Cara Merawat Ulser Bagi Yang Terlalu Kerap Kena Ulser

Assalamualaikum

Tempoh hari saya tiba-tiba jadi ulser. Meraung juga la. Walaupun satu, tapi besar! Pedih, nak cakap pon sakit, gelak pun sakit. Marah anak pon sakit. Eh, Allah saja la tue bagi peringatan. Jangan marah-marah anak sangat! Memang selalu kontrol, tapi selalu terbabas juga bila letih-letih nie. huhuu..

 

tips hilangkan ulser

 

Tujuan nak kongsi sini sebab nak share cara saya bagi mempercepatkan ulser tue sembuh.

Tapi sebelum tu, apa punca ulser tu jadi ek?

Kalau saya, bila panas sangat. Kurang air, jadi lah. Tapi kadang kala jadi tanpa punca. Ada yang kata disebabkan tekanan dan stress. Ada yang kata sebab suka sangat makan benda masam-masam. Tapi suami saya kalau dia tergigit, mulut sendiri waktu makan, then luka, lepas tue mesti jadi ulser.

Seksa sebab ulser ni menyakitkan dan mengganggu aktiviti seharian sebab ulser boleh membawa kepada pening kepala dan demam.

Cara Berkesan Menghilangkan Ulser secara Tradisional

Air garam

Kaedah tradisional ini amat popular dan telah dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam dua atau tiga kali sehari bagi mengurangkan kesakitan atau mematikan kuman yang mengakibatkan ulser.
Saya? Saya tak kumur. Saya letak secubit garam dekat ulser tue! Nangis habaq hang! Lepas tue ulser akan rasa macam kebas. Then tak sakit dah la lepas bersentuhan dengan makanan or nak bercakap ke apa ke. Tapi amaran yer mulut macam bengkak skit lepas buat macam ni. hahaha

ulser sembuh dengan garam

Air kelapa

Kenaikan suhu tubuh manusia juga merupakan salah satu penyebab berlaku ulser. Oleh yang demikian, adalah penting bagi seseorang itu minum air mencukupi atau amalkan minum air kelapa untuk mengimbangi suhu badan. Aiq kelapa @ aiq nyioq nie memang bagus pun. Sejukkan badan.

air kelapa sembuhkan ulser

Marjerin

Mungkin ramai tidak tahu marjerin berupaya menyembuhkan ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh. Petua ini sesuai bagi kanak-kanak kerana tidak menyakitkan.

marjerin sembuhkan ulser

Madu

Umum mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan. Agen pembunuh bakteria yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Begitu juga ulser, madu mampu merawat penyakit tersebut dengan berkesan. Yang ni pun saya cuba tau. Serius pedih macam garam juga. Tapi berkesan juga..

madu sembuhkan ulser

Soda penaik

Soda penaik dipercayai mampu menyembuhkan luka termasuk ulser. Dengan campuran bersama sedikit air suam, ia boleh di letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas. – sumber Utusan Malaysia Online

soda bikarbonat sembuhkan ulser

Kumur dengan VCO

Saya pernah baca di facebook. Rakan facebook saya share, dia kumur dengan VCO tau. Sebab VCO atau minyak kelapa dara ni bersifat anti-bakteria. So memang cepat berkesan kalau kumur dengan VCO ni. Saya tak pernah cuba, tapi andai kata jadi nanti, nak cuba lah juga! hehee

VCO sembuhkan ulser

Vitamin Bantu Cepatkan Penyembuhan Ulser dan Elak terjadinya Ulser

Ada sesetengah orang yang mudah kena ulser di dalam mulut. Setiap bulan wajib kena. Saya nak kongsi vitamin yang membantu menyembuh dan mengurangkan potensi nak jadi ulser setiap bulan.

B complex

B complex ni terkenal sebagai vitamin anti stress. Dan mengikut kajian, seseorang yang kurang Vitamin B akan kerap mengalami ulser. dan seperti yang saya terangkan di atas tadi, ulser ni salah satu penyebabnya adalah stress. Jadi nampak tak bersangkutan macam mana? Ulser – punca dari stress – stress dapat dikurangkan dengan B complex – B complex kurang punca ulser… So ianya saling bersangkutan . Siapa kerap jadi ulser sebab stress wajib ambil B complex!

Vitamin C

Banyak testimoni yang saya terima, bila amalkan Vitamin C, ulser dah tak kena setiap bulan seperti sebelum ni. Vitamin C ni dapat bantu penyembuhan ulser. Vitamin C mempunyai antioksidan yang kuat yang bertanggungjawab pada kerosakan dinding mukosa mulut.

 

cara sembuhkan ulser

 

Testimoni Ulser Hilang Dengan Shaklee

testimoni ulser 1

 

testimoni ulser 2

 

testimoni ulser 3

 

Jika anda ingin membeli sendiri dengan menggunakan kad kredit atau kad debit anda boleh terus membuat pembelian dengan menekan gambar di bawah tau! Atau jika rasa susah.. Terus ja whatsapp/sms saya di 0195738234

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f4491fcc2896910ad60de6986f83b31c

❤ Anda mungkin tak tahu yang Surirumah pun boleh jadi JUTAWAN!

❤  Teruja sungguh bila dapat tahu banyak Kelebihan Jadi Ahli Shaklee!

❤ Dan yang paling best yang korang mungkin tak tahu, Business Shaklee ini boleh diwarisi tau!

Hubungi saya untuk pembelian atau konsultasi!
Your Shaklee Independent Distributor
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : Ourlovebonding
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!