7 Langkah Penting yang Perlu Dilakukan Selepas Dah Turun Tanda untuk Bersalin

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ini rakan seperjuangan business saya selamat bersalin dengan mudahnya. Umpama bersin cepat je bersalin. Bloody show subuh tadi. Tapi siap pergi program shaklee dulu tadi. Katanya jam 8.30 mlm sampai hospital, jam 9.17 malam dah selamat bersalin.

Hari ini saya nak kongsi apa nak buat selepas dah turun tanda.

Tapi sebelum itu kita cerita dulu bab tanda nak bersalin ni. Tanda nak bersalin selalunya ada tiga jenis.

Yang pertama, “bloody show”. Bila badan dah bersedia untuk melahirkan, sesetengah orang akan keluar tanda darah. Darah tu tak banyak. Macam mula-mula datang haid je.


Yang kedua, pecah air ketuban. Pecah air ketuban pula, ada dua jenis. Ada yang jenis pecah sikit je. Ada juga yang pecah macam empangan tu.


Yang ketiga, yang nie tak der tanda. Tandanya hanya sakit kontraksi. Selalunya konsisten. Maksudnya. Masa selang yang sama. Contoh sakit jam 5 ptg, 5.05 ptg dia sakit pula, lepas tue 5.10 minit. Haaa itu tanda dah nak ready nak bersalin. Tapi tanda konsisten ni tak boleh ambil kira untuk mak yang dah bersalin anak ramai atau mak yang bersalin czer sebelum ini. Saya sendiri anak no 3, tiada tanda darah, pecah ketuban empangan besar tiada, tapi hanya sakit kontraksi. Peliknya, masa sakit tu tak konsisten. Bila tanya doktor, memang macam tu bagi mak mak yang dah bersalin ramai. Huhu. Oo baru ku tahu.


Bila dah ada tanda-tanda di atas, apa nak buat?

1. Senyum.

Sebabnya bila dah ada tanda, maksudnya anda dah nak bersalin dan jumpa buah hati yang dikandung 9 bulan tue. Jangan panik yea. Nak mudah bersalin jangan stress dan jangan panik. Semua itu akan mempengaruhi proses bersalin.


2. Recheck Bag Hospital

Pastikan bag hospital dah ready. Siap dengan dokumen apa yang patut.


3. Minum air selusuh dan makan kurma.

Bila dah mula ada tanda-tanda sakit tue. Boleh mula minum air selusuh. Air selusuh saya, suami yang buatkan. Dan jangan lupa. Makan kurma tau, kurma tue memudahkan bersalin dan memberi kita tenaga untuk meneran.


4. Makan minum sekenyangnya!

Ingat yea, bersalin adalah proses yang memerlukan tenaga. Jadi si mak, makan la puas2 selepas dah mula ada tanda2 nak bersalin tu. Sebab bersalin memang memerlukan tenaga! Macam lari marathon okeh! Dan makan la puas puas sebab lepas ni kena berpantang. Huhu.

5. Telefon mak ayah.

Telefon mak ayah, dan mak ayah mertua. Bagitau ada tanda nak bersalin. Dan mohon doakan dan minta maaf siap-siap andai ada salah dan silap.


6. Panggil sesiapa jaga anak-anak yang lain atau hantar anak rumah mak ayah atau rumah saudara

Bagi yang dah ada anak sebelum ni. Sebelum bersalin kena pikir siap2 dah. Anak-anak nak hantar dekat mana bila tiba waktu bersalin. Maklumkan pada orang tersebut awal-awal. Bag anak-anak pun kena ready siap2 lah.

7. Minta maaf pada suami.

Yang ini paling penting. Jangan lupa, minta maaf pada suami. Walaupun suami yang temankan bersalin. Kena minta maaf siap2. Bersalin ni kan macam bertarung nyawa. Nyawa di hujung tanduk. Jadi eloklah minta maaf siap2 untuk “syurga” kita sebagai isteri.

TIPS DARI SAYA

Cara saya, saya tak suka pergi serah diri awal2. Bagi saya berada di hospital terlalu awal menambahkan stress. Jadi kita buat aktiviti mempercepatkan bersalin di rumah atau di mana2 yang selesa.

Apa aktiviti mempercepatkan bersalin? Naik turun tangga, mencangkung. Bounce atas gym ball. Manja-manja dengan suami (ada bran?). Hahaha. Dan paling best untuk hilangkan sakit kontraksi, mandi air panas. Sebab tu saya kata di rumah lagi selesa nak tahan sakit bersalin. Kat hospital mana boleh lepak dalam toilet lama lama. Huhu. Kalau ada hot shower tu, mandi bawah tu, air panas biar kena pinggang belakang. Serius legaaaaa. Atau kalau ada bath tab, berendam air panas lagi best! Hehe.

Waktu saya sakit bersalinkan aiman. Saya memang dah sakit dari awal pagi, tapi saya layan je sakit kontraksi tue dengan teknik penafasan yang betul. Siap saya boleh pergi cod vitamin shaklee utk ibu lepas bersalin di hospital (padahal diri pon dah nak bersalin) dan pergi pos barang. Boleh baca pasal kisah saya bersalinkan aiman di Ceritera Bersalin Aiman Dgn Mudah

Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Saya doakan mak mak yang bakal bersalin, dipermudahkan urusan dan selamat semuanya. InsyaAllah.

Selamat bersalin yea! ^_^

– Posted using BlogPress from my iPhoneu

3 Comments
  1. September 13, 2015
  2. September 21, 2015
  3. September 21, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!