Penangan Mengandung anak ke Tiga!

Assalamualaikum..

Proses buang habuk blog. hehehe..

buang habuk blog

Sejak disahkan hamil, pada mulanya saya tak alahan lagi, blog pun masih berupdate, tapi bila dah mula alahan. Memang hilang rentak terus nak menaip. Kisahkan nak bawa diri dan family je. Business mujur online. Kalau kedai fizikal, mau kena tutup kedai sementara. Mujurlah kedai saya di alam maya saja. Jadi menguruskannya lebih mudah. Sambil baring saya masih boleh handle business. Order pun masih saya submit dan poskan. Assistant ku encik suami banyak membantu. Terima kasih sayang.

Saja je nak panaskan enjin nak cerita tentang apa yang berlaku sepanjang saya tak update blog nie. Saat ini kandungan 19minggu ++. Alahan mula bila masuk bulan ke dua kalau tak salah, sampai lah bulan 12 2014. Masuk tahun baru alahan dah makin kurang, tapi menjengah juga kadang-kadang tue.

Mengandung kali nie lain macam sungguh. Alahan tue dah biasa sebab anak no 1 dan 2 pun memang alahan. Yang bestnya mengandung kali nie sekali dengan pakej ‘gatal’. Allergik tau. Sadis sungguh. Tak makan benda gatal pun jadi gatal2 juga, baik ku hentam kromo makan. hukhuk. Memang ada baca kegatalan sewaktu hamil perkara biasa. Luar biasanya ialah bila asyik tergaru-garu. huhu.. Dah tak cantik tau. tue pun tahan diri daripada menggaru takut ada parut. Tak nak la parut-parut, walaupun saya yakin parut boleh hilang bila saya makan ESP untuk hilangkan parut. Cewahhh.. sempat lagi ko nak promote yea effa. Tapi betul tauu.. Nasib baik part aurat je. Memang boleh buktikan saya ambil ESP parut tak der okeh. hehehe

gatal sewaktu mengandung

P/s ini gambar googgle. bukan kaki saya lak! Ahakkk

 

Saya kalau mengandung memang takut nak makan ubat. Batuk teruk pun dah teruk sangat baru pergi jumpa doktor. Itu pun baru sekali je makan ubat tue. huhu. Nak ambil ubat gatal? Lagi lah takut. So just beli cream dekat farmasi. Hilang seketika je gatal tue. Tapi memadai lah daripada tergaru-garu kan. Kalau nak sapu cream tebal-tebal, saya sapu je herbal blend. Memang gatal hilang bila sapu herbal blend. huhu.

Yang bestnya tau, mengandung kali nie mengidam budu la plak! pelik beno ko yer effa! Yea i makan budu setiap kali masak makan dekat rumah. Siap buat kuah lagi ha. Sedap weh.. Ngada kan? Nasib baik la upline2 baik hati belikan budu dari kelantan gitu okeh! hehehe

Ok lah, kejap lagi sambung karang lain tajuk pula. Ini pengenalan je panaskan enjin kembali sebab dah lama tak update blog.

See u next entry! 🙂

Pengedar Shaklee Sungai Petani

0195738234

 

2 Comments
  1. January 22, 2015
  2. January 22, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!