Yea! Saya Dapat Kaftan Menyusu Free! :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Waktu saya menyusukan Adam dan Damia, saya memang tercari-cari baju kelawar yang boleh menyusukan anak. Best pakai baju kelawar time tidur nie. Selesa. Kaftan pun saya tak pernah jumpa yang ada zip khas untuk menyusukan anak. Dulu memang susah cari baju penyusuan ni, sekarang dah banyak mungkin sebab makin ramai ibu yang menyusukan anak dan mempunyai kesedaran untuk menyusu. 

Kelmarin saya dapat parcel suprise yang dah tak suprise dari rakan shaklee dan juga rakan alam maya, dari Dr Safuhah. Terima kasih banyak-banyak. Semoga sentiasa murah rezeki lagi yea. 

Kain kaftan ni dibuat dari cotton, sangat lembut dan sejuk, tak panas bila dipakai. Lepas tu ada zip yang memudahkan untuk menyusukan anak. 

 

10703573_10152559948773710_3116101333808349030_n

kain sejuk dan sedap dipakai

kaftan menyusu

ada zip memudahkan nak menyusu

 

Saya sarung kejap je. Sayang nak pakai. Tunggu baby baru lahir la baru nak pakai. InsyaAllah. hihi.

Terima kasih yea saf sebab bagi hadiah ni. hihi. Kawan-kawan yang berminat nak beli kaftan ni, boleh tengok di page Breastpump Evelove. Ada warna lain lagi.

 

saja saya pilih hijau. baru sejuk mata kan? hihi

 

Jangan salah faham pula. Saya TAK JUAL KAFTAN MENYUSU ni tau! Saya nak membeli lagi mungkin! Kalau anda nak beli sila hubungi number dekat poster atas yea!

Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : Ourlovebonding
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
5 Comments
  1. October 15, 2014
  2. October 16, 2014
  3. October 16, 2014
  4. October 16, 2014
  5. October 16, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!