Ceritera Melahirkan Ku Aiman Zhareef

Cari mood sebenarnya nak type pengalaman bersalin sendiri pun. Jadi saya type la dalam notes dulu. Bukan apa, nanti lama2 lupa..

Kalau yang follow facebook saya, mesti tahu saya ada pergi kelas amani. One of gentle birth class. Jangan salah faham yea. Bila pergi kelas gentle birth, ramai ingat dan berkata, nak bersalin di rumah ke? Gentle birth bukan kelas persediaan untuk bersalin di rumah tau. Tapi ianya kelas persediaan untuk ibu yang nak hamil, dah hamil dan nak bersalin. Dalam kelas diajar bagaimana tubuh kita berkerja dengan betul sewaktu mengandung dan melahirkan..

11800211_10153198612013710_7592317657056221730_n_Fotor

Saya mengalami birth trauma sewaktu melahirkan anak pertama dan kedua. Sebab tu saya ke kelas itu. Nak hilangkan ketakutan saya. Waktu anak sulung, alhamdulillah proses melahirkan mudah dan cepat. Tapi yang traumanya, saya mangsa kesalahan  doc. Episotomi saya digunting dengan salah. Dan begitu juga dengan jahitan. Kesan? Sangat memberi kesan! Tak perlu dan tak boleh saya huraikan panjang lebar.

Anak ke dua pula, kelahiran yang mengejut sebab awal, sewaktu 32 minggu. Pengalaman melahirkan yang sangat menyakitkan. Dan diri pula tak dak ilmu untuk kontrol sakit tue.

Jadi disebabkan trauma sangat bersalin anak ke 2, memang plan nak gap lama skit. Bg anak2 besar skit, baru nak mengandung semula.

Tapi Allah aturkan perkara yang lebih baik. Tanpa dirancang, tiba2 dapat tahu yang saya hamil. Terkejut namun dapat menerimanya. Alhamdulillah.

Sejak saya hamil, saya mula membaca banyak info tentang kelahiran yang tak menyakitkan. Ada ke? Bersalin memang sakit! Hehhee. Tapi sakit tue boleh dihandle. Tak dak sampai terjerit minta epidural macam anak ke dua dulu. Dan rasa2 depa bg ke? Digelakkan dan kata hospital kerajaan mana boleh suka2 minta epidural. (Tertanam dalam mindaku sampai sekarang) . Orang tengah sakit digelakkan.. Hmmmm..

Ok la kita sambung pengalaman bersalin lak..

Waktu anak sulung, tanda nak bersalin ialah tanda darah.. Waktu anak ke dua, pecah air ketuban.. Dan anak ketiga? Tiada tanda darah atau pecah air ketuban. Pelik kan? Betul la setiap anak lain-lain pengalamannya dan rezekinya.

Tak ingat hari apa. Rasanya khamis kot.. Pagi-pagi buta, lapar, bangun makan dan tengok tv. Sambil2 tue memang i is bergolek2 atas gym ball dan squatting. Nak mudahkan bersalin kan. Sambil2 tengok tv memang layann je buat senaman. Tiba2, rasa menitis, eh tapi aku tak kencing pun.. Tau dah air ketuban pecah. Tapi sikit sgt. Lepas tue dah tak dak. Tapi rasa la contraction tue. Tapi sangat mild. So esok pon tengok masih tak rasa sakit apa. dan air ketuban dah tak keluar dah. Sikit sgt mlm tue, mcm terkucil sikit tue. Sampai la hari sabtu. Pagi tue bangun awal. Bdn rasa mcm lain macam bersedia je. Huhuu. Buat itu ini, dan start rasa contraction, tapi sangat mild dan boleh tahan lagi.

Bagitau suami, suami pun kejap2 tanya, rasa macam mana dah? Sakit tue datang tapi tak konsisten, so malas la nak percaya. Tapi cadangnya memang nak ajak suami check pun dekat Klinik SP family , Dr pakar sakit puan petang tue.

Sambil2 nak g check up tue, berderet plan itu ini. COD vitamin dua tempat. Pos barang. Then cadangnya nak g ambil baju raya bebudak ni la. Siap dah baju sedondon bebudak ni. Hehehe.

Al kisahnya, kami singgah solat zohor dekat masjid taman ria, jumpa van pos laju, bagi dekat van pos laju tue je. Alhamdulillah, memang Allah aturkan supaya dipermudahkan urusan. Dia tetapkan dah hari tue nak bersalin, jadi Dia aturkan bg mudah urusan.

Lepas tue terus g makan, dekat cinta sayang tue, lauk pun dah tak banyak sebab dah lewat. Time tue dah melayan contraction dah. Tapi masa tak tetap. So mmg ingat ini senaman je nie. Belum masanya. Relax2 settle semua, baru g klinik. Tue pun urusan terakhir ambil baju raya je tak settle lagi.

Sampai je clinic, doc scan dulu, then tengok air ketuban semua ok. Tak kurang. Tak lebih. Kedudukan baby pun dah molek, ready di laluannya.

Lepas tue doc VE, pergh sakit ya amat.. Dah lama tak merasa kan? Huhu. Eh dah 5-6 cm nie. Saya terkedu la juga. Sebab sakitnya tak macam 5-6cm pun.. Doc buat refferel letter. Dia sendiri call Dr Halimah Amanjaya specialist tu, cakap i dah nak bersalin. Huhu. Tak tau lak dr Halimah time tue dekat rumah kenduri, dia kalut balik rumah.

