Cara Nak Mengatasi Masalah Susah Nak Tidur

Assalamualaikum

Pernah dengar tentang Insomnia? Insomnia ini adalah masalah kesukaran untuk tidur. Saja saya nak menulis pasal insomnia ni sebab kebelakangan ini saya menghadapi masalah yang sama. dan syukur, di saat saya sedang menulis entry ni, saya dah jumpa jalan penyelesaian pada masalah insomnia saya. hehe..

 

Punca Insomnia

Insomnia ni ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan insomnia, antaranya adalah:

  • Jet lag – Jet lag ni bila dah travel zone waktu yang berlainan kan. Sebab tu jadi masalah susah nak tidur ni
  • Shift kerja yang lama – ha tak dinafikan bagi sesiapa yang kerja shift memang ramai yang akan kena insomnia ni. Sebab waktu tidur yang tak teratur.
  • Suhu bilik tak selesa (terlalu panas atau terlalu sejuk) – Jangan tak tau. Kalau sejuk or panas sangat pun boleh membuatkan kita ni susah nak tidur.
  • Stress – Masalah dalam kehidupan. Sama ada di tempat kerja atau pun melibatkan personal contohnya seperti penceraian, masalah keluarga.
  • Alkohol, Ubat yang boleh mengganggu tidur. 
  • Insomnia yang berkaitan dengan ketinggian tinggi (gunung)
  • Umur meningkat tua – ini kalau wanita ni, salah satu simptom menapous
  • Suasana bising dan tidak selesa – well siapa boleh tidur kalau sesuatu tempat tu terlalu bising. Contohnya, rumah di sebelah kawasan perindustrian ke.
  • Tidak sihat – sakit, demam , masalah pernafasan, hidung tersumbat, batuk , diare , dll) juga boleh menyebabkan seseorang untuk menderita insomnia.

 

Al kisahnya saya ni tempoh hari kena insomnia. Seksanya Ya Allah. Cuba bayang dari jam 12 malam bergolek atas katil sampailah jam 4 pagi baru tido. Isk rugi masa. Kalau saya tahu kata tak boleh tidur baik saya bangun berjaga malam buat kerja update blog ke. Tak tidur macam na nak bangun tahajud kan? At least kena tidur sekejap. Ini tak, sekejap pun tak dapat nak lelap. Seksa seksa. Bila dah susah tidur, jam 4 lebih baru nak tidur, kau rasa mudah ke nak bangun subuh? haaaa susah weh. Suamiku sampai spray muka tau. Malangkan spray tu bekas campuran Basic H lak tu. Mujur lah Basic H tak beracun weh. Suami siap kata, gerak sayang lagi susah dari gerak adam pergi sekolah. hahaha.

Cara Mengatasi Masalah Insomnia

Jadi setelah dikaji-kaji. Semalam saya buat uji kaji. Saya nekad nak tidur awal. Tidur awal, jadi dapat bangun awal. Sebelum tidur saya telan Ostematrix . Kenapa Ostematrix? Rupa- rupanya, kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh menyebabkan kita berjaga. Kalsium ni sangat berkait rapat dengan kitaran tidur. Kajian juga mendapati gangguan dalam tidur terutama apabila kehilangan fasa REM adalah berkait dengan kekurangan kalsium. Untuk mendapatkan tidur yang lena kembali, tahap kalsium dalam badan juga perlu normal.

oste-matrix

Kalsium membantu minda menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan melatonin, sejenis bahan yang membantu untuk tidur. Ini membuktikan kebanyakan produk bersusu mengandungi kedua-dua bahan (kalsium dan tryptophan), makanan yang boleh membantu kita untuk tidur. Kan dari kecil parents dan iklan di tv mesti ada tunjuk kan, sebelum tidur minum susu. haaa inilah sebabnya.

Tips tambahan

  • Elakkan menggunakan HP sebagai alarm. Handphone ni dia ada radiasi atau gelombang yang berbahaya kepada kesihatan. Waktu saya pergi seminar dengan sifu Dr Azizan dahulu. Beliau memang pesan, HP nie memang kena letak jauh-jauh sewaktu tidur. Jadi kelmarin saya beli jam comel yang berharga RM8. Dulu pernah beli jam yang agak mahal lah. Cantik. Tapi rosak pecah dikerjakan anak-anak. hahhaha. So kali ni jam RM8 pun memadai kot. 🙂 rosak tak ralat sangat . Tapi minta-minta jangan lah rosak. hehe

 

jam loceng rm8

 

  • Masuk tidur awal. Saya siapkan anak-anak dinner awal. Dan saya pun kena tidur awal. Jam 9 malam tu kena siap dah dinner. Jam 10 kena masuk tidur dah.
  • Elakkan belek hp sebelum tidur. Tabiat saya sebelum ini, saya akan belek hp sebelum tidur. Balas semua whatsapp dan pm sebelum saya tidur , cari idea untuk posting2 esok, menggunakan hp dan saya lakukan sebelum saya tidur. Saya pernah baca yang sinar cahaya dari HP tue yang akan membuat kita susah nak tidur. dan sudahnya memang saya susah sangat nak tidur. Paling awal pon tidur jam 2 pagi. huhu. Jadi semalam saya tak tengok hp langsung sebelum tidur. Saya set alarm di hp, incase kalau jam rm8 saya tak berfungsi. dan saya letak di tepi bawah katil.

 

Eh eh mudah lak saya lena semalam. Alhamdulillah. Jangan pikir pe waktu nak tidur tue. Masalah dunia takkan habis. Esok lah kita sambung fikir plak. hehehe..

Alhamdulillah. Asbab ikhtiar saya, makan Ostematrix dan tips- tips  di atas. Jam 3.30 pagi tadi jam rm8 saya kejutkan saya dengan mudah. Of kos dengan izin Allah. hehe. Bangun pun dengan segar bugar. Tak lemau. Tak liat nak bangun. Syukur.

Ok lah setakat itu saja perkongsian saya kali ini. Saya harap, saya dapat peluang bangun macam ni setiap hari sampai akhir hayat. Seronok bila bangun awal macam gini. Tenang dan damainya dalam hati alhamdulillah 🙂

alhamdulillah

Kalau nak order or tanya apa2 boleh je terus whatsapp saya di 0195738234 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!