Selamat Hari Lahir Adam!

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini anak sulung saya Ku Adam Darwisy genap umur 5 tahun. Masih terbayang- bayang pengalaman bersalin adam 5 tahun yang lepas.

Hari ini hari bekerja. Hari adam bersekolah. Jadi tiada majlis besar-besaran pun. Cadangnya nak belikan hadiah dan bawa makan-makan sahaja sempena birthday adam kali ini.

Adam dah besar. Sejak adam mula bersekolah. Mulut macam bertih jagung. Balik dari sekolah mesti ada saja benda dia nak cerita. Sekarang dah boleh diharap.  Boleh tolong Ambilkan barang, tenangkan baby, dengan zikir dan nyanyi lagu twinkle-twinkle star. Melayan adiknya, di kala adik nak air, adik nak coco crunch + susu, si abang boleh tuangkan dalam pinggan. Gaduh dengan mama setelah mama tukar channel tv. Urut kaki mama (tak rasa pe, tapi layan je la).. hahaha. Sekejap je anak mama dah besar dan mama memang nampak ciri-ciri anak sulung pada abang. Berdikari.

Tapi sekarang dah pandai meminta-minta. Terbaru minta nak basikal la. Macam tahu- tahu je birthday dah dekat. Sebulan juga dia sebut nak basikal tue.

Pikir punya pikir tadi. Jom pergi giant je la. Tengok dekat situ hari tu banyak basikal. Jadi ke Giant la kami tadi.

Sampai je Giant bahagian basikal, bukan main excited Adam dan Damia. Yea la kalau dah beli dekat abang, si adik wajib nak juga. Tak pe la lagi pun, mama dan abah memang tak bagi lagi hadiah dekat adik..

Jadi mari kita layan gambar la pula.

5

4

pening nak pilih yang mana

 

3

Adik belasah je pilih. Padahal yang nie tak dak rantai basikal. haha

 

2

Setelah dipilih. Beratur d kaunter bayaran utk pembayaran

 

1

Anak dara solehah kesayangan

 

Alamak tak dak gambar aiman kan? Aiman tido dengan jayanya dalam stroller. Sekarang dah nak duduk stroller. Lega sikit la mama. huhu. Tak pe la lepas ni kita cerita pasal aiman pula yea. 🙂

 

7 Tips Pemakanan Anak Sihat

2 Comments
  1. September 8, 2015
    • September 8, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!