Resepi Kek Carrot Paling Mudah dan Sedap Sangat!

Assalamualaikum

Disebabkan saya duk menayang kek carrot di facebook. Ramai pula yang minta resepi. Resepi mudah je. Everyone can fly! Eh bukan, semua orang boleh buat! hehehe.

Saya ambil resepi dari Blog Azie Kitchen, tapi saya dah olah ikut tekak saya. hahaha. Ok jom tengok bahan-bahan nak buat kek carrot dan cara membuatnya yea.

Resepi Kek Carrot Mudah yang Sedap!

Bahan bahan

1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
2 cawan karot – parut kasar

7

Ada antara bahan-bahan.ada yang tiada dalam gambar

9

Ada antara bahan-bahan.ada yang tiada dalam gambar

Cara cara:

  1. Putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak dan putar lagi.

resepi kek carrot

Ayak dan satukan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil terus diputar. (malas ayak, ku letak terus je. hahaha)

Masukkan carrot. Kacau rata dengan spatula sahaja.

6

Tuangkan dalam acuan yang telah sapu minyak dan tabur tepung. Bakar selama 45-60 minit pada suhu 180C. Kena tengok kesesuaian oven yea.

5

 

 

Resepi Topping Cream Cheese

Bahan bahan:

2 cawan gula icing – ayak
8 oz cream cheese – sejuk
5 sudu besar unsalted butter – lembut (2.5 oz)
2 sudu kecil vanilla extract

Putar cream cheese dengan butter dan vanilla hingga sebati. Sedikit demi sedikit, masukkan gula hingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.

4

Rupa cream cheese yang telah diputar

Simpan dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga 3 hari. Dekat rumah ku sehari dah habis. Tapi kek ni masuk hari kedua rasa sangatla sedap sebab dia makin moist. Malangnya hanya dapat menikmati sesuap kek sahaja sisa2 hari ke dua. huhu.

Lepas dah keluarkan dari oven. Sejukkan seketika. Lepas tu saya kan potong tgh kek tu. Macam gambar di bawah nie. Lepas tu sapukan kek dengan cream cheese tadi. sapu bahagian tengah dahulu, then letak lapisan atas, sapu semula.

3

 

2

1

 

 

Siap! Mudah kan? Mudah sangat2.. boleh ajak anak buat sama-sama. Assistant tetap saya of kos la anak-anak! Hehehhe

 

8

 

 

 

Risau takut gemuk setelah makan kek? Jangan risau sebab kami ada Set Bakar Lemak Berkesan! 🙂

 Jana 4-5 angka dengan Buat Business Online Hanya Dari Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!