Lecehnya Bagi Susu Badan ni!

Assalamualaikum. Salam sejahtera. 

Pernah tak dengar keluhan macam ni? Sedih bagi wanita yang masih belum mempunyai pendedahan betapa bagusnya susu ibu. 

stress-depression-mother-baby_

 

Susu ibu adalah makanan semula jadi yang dianugerahkan khusus untuk bayi. Susu ciptaan llahi ini sememangnya memenuhi khasiat semula jadi yang cukup untuk tumbesaran seorang anak.
Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara semula jadi dan psikologi untuk bayi manusia. Saintis terus menemui kelebihan-kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi.
Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi. Ajaibya, susu ibu berubah berdasarkan usia bayi! Antara kebaikan yang dapat dinikmati oleh bayi, ibu, keluarga dan masyarakat jika ibu menyusukan anaknya seperti diberitahu oleh Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi:

 

breastfeeding

Kebaikan susu ibu untuk ibu adalah:

* Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan.
* Menjarakkan kehamilan secara semula jadi melalui Lactational Amenorrhea Method (LAM).
* Mengurangkan risiko kanser payu dara, ovari dan uterine.
* Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis.
* Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi.
* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

Kebaikan susu ibu untuk bayi adalah:

* Kandungan kolostrum dalam susu ibu yang awal merupakan sumber imunisasi pertama bayi.
* Mengurangkan masalah alergi.
* Mengurangkan masalah sistem penghadaman.
* Membekalkan zat-zat dan juga sumber nutrisi untuk tumbesaran optimum.
* Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak.
* Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi laitu sebanyak 5 poin berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula).

Hebatnya susu ibu!

Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Sebab itu sewaktu kelahiran damia yang pra matang, saya usahakan juga untuk stimulate susu badan.

Susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan.

Susu ibu berubah berdasarkan cuaca. Dalam cuaca panas, susu ibu mengandungi lebih banyak cecair. Dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak.

Susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kepada jenis pemakanan ibu. Ini memberi peluang kepada bayi untuk mencuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuannya.

Kebaikan untuk keluarga:

* Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula.
* Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit.
* Merapatkan hubungan kekeluargaan.

 

jimat duit menyusukan anak

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini. Memberikan susu badan kepada anak memang perkara paling terbaik dan paling terindah. Sebagai seorang ibu, usahakan untuk ransang penghasilan susu dan belajar tentang ilmu penyusuan ini. Ini kerana jika salah kaedah boleh membuatkan susu kering. Banyak maklumat yang dapat kita perolehi melalui buku dan internet. Baca dan kajilah. 

Tips Kepada Ibu yang Nak Menyusukan Anak Sepenuhnya

 

Hubungi saya untuk pembelian atau konsultasi! 

Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : Ourlovebonding
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!