Awas Bahaya Minum Teh Pelangsing!

Bagi peminat-peminat teh khususnya golongan yang mengamalkan teh pelangsing dalam diet mereka, pastinya berminat untuk mengetahui adakah benar teh pelangsing boleh membahayakan kesihatan mereka.

teh kurus bahaya

Kaedah minum teh sebagai salah satu cara untuk menurunkan berat badan sudah begitu popular dan ramai yang berminat untuk mengamalkannya. Apatah lagi, dalam masa yang sama mereka dapat menikmati teh yang digemari.

Teh pelangsing yang mempunyai ekstrak teh hijau yang sering disarankan diminum di waktu petang mengandungi feofitin, iaitu turunan warna dari klorofil yang berkhasiat sebagai antioksidan.

Kemampuan sebagai antioksidan dapat membantu melambatkan kesan-kesan penuaan. Manfaat minuman ini telah disedari sejak begitu lama dan kini banyak produk-produk pelangsing berasaskan teh hijau. Namun, apakah sebenarnya manfaat pengambilan teh pelangsing? Apakah kesannya terhadap kesihatan?

Berdasarkan kajian yang telah diperoleh, terdapat dua jenis teh pelangsing iaitu teh yang menjadi perangsang dan teh yang mencuci perut. Teh perangsang bertindak balas ketika anda makan. Kandungan yang ada di dalam teh ini dapat menyerap kalori makanan anda lebih banyak, sehingga tubuh memiliki kalori yang tidak terlalu banyak. Biasanya teh ini diminum sebelum waktu makan.

Kesan yang diterima oleh tubuh setiap individu adalah berbeza-beza. Ada yang mengalami penurunan berat badan dengan mudah, dan ada juga yang kehilangan nafsu makan. Tidak kurang juga yang mempunyai metabolisma tubuh yang meningkat ketika mengambil teh jenis ini.

Gejala seperti seperti pening-pening, berdebar tanpa sebab dan sukar tidur juga termasuk antara kesan sampingan lain ketika seseorang keterlaluan mengamalkan teh pelangsing jenis perangsang.

Punca Dehidrasi

Sebaliknya, teh yang telah bekerja untuk menguras isi perut, sudah boleh diteka proses atau cara ianya bekerja. Banyak kajian mengatakan bahawa minuman pencuci perut ini boleh membuat tubuh anda dehidrasi (tubuh kurang air). Bukan sahaja boleh membuat tubuh lemah, tapi boleh membahayakan kesihatan!

Walaupun memang teh jenis ini lebih menjanjikan cara yang cepat menurunkan berat badan, tapi ia bukan bermakna anda boleh mengamalkan dan mengabaikan kesihatan anda sendiri.

Teh ini menurunkan berat badan dengan cepat dalam jangka waktu yang pendek walaupun anda baru saja mengamalkannya. Berat badan memanglah turun dengan cepat tapi anda harus ingat tau yang ianya bersifat sementara. Kalau anda sendiri tak amalkan senaman, biasanya berat akan naik balik.

Dan seperkara lagi, teh jenis ini akan membuatkan mereka berasa ketagih. Tak minum teh ni tak boleh. Macam dah ketagih rokok. Kesan yang lain pula, mereka yang mengamalkannya akan mengalami masalah sukar bernafas, kekurangan cairan pada tubuh, pengsan, dan tidak mustahil tau boleh menyebabkan kematian.

Jadi sebaiknya, sebelum nak kurus dengan cara cepat dengan teh kurus ni, baik fikir dalam-dalam sebab ianya melibatkan nyawa anda.

Jika anda tercari-cari teh kurus yang dijamin selamat dan tidak memberi kesan sampingan, anda boleh beralih kepada Cinch Energy Tea Mix yang semestinya selamat dan merupakan penggalak tenaga semula jadi.

cinch-tea

Cinch Energy Tea Mix ini ditambah dengan taurina yang berkeupayaan meningkatkan tenaga dan ketahanan badan. Ianya pilihan terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan yang hanya akan menaikkan berat badan anda.

Cinch Energy Tea Mix ini juga tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.

Ada empat elemen utama di dalam Cinch Energy Tea Mix ini iaitu:

Matcha Green Tea Powder

matcha powder

Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat di dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan.

Red Tea Extract

Red tea

Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol iaitu pejuang anti kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikenali sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak.

White Tea Extract

White Tea

Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau

Rooibos Red Tea Extract

Rooibos

Tumbuhan unik yang berasal di Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol-antioksidan.

 

Gabungan Empat elemen ini menjadikan satu teh yang hebat yang dinamakan Cinch Energy Tea Mix yang kaya dengan khasiat, yang memberikan tenaga dan meningkatkan metabolisma badan dan juga ianya bertindak sebagai anti kanser.

Cinch Energy Tea ini juga salah satu di dalam Set Kurus Shaklee. Cinch Energy Tea akan meningkatkan metabolisma badan sekali gus mempercepatkan proses penurunan berat badan! Berpeluh-peluh tau bila minum teh ni! Kalau tak percaya meh baca testimoni di bawah ni.

set kurus shaklee

 

Jika anda ingin membeli sendiri dengan menggunakan kad kredit atau kad debit anda boleh terus membuat pembelian dengan menekan gambar di bawah tau!

 
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=8487e01fbaf43e758c17f86472cbf3e6
 
 
 
 
 
Hubungi saya untuk pembelian atau konsultasi! 

Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : Ourlovebonding
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

 

2 Comments
  1. January 17, 2015
  2. May 18, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!