Pregnancy Test Digital Clear Blue Tak la Hebat Mana

Selamat petang!

Pagi-pagi dah buat tajuk entry kontroversi ni. Tapi schedule petang. Serius, ingatkan Pregnancy Test Clear Blue yang digital tu lebih accurate dan sensitif, tapi rupa-rupanya.. Jeng jeng jeng.

Bagi tak memeningkan kepala semua pihak, saya cerita dari awal yea. Actually saya tak lewat lagi pun haid, tapi yang boleh jadi suspect lain macam ni sebabnya kerap pening dan rasa nak pitam. Sewaktu hari raya Aidiladha, saya rasa sakit sangat dalam perut. Menyucuk-nyucuk. Macam angin pun ada. Siapa yang ikuti facebook saya, pasti baca kan. Feeling artis ke? Tapi alhamdulillah, dah pulih rasa sakit tu bila ambil Papermint Ginger Shaklee. Memang berkesan buang angin! Puas sendawa buang angin! Kentut tak pun! Kentut la lagi banyak angin keluar kan? hihi..

Balik rumah, masih lagi pening-pening. Heran juga sebab dah tak makan daging. Eh aku nie pening lain macam je nie. Saya buat test dekat upt yang saya beli di farmasi, RM7 je. So hasilnya, second line ada, tapi kabur sangat! Pengalaman anak sulung dan number dua, memang kabur begini. Jadi saya ni kan tokey UPT strip tue, hari tu beli borong! So saya buat la test! Line ke dua tak nampak pun. Esok tu plak buat upt test guna upt RM7 tu, saya beli 3 kotak kat farmasi, masih kabur tapi terang sedikit! Lepas tue tak puas hati punya pasal, buat la test upt lagi sekali pakai strip tu, kali ni ada dua line! Tapi kabur juga! Ntah berapa kali dah buat test upt smua second line kabur! Jadi malam tue juga ajak suami pergi beli Clear Blue Digital Pregnancy test.

upt murah kabur

 

1521628_10152542487718710_5934573108534282823_n_Fotor

Beli dekat Guardian, gila mahal yang digital ni RM40+. Uwaaa. mahalnya, tapi dek perasaan ingin tahu, beli la juga. Beli 2 upt clear blue, satu jenis digital, satu lagi yang biasa.

Jadi disebabkan rasa ingin tahu dan tak sabar, balik tue terus je saya guna yang digital tu. dan ini hasilnya! Pelik juga. Sebab pe pening2 kalau tak pregnant nie?

 clear blue pregnancy test

 

Sebab tak puas hati, so ada lagi satu pregnancy test, nak cuba urine bangun pagi kejap lagi. Sebelum subuh terus buat test haa. Punya la tak sabaq! Tak sabar bukan sebab pe, nak jaga makan minum. Kalau tak pregnant nak telan GLA complex untuk stabilkan hormon balik ! Hahaha. Ini hasilnya.

 

+ve ke --ve ?

+ve ke –ve ?

 

Tak jumpa doktor lagi, tapi Doc Safuhah our family Shaklee kami mengesahkan saya hamil! Hahaha. Apa-apapun ianya masih terlalu awal nak buat kesimpulan. Jadi di saat ini saya mulalah terpaksa konsisten vitamin untuk ibu hamil dan jaga makan. dan Doc Safuhah pesan, jangan angkat benda berat! huhu. Baiklah doc! 🙂

ESP pun kena konsisten ambil sebab ESP kuatkan rahim, nak bagi tenaga, untuk perkembangan baby, untuk kulit baby yang cantik dan kulit mak yang cantik. —- (INI KALAU BETUL2 HAMIL la) .. hahaha 

Jadi kesimpulan yang saya dapat buat di sini, actually pregnancy test digital clear blue tue tak la sensitif mana. Google punya google, ramai yang hamil, tapi test digital ni tulis ‘not pregnant’. Sebab masih di awal kehamilan lagi. Sebab pregnancy test yang digital ni memerlukan hormon HCG yang banyak, katanya 50 mIU/mL. Berbeza yang dekat farmasi saya beli tu dia dapat kesan 25 mIU/mL. Yang strip tak pasti sebab tak dinyatakan. 

So tak payah la bazirkan duit beli benda alah nie. Mahai kot. Kalau yakin, and dah lama delay period, boleh la try. Saya sebab gatai nak cuba padahal period baru delay sehari. hahahhaa. 

Apa pendapat kawan-kawan. Hamil ke tak nie? hahaha

 

Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : Ourlovebonding
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
 
 
 
 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

7 Comments
  1. October 12, 2014
    • October 13, 2014
  2. December 15, 2014
  3. January 24, 2016
    • January 31, 2016
  4. June 17, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!