Tiada yang Mustahil Bagi Yang Bersungguh Nak Berjaya

Terpanggil nak mencoret tentang perkara ini apabila mendengar pelbagai alasan demi alasan yang ditaburkan sesetengah pihak, tapi dalam masa yang sama nak berjaya. Pelik. Insan tersebut nak berjaya, tapi beliau hanya berjaya tabur alasan. Hanya mampu tersenyum, sambil berleter di alam maya. Oh itu lah kami, ukhwah sesama anak dan ibu, atau nenek dan cucu di alam maya. Penghubung kami satu malaysia dihubungkan oleh teknologi seperti facebook, whatsapp dan telegram. Hanya melalui medium tersebut kami belajar macam-macam, kami berkongsi suka duka, kami juga mengadakan kelas live melalui webinar! Jadi kenapa pelik, jauh dengan mentor tak semestinya tak boleh belajar. Hendak maka seribu daya. 

 

blogger-image-1991120616

 

Saya juga dahulunya bekerja. Seorang guru kerajaan yang mengajar sepenuh masa. Tapi apa yang saya belajar, Hendak seribu daya, Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Contoh kita kekurangan masa. Masa setiap orang ada 24 jam, maka gunalah sebaiknya. Saya takkan siakan masa saya walau sesaat. dan kadang kala berkata pada diri sendiri, “kan best kalau tak perlu tidur”, sebab terlalu banyak perkara yang saya nak lakukan dalam satu hari yang 24jam tue. Lepas tu handle anak-anak kecil kan. Tolong jangan jadikan anak sebagai alasan, tapi jadikan anak sebagai penguat semangat! Saya masih ingat sewaktu Damia kerap warded dahulu (harap-harap sihat selalu anak-anak mama), saya bawa laptop ke hospital. Update blog, kemas kini iklan. 

Dan sebelum saya business shaklee, saya business macam-macam, saya bawak laptop juga ke hospital sewaktu jaga Damia semasa room in kelahiran pra matang dahulu untuk update order barang niaga saya (bukan shaklee) . Nampak macam saya pulun kan? Yea memang saya macam ni. Bila saya nakkan sesuatu saya akan usahakan sampai dapat. Saya akan paksa diri saya. 

Perbezaan Business Shaklee dan Business Sebelum ini

Kalau sebelum business shaklee ni, seperti terumbang ambing sebab tiada mentor, tapi dalam business shaklee, kami ada mentor yang sentiasa memberi semangat dan memberi tunjuk ajar. Itu mentor kami yea! Group kami memang sangat supportive buat yang serius nak business shaklee atau hanya makan sendiri, jangan risau anda pasti takkan kami biarkan terkapai-kapai! 

Dalam group shaklee kami juga, segalanya tersedia, macam-macam ilmu ada. Tunggu ceduk dan guna je. Poster iklan diberi pada permulaan. Blog pun diberi. Jadi apa lagi alasan yang nak diberikan? 

Dalam group Shaklee kami juga amalan kerohanian dititik beratkan. Dari dulu tak pernah kenal solat sunat. Sekarang alhamdulillah. Tiada ungkapan lain yang mampu diucapkan. 

Akhir sekali pesanan saya, kalau nak business shaklee atau apa saja business pun, pastikan tahu apa yang anda nak capai. Kalau buat suka-suka, relax memang takkan kemana.

Dan paling penting jika anda nak join business shaklee, pastikan anda memilih keluarga shaklee yang betul yang betul2 akan membimbing anda ke arah kejayaan! -seperti kami! hihi. 

 

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee dan Cara Jadi Ahli


Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : Ourlovebonding
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

 

5 Comments
  1. October 11, 2014
    • October 12, 2014
  2. October 12, 2014
  3. November 28, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!