Aiman Demam Hari tue Sampai Sawan! Trauma Mama!

Aiman demam.. Hari pertama demam 37-38.. Macam biasa, mama ikhtiarkan natural remedies dulu.. Yang memang alhamdulillah memang serasi dengan anak2.. Dengan izin Allah.

Tapi hati tak sedap malam pertama aiman demam. Suhu tak turun.. Tapi aiman masih cergas.. Mama berjaga jelum aiman sampai jam 4 pagi.. Tewas tertido jap kejap. Lepas subuh, cakap kat suami, abg, demam aiman tak turun lg, kita bawa pergi klinik stg.

Kami mandikan aiman pg tu, badan panas. Abah aiman, turun siapkan kakak dan abang dan sediakan breakfast utk anak2.. Mama melekat dengan aiman, tak siap lagi, sebab aiman nak melekat. Bangun je nangis. Sambil2 tue tuala memang sedia di badan dan kepala aiman.

Pernah tengok baby terkejut? Aiman, tengah baring sebelah saya, tiba2 macam terkejut. Sekali. Ok fine then kali ke dia terkejut tu dah lain macam. Saya jerit, abang aiman macam dah kena sawan ni! (Saya stop menaip entry ni di perenggan ni sebab saya trauma bila ingat balik)

Seluruh badan kejang. Mata naik ke atas. Ya Allah tak sanggup nak ingat. Mama ingat Allah dah nak ambil pinjaman mama waktu tue!

demam sawan

Bagi aiman pada suami, dia basah2 kan kepala aiman n satu badan. Guna air zam zam tau dak! Huhu..ย Siap-siap tarik tudung semua yang tak payah iron (naseb ler ada bokitta) , n bila jadi mak anak 3 ni, baju mmg mostly tak payah iron ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Suami bawak kereta laju gila. Daku siap pesan, abang ingat ada nyawa lain dalam kereta ni. Siap buka lampu kecemasan. Gawang tangan utk memotong. Buka tingkap sambil gawang tangan. Ya Allah dalam hati waktu tue doa supaya Allah pelihara kami anak beranak.

Aiman dalam kereta macam dah pengsan. Diam. Terkulai. Lembik. Daku? Menangis tak henti.. Sasau dah waktu tu. Duk panggil.. Aiman.. Bangun.. Mama minta maaf.. Aiman bangun.. Tak berenti sebut sambil nangis.. Sambil selawat hembus dekat dia.. Takut tengok aiman lembik dan kaku, saya geletek kaki dia. Ada respon. Jari dia bergerak. Lega sikit waktu tue.

pintu kecemasan amanjaya

Nak sampai hospital, aiman dah mula sedar. Dan menangis. Suhu waktu sampai hospital 39.3. Aiman menangis. Kuat. Dan pujuk pon tak berenti menangis. Dukung, pujuk semua tak jalan, menangis, sejam juga non stop menangis.

13413064_10153861028193710_6714375064731346399_n

Doc cakap, kalau menangis macam ni tak pe. Aiman sawan lebih kurang 5 minit dan stop sendiri so tak pe doktor cakap. Normal tak perlu risau doktor cakap. Lega sangat dengar bila doktor cakap macam tu, tapi kena warded lah, nak kena pantau takut berulang sawannya. ๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–

Maka bermulalah episod kami di wad. Oh yea. Kami memilih terus ke Pusat Pakar Amanjaya yang terletak di Laguna Merbok. Memang jauh sikit dari rumah. Tapi memikirkan keselesaan, terus pecut mai sini. Orang kat sini tak ramai. Hospital baru.
Memang mula2 masuk terus dalam bilik single. Kalau di pantai hospital hadap dulu lah bilik 4 org dulu sementara bilik single nak kosong.

13434826_10153861028068710_3126840709875794947_n

Mai sini alhamdulillah dapat bilik single terus. Mula memang depa bawak ke bilik 4 orang. Lepas bgtau pakej medical card, terus bawak ke bilik single. Lega. Mujurlah dah ambil medical card kat aiman bulan 10 tahun lepas lagi. So kad dah boleh guna. Untuk aiman, kami ambil medical card AIA Takaful. Tak sama dengan insuran abang dan kakaknya atau kami husband n wife. Huhu. Ada sebabnya, nanti lah story. Hehehe. Dan kemungkinan besar tukar rombak semua insuran anak2. Tawar hati sgt dah weh.

