Tips Kawal Anak Bermain Gadjet

Assalamualaikum

Anak siapa yang tak main gadjet di sini? Saya yakin yang click nak baca entry saya nie, ada anak yang sering bermain gadjet kan?

tips elak anak ketagih gadjet

Saya sering mendengar alasan dari ramaiiiii orang tentang ini. Antara alasan yang selalu saya dengar.

“Susah nak buat kerja online, hp anak ambil main”.

“Anak tak boleh tengok saya pegang hp atau tab, mesti nak juga, saya terpaksa bagi juga nak elak anak menangis semalaman”

“Tak boleh nak online semalam, anak kacau hp”

Familiar tak dengan alasan di atas? Bagi saya yang berhadapan dengan ibu-ibu yang bekerja dari rumah sama ada part time atau full time, alasan ini memang famous. 😉

Jangan buat anak sebagai alasan. Sedangkan anak itulah punca kekuatan dan keberkatan kita. Bagaimana tue? Di sini saya nak kongsi tips bagaimana dan apa nak buat untuk anak yang sering kacau gadjet kita. Mari sama-sama kita tonton video di bawah. 🙂

Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online from iReach HD on Vimeo

Saya memang buat seperti apa yang disarankan di dalam video di atas. Saya nak berkongsi pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah. Anak-anak saya tak pernah meminta hp saya untuk dijadikan mainan. atau untuk bermain game.

Hp mama adalah barang peribadi mama yang anak-anak tak boleh nak kacau dan main. Kalau tinggal atas meja pun, anak tak ambil main pun. Hp saya dipandang sepi sahaja. Mereka tahu, mereka dilarang bermain hp mamanya. Adam tahu password hp mamanya, tapi memang saya latih, hp mama adalah bukan mainan, yang dia tak boleh ambil main.

Pada zaman yang serba canggih dan serba mencabar ini. Gadjet adalah salah satu “mainan” yang sering diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ada yang memberi gadjet dengan bertujuan untuk membuatkan anak tak mengganggu ibu bapa untuk membuat kerja. Dulu memang ada terjebak bagi anak main tab. Anak tinggal dalam dunia dia sendiri, asyik main game je. Anak hilang komunikasi dengan ibu bapa dan adik beradik yang lain.

Sehinggalah saya mengetahui Kesan buruk membiarkan anak bermain gadjet ni, saya terus stop bagi adam main tab. Kebetulan charger tab rosak. dan saya tak beli gantikan charger tab tue. Nak tak nak, memang tiada tab untuk adam main.

Ketagihan bermain gadjet sangat memberi kesan kepada kemahiran sosial dan peribadi anak-anak kita.

Kanak-kanak yang menghabiskan masa yang lama merenung pada skrin biasanya akan hilang tumpuan untuk belajar dan hilang saat tidur penting mereka. Ia membuat mereka mudah mengamuk, marah-marah, agresif dan mereka tidak mengambil tahu apa-apa berlaku di sekitar mereka sehingga mereka selesai bermain gadjet. Alat bukan hanya membunuh kemahiran sosial peribadi dan kreatif mereka , tetapi juga meninggalkan kesan negatif ke atas kesihatan dan emosi mereka.

Penggunaan berlebihan gadjet harus dan boleh dikawal oleh ibu bapa. Mereka perlu menetapkan jam mereka untuk bermain dengan gadjet. Kanak-kanak dari 9 hingga 12 umur memerlukan 10 jam tidur yang baik untuk kesihatan mereka. Jika mereka tidak dapat tidur yang mencukupi, ianya adalah berbahaya kepada kesihatan fizikal dan mental mereka.

Adam bukan saya tak bagi main gadjet langsung. Since tab dah adam anggap rosak, kadang-kadang dia minta juga hp abahnya. hihi. Abahnya bagi dia main, tapi dalam masa yang tertentu. Bukan bila dia nak, maka dia boleh main. Kita sebagai ibu bapa yang tetapkannya. “Main 30 minit sahaja. Main sekejap sahaja”. Kita ibu bapa, kita yang aturkan anak. dan bukan anak yang bentuk dan aturkan kita.

Saya harap tips ini berguna buat ibu bapa di luar sana. Terutama sekali buat Work at Home Mom dan Work at Home Dad yang menjalankan perniagaan dari rumah. Saya doakan rezeki anda akan berlipat kali ganda. Jadikan anak-anak sebagai kekuatan kita untuk kita lebih maju dan berjaya di dalam sesuatu bidang. Bukan jadikan anak sebagai alasan untuk kita tidak berjaya. Kita kena bijak aturkan anak-anak. Work Smart! 😉

❤ Anda mungkin tak tahu yang Surirumah pun boleh jadi JUTAWAN!

❤  Teruja sungguh bila dapat tahu banyak Kelebihan Jadi Ahli Shaklee!

❤ Dan yang paling best yang korang mungkin tak tahu, Business Shaklee ini boleh diwarisi tau!

Your Shaklee Independent Distributor
Facebook : Nur Effa Shareen
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : Ourlovebonding
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
One Response
  1. March 30, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!