Sambutan Aidiladha Pertama kali tanpa Abah – Al Fatihah

Salam aidiladha semua. Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.

 

IMG_8043

 

 

Kali ini raya pertama disambut di Alor Setar di kampung halaman bersama keluarga tersayang. Raya kali ini memang ada ketupat, ketupat mama gurun dan mak mertua adik yang buatkan, lemang beli, serunding beli, rendang buat. Kuih tak der, yang ada cuma kerepek. Tapi raya kali ini dan selamanya terasa tak lengkap tanpa abah di sisi. Pertama kali beraya tanpa abah. Sedih memang sedih, tapi Allah lebih sayangkan abah.

Raya kami tak pergi mana-mana pun, pergi ke kubur abah dan rumah jiran belakang nie je, sebab hujan lebat sangat hari ni, jadi macam tiada mood nak keluar. Oh gambar raya pun tak dak kali nie. Hmmmm.

Saya pula pening kepala dek makan daging je dari semalam sehingga lah hari ni. Panas je dalam badan dan rasa sakit kepala. Kenapa agaknya bila makan daging lebih sikit sakit kepala ye?

Ada siapa tahu tak sebab apa? Setahu saya mungkin la sebab kolestrol kot. Orang yang ada darah tinggi pun tak boleh makan daging banyak-banyak tau.

Bagi anda yang lupa diri untuk diet, anda boleh potong dan flush out balik lemak yang anda makan tu dengan ambil Omega Guard, Lecithin dan Herblax untuk melakukan tugas bakar dan buang lemak anda.

Bagi yang ada kolestrol tinggi, boleh ambil Phytocol untuk block kolestrol tue.

Jadi raya -raya juga tau. Jangan lupa jaga badan. Jangan makan berlebihan. Amalkan cara hidup yang lebih sihat yea!

Pengedar Shaklee Sungai Petani 🙂

 

IMG_4172

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!