Btw medical card aiman ni macam best sikit. Ada Daily Guardian Benefit perday. Maksimum 120 hari setahun per polisi. Apa maksudnya? Macam pakej aiman ni, Guardian benefit dia RM160 sehari. Agen kami kata boleh beli untuk makan. Cuba bayang RM160 untuk makan sehari? Memang buat kenduri lah. ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ family n family mertua mai, kami order banyak2 nak habiskan rm160 sehari tue… Hospital sini pun macam terkejut sebab tak pernah deal yang RM160 sehari. Sebelum ni depa duk dapat yang rm90 je sehari. ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ cafe sini pun masak alhamdulillah sedap.. Western melayu, boleh tahan lah. Harga pun tak la mahal sangat pun. Meh tengok gambar. Ada yang lupa tangkap gambaq. Ngap terus. ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

13450068_10153861028168710_6796630104608738634_n

13445721_10153861027908710_1547272401596022476_n

13434897_10153861028038710_8485363129601326445_n

Selesa, tapi jaga anak di wad, paham2 lah.. Tidur tak cukup.. Sakit juga badan2 ni haaa.. Huhuu..ย Hari yang boleh discharge, urusan nak discharge settle jam 3 petang lebih kurang. Lama juga lah menunggu haaa..

 

 

13435416_10153861027973710_3728686974721041315_n

kertas pembebasan. Tandanya claim selesai. Kami pulang dengan wang deposit dapat FULL juga pada hari yang sama. Selalunya hospital lain 2-3 minggu baru dapat deposit. Dan selalunya mesti ada tolak2 juga. Tapi kali ni deposit dapat full RM300. Tak tolak apa-apa. Maksudnya aiman masuk wad zero cost alhamdulillah. SANGAT BERPUAS HATI

Itu sajalah nak kongsi..

Balik dari hospital, anak anak saya, kakak n abang pun demam.. Saya dan suami pun demam.. Kuat sungguh bakteria demam aiman ni. Tak lalu makan, siap muntah2 loya, ingatkan nak buleh adik dah. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Sekarang alhamdulillah. Semua semakin sihat. Cuma tengah betulkan selera dan mood makan.

Bagi yang belum ada medical card. Buatlah medical card siap2.. Pilih company yang OK. Agen yang jujur dan berkaliber. Full time or part time tak kisah. Part time tue kalau dia boleh buat kerja macam full time tak pe, bertanggungjawab. Dulu agen anak-anakku part time, (adam dan damia) , dokumen claim dia suruh p hantar dekat dia, time tue anak baru nak discharge dari hospital, letih jaga anak kat hospital pun tak habis lagi tau. Kau rasa? hahaha.. Moleknya kau lah datang ambil. Mujurlah ada agen lain tolong buatkan, suami kawan. Lepas tue malu dah nak minta tolong dia. Banyak sangat dah dia bantu. Segan lak.

Bila dah segan nak minta tolong suami kawan banyak kali. Tukar p insuran lain, lain pula kisahnya bila claim insuran damia baru je kena reject RM3k lebih ni. Janji lain, yang jadinya lain. Menunggu proses hampir setahun. Tak dak rezeki kami, tapi lesson learned. Masih menunggu respon agen untuk memberitahu sebab kenapakah reject? Salah agen? Salah company insuran? Salah den ke? Iols dah tanya dan declare kat agen damia apa yang patut sebelum sign in polisi. Tak tau lah dalam form bagaimana kisahnya. Sign je kan. (Padan Muka)

So korang. Nak tau kisah pasal claim insuran kena reject ka? Tunggu kawan iols update dulu. Sungguh tawar hati sangat dekat company insuran tue. Takkan ku remekenkan dah kot. Atas pengalaman sendiri. Maaflah nama company insuran tak boleh saya dedahkan. Ramai kawan-kawan cari makan dengan company insuran tu. Siapa yang tahu, tahulah. Sebab saya pun tak tau lagi kisah sepenuhnya kenapa claim anak saya direject. Lepas saya tahu, baru boleh buat kesimpulan. Oh yea. Bukan setakat claim reject. Company insuran tu cancel polisi damia terus. So apa kau rasa? Nak marah siapa?

Semoga anak kita sentiasa sihat walafiat. ย Tak perlu menggunakan medical card lagi selepas ini. Amin.

Apa yang perlu dilakukan jika anak sawan?

Pastikan anak tak gigit lidah. Lepas tu baringkan anak mengiring ke kiri atau kanan. Asalkan mengiring. Jangan terlentang. Supaya, tak tersedak air liur, atau lidah menutup penafasan. Ini yang doktor pesan. Saya tanya doktor perlu ke sapu air? Doktor kata tak perlu, tunggu sawan anak berhenti sendiri. dan selepas itu segera bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Sebab nak compomkan sawan tu sebab pe. Takut jangkitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!