Pengalaman Bersalin Di Hospital, buat saya terfikirkan tentang Home Birth……

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Sejak dapat tahu pregnant anak ke tiga ni, dalam hati macam terlintas nak home birth. Sebab pengalaman bersalin Damia sangat memberi kesan yang mendalam. Tapi nak Home Birth dalam takut dan berani. Semua tu kena ada ilmu. Kena pergi kelas. Bukan boleh suka-suka je. Seronok dan nampak enjoy ibu-ibu yang bersalinkan anak mereka di rumah secara bebas. 

 

home birth

ehsan google

 

Rupa-rupanya bersalin baring tu bukan cara yang selesa dan betul untuk bersalin ek. Serius baca pengalaman ibu-ibu yang bersalin home birth rasa kagum dan seronok. dan ilmu baru yang saya baru tahu, mereka tak perlu meneran, hanya perlu bernafas dengan cara yang betul sahaja, baby akan keluar dengan sendirinya. 

Banyak info yang boleh didapati di laman web HypnoBirthing. Di dalam group facebook pun ada, The Gentle Birthing Group Malaysia yang banyak memberi panduan kepada ibu-ibu yang nak bersalin secara semula jadi. 

Saya pernah tanya suami pasal hal ni, siap tunjuk lagi artikel kat dia, jawapannya, “Abang tak nak ambil sebarang risiko”. Takut pula dengar ayatnya. hihi. Apa-apa pun bukan boleh main terjah je buat. Kena buat dengan pengetahuan. 

Tak per, banyak masa lagi, masih boleh fikir-fikir lagi. kan? Kan? 🙂 🙂 

Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : Ourlovebonding
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
4 Comments
  1. October 20, 2014
    • October 20, 2014
  2. October 20, 2014
    • October 20, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!