5 Perkara yang Perlu Anda Lakukan Apabila Disahkan Hamil

Buat ibu-ibu yang mungkin pertama kali menjadi ibu, mesti sangat teruja apabila disahkan hamil. Namun, bagi ibu yang pertama kali mengandung, pasti ini menjadi pengalaman baru dan macam-macam benda yang nak tahu tentang kehamilan ni.

 

awal mengandung

Jadi apa yang perlu dilakukan setelah anda disahkan hamil?

1. Cari maklumat

Awal-awal kehamilan penting si ibu cari maklumat tentang kehamilan, terutama yang pertama kali menjadi ibu. Cari sebanyak mana info yang akan si ibu lalui daripada trimester pertama hingga trimester terakhir kehamilan. Dekat mana nak cari maklumat? Ala, sekarang semuanya di hujung jari, dalam blog saya ni jangan lupa bookmark tau! insyaAllah sentiasa bagi maklumat tentang kehamilan.

Laman web Baby Center pun contohnya banyak menyediakan maklumat tentang kehamilan. Atau tanya je Mr Google! Kan mudah.. Tapi kalau rajin, boleh beli majalah Pa & Ma di kedai buku. 🙂

2. Jaga Dehidrasi

Di trimester pertama hampir setiap ibu mengandung akan mengalami mual dan muntah sehingga dehidrasi. Tapi ada yang bernasib baik yang tak mengalami apa-apa alahan sepanjang kehamilan.

Bagi yang mengalami alahan, si ibu hendaklah banyak minum air tau. Minum la apa-apa air yang sedap di tekak. Saya waktu mengandung di awal kehamilan, air kosong memang tak boleh masuk langsung. Jadi saya gantikan dengan air jus buah-buahan. Air apa-apa asalkan dalam badan ada air tau. Eh kopi dan teh elakkanlah dulu.

Lagi satu, air yang cukup penting elak sembelit. Kalau asyik muntah-muntah dan muntah. Memanglah akan kehilangan air dalam badan. Bukan sahaja badan lesu dan tak bertenaga, tetapi kalau dah sembelit kan susah.

air kosong

 

 

3. Makan secara sihat

Ada sesetengah orang kata, tak pe makan banyak, sebab makan untuk dua orang. Salah sebenarnya pendapat tu. Ibu hamil tak perlu melantak makan untuk dua orang. Keperluan tenaga tak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan. Ia akan meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan terakhir iaitu sekitar 200 kalori sehari. ( Patut la saya yang hamil 32 minggu sekarang asyik lapar je. huhu)

Makanan ibu mengandung kenalah banyak buah-buahan dan sayuran tau sekurang-kurangnya lima hidangan sehari. Sediakan sarapan berasaskan karbohidrat seperti roti ke, pasta ke, nasi ke..

Lagi elok ambil yang jenis bijiran penuh supaya anda mendapat serat yang mencukupi. Jangan lupa lak protien seperti ikan, daging, telur tue.

4. Elak penyebab muntah

Ibu hamil ni pelik sikit. Waktu sebelum hamil mungkin tak kesah bau masakan. Tapi bila pregnant, bau orang masak tak boleh bau langsung. Ada juga yang sebelum ni ok je dengan bau perfume suami. Bila hamil, bau je nak muntah dan pening. hehe saya la tue. Jadi kenalpasti perkara yang boleh buat anda pening dan muntah buat sementara waktu yea.

Lagi satu tips, nak elak rasa mula pagi-pagi ni kan, kan selalu jadi morning sickness, bangun pagi tue bangun secara pelan-pelan. Jangan bangun mengejut. Dan kalau makan, biar makan sikit-sikit, tapi kerap. Saya dulu alahan teruk awal kehamilan, saya follow tips dalam entry ni Cara Hilangkan Alahan. Berkuranglah sikit.

Girl Vomiting into Toilet Bowl

 

 

5. Ikuti pemeriksaan antenatal

Bila dah hamil, bawa la diri, pergi ke Klinik Kesihatan yang terdekat dengan kawasan rumah anda untuk buka buku merah. Untuk pertama kali, bawa la suami sekali yea. Sebab untuk pertama kali check ni, kena ambil pemeriksaan darah untuk suami sekali. Jangan lupa bawa kad nikah atau sijil nikah. Kalau yang mengandung anak ke dua dan ke tiga tu, bawa buku merah anak yang sebelumnya tue je.

Lepas tu nurse akan bagi appointment tu, kena la ikuti yea. Setiap kali check up, ready la kena check kencing dan ambil darah. Check kencing untuk kencing kotor dan darah untuk tengok hb rendah ke tak. Selalu orang sangkut dekat HB rendah. Alhamdulillah saya memang HB ok. Tapi jangan biar sebab Bahaya HB rendah ni! Boleh bawa maut tau!

buku merah

buku merah anak sulung dan no dua saya

 

 

Ok ibu-ibu tahniah yea!! Jaga diri, jaga makan tau! 🙂

4 Comments
  1. April 19, 2015
  2. April 19, 2015
  3. April 21, 2015
  4. July 10, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!