semakin penuh, kelenjar pituitari akan merembeskan hormon FIL sebagai petunjukuntuk memperlahankan penghasilan susu. Apabila keadaan ni kerap sangat berlaku, lama-lama penghasilan susu akan terhenti.

7. Jangan cuci payudara dengan sabun!

Berhati-hati semasa mencuci payudara, Elakkan daripada cuci dengan sabun pada bahagian aerola dan puting tau. Cuci guna air suam adalah lebih baik.

nosoap

8. Pump susu vs menyusukan anak, mana yang utama?

Ketika si ibu mengepam, dan bayi nak menyusu, utamakan bayi Sebabnya hisapan bayi ni lebih terbaik dan menghasilkan lebih banyak susu. Bagi baby minum susu sepuasnya. Bila baby dah kenyang, baru lah pump semula supaya payudara dapat dikosongkan betul-betul.

Benefits-of-Breastfeeding-The-Benefits-of-Double-Pumping

9. Jangan biarkan bayi minum sebelah sahaja

kadang-kadang baby ni dia suka minum sebelah je. Jadi jangan biarkan sebelah lagi bengkak begitu saja. Si ibu kena pump yang lagi sebelah tau untuk teruskan merangsang yang sama untuk berterusan menghasilkan susu.

10. Buat Power Pumping jika stok susu sikit

Jika stok susu sikit. Buat power pumping setiap hari. Power pumping ni memang sangat berkesan untuk tingkatkan penghasilan susu. Caranya anda perlu pump 10 minit – rehat 10 minit – pump 10 minit- rehat 10 minit dan pump 10 minit dalam masa sejam.

Power-pumping

 11. Minum air kosong banyak

Air adalah komponen penting dalam susu ibu. Jadi si ibu kenalah minum 3-4 liter sehari tau. sebaik baiknya air kosong. Jadi ibu menyusu memang selalu dahaga pun kan?

Woman drinking water

 

12. Amalkan Zikir Ya Matin

Amalkan zikir ya Matin, 70 kali setiap hari untuk memperbanyakkan susu ibu, Waktu yang paling bagus ialah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga bacakan zikir tue dan hembuskan pada air dan minum. insyaAllah.

8e8974f09ca90f28b936fb57d261814a

13. Minta tolong suami untuk ajar anak minum melalui botol sebelum mula bekerja

Anda ibu bekerja? sebelum tamat cuti bersalin, si ibu kenalah ajar baby minum susu guna botol atau apa2 saja kaedah alternative selepas usianya 50 hari. Jangan kita yang ajar. Sebab baby ni dia boleh bau badan si ibu tau. Stg dia mesti reject punya.. huhu. Minta tolong la suami ke, nenek baby ke. 🙂

550_101593473

Cara Stimulate atau Rangsang Pengeluaran Susu Selepas Melahirkan

One Response
  1. August 26, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!