Tapi saya balik relax2 mandi2 dekat sejam, serius air panas mmg melegakan contraction, patut org suka water birth kan. Siap pelan2, tunggu asar, sempat buat solat sunat hajat dan solat sunat taubat. Tue pun terhenti2 kejap kontrol breathing, untuk tahan sakit. Serius teknik penafasan yang betul, boleh buat anda tahan sakit contraction tue. Tak rugi la pergi kelas. Badan kita nie memang Allah cipta molek dah. Kita kena tau cara nak guna je. Pain killer semula jadi pun dah ada. Tak perlu pain killer sintetik. Kena tau cara je.

Ok lepas asar terus kami pergi Amanjaya specialist. Dekat kaunter pendaftaran, saya jalan macam biasa, diaorg pon pelik, 5-6cm boleh jalan lg ke? Boleh je. Hehee. Cuma bila contraction tue, kena stop la kejap.

Terus masuk labor room sebab tadi dah 5-6cm. Then staff nurse situ check lagi sekali dah 7-8cm. ??

Sakit boleh ditahan lagi, tapi sakit tue makin kuat la. Saya siap pesan dekat suami, abg kalo sayang marah abg, abg jgn ambil hati tau. Hahahaa takut time sakit, kot termarah ke apa ke.

Nurse cakap, sebelum jam 9 bersalin la nie. Waktu tue jam 6.40 mcm tue.. Lepas tue doc sampai. Doc cakap sambil nada lawak la, saya ni kalut balik dr rumah kenduri, takut awak nak bersalin. Saya tunggu tak sampai2 gak. Saya ingat awak dah pergi bersalin dekat hospital dah. Tersenyum je daku. Mmg ku sengaja datang lambat. Hehe

Sakit dah mula datang makin kuat. Saya nak terkencing lagi sekali, padahal sebelum masuk labor room dah kencing. Nurse lak tak bagi kencing dekat toilet. Suruh kencing dalam bekas, aiyooo.. Then doc sampai lupa dah pasal nak kencing.

Doc pecahkan air ketuban, then tetiba suruh push. Ku pelik sebab sakit ku tak sakit sangat. 2-3 kali juga cuba push sementara nak dapat rentak. Bila dah dapat rentak tu, daku terasa macam tengah lari maraton, nurse, doc n suami, bersorak2, push effa, push.. Pushhh pushhh.. Hehehe.. Tapi serius atas dorongan orang memang membantu semangat untuk beranak.

Then terasa tau ring of fire macam orang duk cakap tue. Rasa panas macam terbakar di situ. Sebab kepala baby dah menegang kt kawasan tue. Push sikit lagi then alhamdulillah Ku Aiman Zhareef selamat dilahirkan. Waktu kepala dah keluar, badan belum keluar habis lagi, tapi doc halimah dah azankan terus. 7.04 minit kot selamat bersalin alhamdulillah.

Lepas je bersalin, baby terus diletakkan atas dada.. Ya Allah pertama kali merasa pengalaman tue tau. Kalau anak sebelum ni, lepas bersalin, tunjuk jantina, lepas tue terus dibawa bg bersihkan badan. Lepas dah bersihkan bdn baru bagi dekat si ibu.

baby aiman

segar dari rahim! hehe

Tapi kali ini dapat delay cord clamping, uri dah dikeluarkan baru lah cord dipotong. Lebih dari 5 minit alhamdulillah.

Baby pula yang masih atas dada, mula2 tak mau menyusu, lepas tue dah tersedar dari tido, sua kan miss B dekat dia baru menyusu. Kagum sgt sebab keluar dari perut terus pandai menyusu? Allahuakhbar!

Settle je semua. Almost 1 hour, nurse minta baby utk dibersihkan dan diperiksakan. Lepas tue suami azankan baby..

Si mama dibawa terus ke dalam bilik.. Mmg sengaja ambil bilik sorang.. Sebab nak room in dgn baby..

Amanjaya specialist ni kalau duduk bilik 2-4 orang , tak boleh room in dgn baby, sebab amanjaya specialist masih belom taraf hospital rakan bayi.

bersalin di amanjaya specialist

of kos la set bersalin shaklee pun ku bawa! hehehe

Duduk 1 malam je sebab bersalin normal. Lepas tue otw balik singgah KK check kuning baby. Ada kuning tapi tak tinggi sgt. Balik rumah, esok tue terus balik alor setar. Warming up berpantang dekat umah mak sendiri. Haha.

Aiman banyak kali juga la kami berulang check kuning, paling tinggi 251. Tapi mujur tak kena masuk wad. Balik tue, kami ikhtiarkan, mandi air rebusan yang beli dekat kedai ubat cina tue. Susukan aiman selang sejam. Dan jemur aiman di cahaya matahari pagi. Alhamdulillah, dgn izin Allah, kuning terus turun dan turun, dan tak perlu berulang ke klinik kesihatan atau hospital.

Pengalaman mengandung, alahan, bersalin dan berpantang adalah lain bagi setiap ibu-ibu. Ada yang mudah, ada yang susah. Rezeki masing2, tapi kita ikhtiarkan dgn belajar ilmu kelahiran, tak belajar kita takkan tahu dan serah bulat2 badan kita pada doktor je. Dan jangan lupa doa banyak2 pada Allah, supaya dipermudahkan.

Akhirnya. Terupdate juga pengalaman bersalin setelah sekian lama di dalam folder draft. hehe..

baby sado

sudah 5.2 kg alhamdulillah

Anda mungkin nak baca:

Pengalaman saya bersalinkan anak sulung

Pengalaman saya bersalinkan anak kedua

4 Comments
  1. April 5, 2016
    • April 12, 2016
  2. August 9, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!